Khamis, 16 Mei 2013

COMplaint : When A Nightmare Come True

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Sepandai-pandai aku mengelak mengelit akhirnya terkena komplen jugak oleh customer.

It was yesterday.

And it was my fault.

Heh, tak guna defend diri kalo asalnya memang aku yang bersalah. Silap sebab tak cek bebetul dan menyebabkan customer tersebut hangin lalu terpaksa bagi beliau cakap dengan supervisor.

Yang bestnya ialah, customer tuh call balik untuk pastikan betul ke tak yang call dia balik adalah supervisor, dan untuk komplen pasal previous agent iaitu aku.

Whee sangat~

So far TL aku belom tau lagik, nanti kalo beliau dah tau memang la kena kauseling aku neh.

Uffff. Herannya tak sedih sekelumit pon. Cuma ralat sket sebab tak cuba sedapat yang boleh untuk paham isu tersebut. Andai, dan kalau, aku perasan apakah masalah sebenar mungkin masih boleh elak menda neh. Tapi tuh la, malang tak berbau.

Musibah datang bila sampai masanya.

Justeru, moral of story ialah, walopon call menggila semacam nak hilang akal, tapi cuba dan cuba la, hadap segala menda tuh sekukuh yang boleh.

Ulalalalalalalala there's go my clean record this year. Tsk~!


***********************************************

Uh-oh.

Sebetulnya aku simpan IC customer tersebut untuk tengok apakah feedback. Dan-dan tuh la aku nampak komplen tersebut. Dan menengokkan ID second agent yang jawab call tersebut aku semacam kenal sape tapi memamg la aku malas nak cek siapa lalu buat tatau jeh.

Kebetulannya, memang semacam aku sangka, second agent tuh adalah member aku.

Petangnya gagah jugak la beliau datang sebelah aku dan mintak maaf dengan syahdu ala-ala sendu di pagi raya.

"Aku nak mintak maaf dengan ko..." leretnya. Beliau sedang berdiri di sebelah aku.

Aku yang tengah setelkan beberapa kes cuma jeling sekilas sambil tanyakan kenapa.

"Semalam aku dapat customer kau, aku terpaksa buat komplen untuk ko," jelasnya, dengan sangat berhati-hati.

"Oh yang tuh. Hah aku dah tengok dah." Kata aku, mata memang masih kat PC.

And she keep saying sorry to the extend macam nak nangis.

"Takpela, memang salah aku jugak. Biar la." Kata aku lagi. Seyes jujur.

"Tak pe ke____" uff aku dah tak dengar apa yang kawan aku cakap lepas tuh tapi aku macam antara paham dengan tidak beliau macam tanyakan kitorang ok lagi tak lepas nih.

Duh.

Chingu my dear, apa yang ada dalam pikiran ko pon tatau la. Takkan la disebabkan ko buat keje ko - amik request customer [walo segila mana request tersebut yang mana dalam kes nih takla gila pon, benda yang boleh dikatanya biasa je iaitu dia nak meluahkan ketidakpuasan hati pasal sorang agent yang pada beliau tak membantu] - yang kebetulannya agent tersebut adalah kawan ko iaitu aku, kita boleh putus kawan pulak.

Ia adalah sungguh childish.



P/S: Sekali lagi, ia adalah idea yang childish & nonsense untuk sentap dengan orang yang amik komplen customer pasal aku. Uff, bukannya orang tuh yang tak puas hati dengan aku pon. Uh-uh saya gagal memahami kenapa beliau nak syahdu-syahdu sebegitu.

Tiada ulasan: