Khamis, 9 Mei 2013

20 minit

Kerana jam di hand phone yang dicepatkan 20 minit, aku nyaris terlambat login semalam.

Jam hand phone aku memang lebih cepat 20 minit berbanding waktu asal. Tujuannya, supaya otak yang separa sedar di pagi-pagi buta akan tertipu tengok dah macam lambat yang bersegera bersiap - sama ada untuk Subuh, atau untuk keje.

[Tapi salunya otak tau je jam tuh memang cepat jadi jangan harap nak bangun awal.]

Tapi dek hujan lebat semalamnya, beg yang aku silang ke depan & ditutup dengan sweater waktu merempit tetap basah dan secara tak langsung bahagian atas hand phone masuk air.

Tak perasan pulak air termasuk sekali ke bahagian lubang cas.

Akibatnya, tatkala nak mengecas talipon di waktu hampir mau tidur, baru perasan bahawasanya talipon tak dapat dicas.

Cuak la aku memandangkan tuh jeh sesatunya talipon yang ada. Berbekalkan nasihat room mate dengan kompidennya tanggalkan bateri bagai. Selepas bertungkus lumus seketika alhamdulillah talipon berjaya dicas semula.

Cuma, aku TERlupa bahawasanya apabila talipon di-hard reset, sesetengah setting akan kembali ke default.

Dalam kes nih, waktu jam rupanya ter-reset dan kembali ke jam yang tepat.

Hasilnya, esoknya aku sengaja bangun pukul 8.28am setelah bersusah-payah melawan semangat mau tidur. Dengan sangkaan waktu sebenar adalah 8.08am, aku capai towel dengan santai.

Kebetulannya terpandangkan jam tangan, dan keliru menengok waktu menunjukkan 8.35am. Err.. jam tangan aku cepat 7 minit dari waktu sebenar.

Jeling kalendar yang tertampal di lemari kayu, shift hari tersebut adalah pukul 9.00am.

Untuk lebih jitukan keadaan, aku pandang jam dinding - yang jugak dicepatkan kira-kira 11 atau 12 minit dari waktu sebenar - dan jam tersebut menunjukkan waktu 8.42am.

Baiklah. Otak akhirnya memproses keadaan yang sedang berlaku.

Aku lambat GILA.

Bersiap selaju yang dapat dan merempit menyelit selicik yang boleh. Segala traffic light yang layak dilanggar, dilanggar tanpa kesian.

Dan alhamdulillah, kebetulannya hampir sume traffic light adalah hijau dan jarak opis yang kira-kira 9km membolehkan aku tiba tatkala jam di PC pukul 8.58am.

Pehh. Alhamdulillah. Aku tak lambat walopon agak hampir putus nafas berlari.

Pengajaran dari cerita ini adalah, tengokla sume jam yang ada untuk memastikan waktu yang betol.



P/S: Kali pertama jam talipon berada di waktu tepat.

Tiada ulasan: