People tend to be sarcastic - read as talking/speaking/responding in sarcastic manner - especially when they think they're on the right side & innocent.
Neh adalah pandangan peribadi sorang aku dari skop pandangan sorang customer service.
Sarkastik adalah salah satu cara melempiaskan kemarahan yang terpaksa ditahan. Dan selalunya sarkastik cenderung diluahkan bukan pada pihak yang sepatutnya.
Contoh salah satunya, berkenaan kes black-out tempohari, amarah diluahkan kepada TNB yang diminta memberi penjelasan logik mengapa berlakunya black-out pada tarikh tersebut di beberapa tempat meliputi Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Dan TNB diminta jangan menggunakan nama Earth Hour sebagai alasan.
Earth Hour. Yang bercakap tuh tahukan Earth Hour selalunya pada bulan March dan dilaksanakan selama sejam dari 8.30pm hingga 9.30pm. [baca dengan nada sarkastik dengan mata menyerong seperti seekor reptilia]
Sarkastik bukan la tak boleh digunakan langsung pada aku. Cuma, selaku sorang yang bijak pandai, yang boleh membezakan antara hak dan batil, bertabah dan bertanya dalam nada monoton rasanya lebih baik berbanding menggunakan nada yang pastinya mendatangkan sakit hati pada yang ditanya.
Kerana dalam kebanyakan kes, yang menerima amukan amarah bukan la pihak yang mendatangkan kesusahan tersebut. Lebih tak best lagik, pihak yang diamuk tuh sebetulnya adalah pihak yang akan membantu mereka yang sedang upset & frust tadi lalu menggunakan lidah sesukanya.
Sarkastik terhadap pihak yang tak selayaknya, sekiranya dilayan semula dengan sarkastik jugak adalah sama rata, kerana kita dibolehkan membalas seadanya kita diperlakukan.
Tapi, dalam sesetengah keadaan, sarkastik pada pihak yang tak sepatutnya, tiba-tiba pihak tersebut menelan jadam yang bukan dorang lakukan tanpa sebarang cerca, malah membalas dengan pertolongan yang diharapkan. Pihak yang sarkastik tadi akan menahan malu - campak tahi dibalas bunga - buat onar dibalas budi, adalah sesuatu yang memalukan pada yang meradang bukan pada yang hak.
Melaung lantang menyuarakan ketidakpuashatian tentang sesuatu - tak salah. Kerana yang hak mesti ditegakkan. Dan semua orang punya sisi pandangan yang berbeza. Umpama bunga yang tak semuanya ungu, gitu la manusia dan pendapat masing-masing.
Tapi, bersuara dengan cara yang bijak & cermat adalah perlu.
Kerana bukan semua orang punya tahap tahan atau tahap sabar bertingkat.
Kata orang tua-tua, kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan merana.
Sang lidah gemalai menari atas titian kata-kata, sang badan sengsara mangsa menanggung padah & natijah.
P/S: Selaku yang tergolong tidak punya nilai tahan sabar yang tinggi, besarla harapan supaya tak ketemu si sarkastik yang melampau. Sikit-sikit cheq try la tadah telinga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan