Selasa, 14 Mei 2013

The End.

Semacam sembilu tertusuk dalam daging.

Kecil tapi menyeksa dalam senyap. Denyut pedih yang menyakitkan sikit demi sedikit. Akhirnya jadi nanah yang membusung dan bakal pecah hanyir.

Semacam dendam kecil yang sukar dilupakan maupun dimaafkan.

Ibarat sekam yang membakar dalam diam. 

Umpama dedalu yang mencuri zat dari dalam. Luaran kelihatan tenang tapi hakikat dahan yang ditumpang dimamah hayatnya perlahan-lahan.

Semacam sejarah yang enggan dilupuskan dek nyeri yang masih tertinggal jauh di dalam.



#####################################


Kisah 5 tahun. 

Perkiraan sorang dewasa yang matang fikiran wajarnya memaafkan dan melupakan. Meski kata maaf tu sendiri tak pernah dilafazkan.

Selagi kenangan masih jadi peneman di senggang waktu, masa depan semacam tak ada jaminan untuk sebuah tenang yang nyatanya payah digapai.

Dosa dengan Allah, Dia Maha Pengampun.

Silap dan alpa sesama makhluk, angkuhnya untuk memaaf dan melupakan. Walhal manusia itu sendiri dasarnya pelupa.

Masih menyangka dikhianati. 
Masih mengira sedang innocent dulu hingga kini.
Masih mengharap-harap balasan setimpal.

Sedang sebaik pembalasan untuk sebuah kesilapan manusia adalah memaaf dan melupakan. Kerana pembalasan manusia, tanpa penimbangtara, tanpa tahu apakah sewajarnya atau melepasi batasan.

Sedang manusia, langkahnya sopak. Katanya bongkak. Pertimbangannya kerap tersasar meredah rasa.





P/S: The End

P/S/S: If only I can say so.

Tiada ulasan: