Kebanyakan biasa dengar atau terbaca mengenai pembahagian karakter sesorang tuh berdasarkan bulan kelahiran - kajian Dr Fadilah Kamsah antara yang femes memperkatakan hal neh.
Tapi, jarang yang maklum tentang nombor peribadi yang teorinya berasaskan tarikh lahir - kajian Prof.Dr. Norhisham Wahab, sorang pakar fizik.
Cara pengiraan nomo peribadi senang je, contohnya dob 1 Januari 1988.
1+1+1+9+8+8 = 28 = 2+8 = 10 = 1+0 = 1
Jadi, nomo peribadi orang ini ialah 1. Kena jumlahkan nomo-nomo tersebut sampai jadik sa.
Artikel neh dari majalah Mastika pertengahan tahun 2002 kalo tak silap.
Rahsia Nombor Peribadi - Dr Norhisham
Bendalah pembahagian perangai manusia ikut teori neh agak menarik untuk dipraktikkan. Yang mana boleh membantu jugak la untuk survive dalam dunia 'rambut kaler lain-lain, hati tak boleh diagak' neh.
Antara member rapat aku Miss LB tempohari, beliau bernombor 1 - secara teorinya. Dan bulan kelahiran adalah Disember. Menggabungkan ciri-ciri teori yang ada, agak tepat la karakter yang beliau bawak.
..'orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.'..
Ya. Kukuh, tapi keyakinan yang masih boleh digugat. Cuma, selalunya once LB dah buat keputusan, keputusan tuh takkan berubah walaupun ada macam-macam gangguan.
Yang seronoknya, menggabungkan teori neh, korang boleh buat prediction apakah sorang yang baru dikenali tuh boleh dijadikan kawan atau sekadar kawan professional.
Takde la tepat mana memandangkan sume neh hanyala agakan, anggaran dan andaian, tapi dari tatau pape sedikit teori boleh membantu.
Cuma, toksah la terlalu bergantung, kenali sesorang tuh secara natural lebih seronok sebenarnya. ^^
P/S: Tetibe merapu pasal nomo. Mix & Match.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan