Rabu, 15 Mei 2013

Korea Trip : Tempat-tempat Menarik

Ini entry tentang tetempat yang dilawati, eceh... bunyi macam lawatan sekolah rendah pulak.

Kitorang stay kat Namsan Guest House 2, area Myung-dong. Memang strategik la kiranya, tak penat sangat mendaki bukit (kalo Namsan Guest House 1 agak nak nangis la punya tingggggi) & tak jauh dari subway.


Chongae(?) Stream. Area Dongdaemun. Sangat la cantik. Boleh lepak sambil jalan-jalan dari hujung ke hujung kalo rajin. Stream nih panjang, jadi bukan kat sini je ada. Kat atas tuh dah pasar pakaian (ala-ala Masjid Jamek ye, ala-ala Pasar Besar Siti Khadijah pon ye) yang memang rambang mata memilih. Sangat senang sampai menggunakan subway.


Insadong. Jalan-jalan antara kedai-kedai makan. Ruang sangat dimaksimakan kat sini, setiap kedai nampak macam best je.


Insadong. Bahagian atas sekali bangunan apa tah. Boleh beli badge yang bulat-bulat tuh dengan harga 5000 won dan conteng la apa yang patut lalu sangkut la kat mana berkenan. Mungkin boleh bawak marker pen dari Mesia sebab kat sini sume dindingnya boleh diconteng. Dan tak dikira sebagai vandalism. ^^


Namsan Tower. Katanya antara tempat mesti pegi. Tangga-tangga kayu neh memang nampak sangat cantik, sama ada dari jauh atau dari dekat.


Namsan Tower. Belakang bangku tuh adalah segala macam jenis lock yang ditaruk kat situ oleh para pengunjung. Even kat bangku tuh pon macam-macam contengan - kebanyakannya oleh couple.


Yuldong Park. Tempat yang sangat lah cantik. Tapi sangat la jauh dan agak payah nak ke sana kalo tak paham hangul memandangkan bas ke sana tak macam subway yang ada English translation. Nih adalah salah satu tempat bungee jumping yang kalo teringin nak terjun sila la book dulu atau memang berputih mata la sudahnya.
Macam kitorang. Tsk.


Masih Yuldong Park. Kat sini ramai orang jalan-jalan bukan je dengan family, tapi bersama kucing & anjing dorang.


Yuldong Park lagi. Walopon nampak macam panas terik tapi sila jangan tertipu. Suhu kurang dari 4 darjah celcius. Kesejukan menggigit ke tulang hitam.


Nami Island. Sekali lagi, kat sini macam balik Malaysia - sangat la ramai Malaysian & tourist. Memang adalah lokasi yang sangat pemes. 


Nami Island. Pokok-pokok yang sangat la cantik. 


Nami Island. Love Hut katanya. Memang couple jeh jalan kat sini. Jambatan yang comel berayak-ayak bila jalan atas tuh. Oh ya, boleh sewa basikal kat sini, basikal couple pon ada, cuma jangan la naik atas jambatan ni ye. Pi main jauh-jauh sikit.


Wheeeee~! Everland. Tempat pemes di kalangan tourist jugak. Perjalanan memang kena naik bas kira-kira sejam. Oh ya, masa naik bas sila bertabah. Cara pemanduan bas dorang jauh lebih ekstrem dari bas Metro atau RapidKL. Metro dan RapidKL boleh masuk kategori sopan santun kalau dibandingkan dengan dorang. Oh, masuk sini fee dia 40,000 won. Tapi hari tu kitorang dapat 32,000. Tatau kenapa.


Everland. Sini seyes adalah cantik. Macam-macam menda boleh main, macam-macam tempat boleh masuk, dan macam-macam-macam lagi. Seyes dari 11.00am sampai 6.00pm sangat banyak yang tak sempat buat.


Everland. Happening~


Everland. Tulip-tulip-tulip. Cantik sangat-sangat. 


Namdaemun. Rambang mata, banyak sangat harga 10,000 won. Kalo tak kenangkan tak muat luggage memang dah sapu macam-macam.


Myung-dong. Orang yang sangat ramai.


Untuk memudahkan perjalanan sama ada dengan subway atau bas, boleh la beli T-Money (spesies Touch & Go) kat memana 7Eleven dengan harga 2,500 won. Nanti boleh la topup jeh. Kalo balance ada lagi masa nak balik sila la guna T-Money tersebut di memana kedai yang terima T-Money.



P/S: Tiba-tiba teringat kesejukan suhu negatif di bumi orang. Harharhar. 

Tiada ulasan: