Rabu, 30 Oktober 2013

"Live is Never Fair"

Sesetengah orang memang perlu buat keje lebih dari yang lain. Dan obviously, ada yang lebih pakar tak buat keje dari siapkan tanggungjawab yang diberi bayaran setimpal setiap bulan.

Dan kata sesorang trainer ni, learn to accept things.

"Life is never fair." He said, casually.

Dari satu sudut, Islam ada qisas - nyawa dibalas nyawa. You scratched my back, I scratch yours.

Tapi, walopon dibenarkan membalas seperti mana kita diperlakukan, memaafkan adalah lebih baik.



********************************************


Mungkin, peringatan atau teguran bahawa aku kadang emosi dan tak professional dalam menguruskan sesetengah perkara adalah bersifat membina, dan berniat menyedarkan, adalah sekadar sesuatu yang ikhlas dari sorang yang aku hormat.

Mungkin, terlalu esktrem menegakkan so-called hak sorang aku, lidah lebih dulu lancang berkata-kata dengan mengabaikan rasional pikiran.

Well, moral of story, talk less you dum-dum. Well, no offense, because I'm pretty stupid sometimes. Or, always.




P/S: BUT still, don't dare put the blame on me when I did nothing wrong. Never underestimated a sleeping dragon.
Dragon sangatttttt... dragon fly. ^^

Going Downhill

Banyak benda sedang going downhill sekarang.

Yang mana lead kepada satu angan-angan.

RESIGN.










*****************************************************

Tapi, malangnya, carik keje bukanla sesenang carik cacing dalam tanah lembap. Carik keje kadang-kadang macam cari baju yang berkenan di hati di shopping kompleks.

Kadang jumpa, tapi takde kaler yang berkenan.
Kadang ada, tapi saiz pulak tak kena.
Kadang memang sume cantik, tapi tag rege pulak jadik penghalang.

Justeru, duduk diam-diam kat rumah sambil menenangkan jiwa mungkin salah satu cara sebelum esok menahan rasa untuk terus bekerja.






P/S: Pi Sungai Kelantan korek mas bagus sket kot.

Selasa, 22 Oktober 2013

1st Step

1st step.

Setiap pape memerlukan langkah pertama. Dan melangkah kali pertama ke satu arah yang tak sape tahu apa kat depan adalah tak mudah.

Tak semudah disangka.

Dan tak seperti dijangka.

Kadang kat depan ada lorong berbeza yang memerlukan pilihan dan keputusan. Takkan boleh keduanya, hanya satu. Dan tak pernah sesape tahu dengan pasti yang mana satu yang lebih baik dari yang mana.

Umpamanya sebuah percaturan.

Hanya ada satu jawapan. Dan 'tidak' bukanla jawapan yang betul.



P/S: I did it, finally. But I'm curious what's the ending.

Korban & Lembu

Raya Haji yang seronok.

Err walopon hasrat nak amik gambar family tak kesampaian (jangan kata gambar family, selca diri sendiri pon takde sepanjang raya pertama), tapi raya pertama berjaya berada di kampung halaman di kala pagi raya.

Dannnn....... tengok lembu disembelih setelah sekian lama.

Ia adalah seronok.

Dan oh ya. Kali pertama jugak tengok anak buah baru. Err jujurnya aku pikir aku mungkin tak suka anak buah ni (sila jangan tanya kenapa lalalalala) tapi alkesahnya budak kecik nih tade dosa memang la tengok je pon dah suka. Tsk.

Beliau sangat comel, walopon tak secomel aku pastinya. Wheeee~


Proses merebahkan lembu.


Gigih pakcik sedara aku suruh amik gambar lembu sebelum disembelih. Yang ni sangat gagah perkasa, lebih lima kali try berdiri lepas disembelih. Semangat nak hidup yang sangat kuat, darah masih memancut-mancut tapi tetap gagah sampaikan tali pengikat kaki putus. Skeri jugak la.


Proses melapah.


Si kakak. Err... dan bapak beliau.



Baru perasan bahawasanya aku lupa amik gambar di kecik. 





P/S: Congrate pada yang bertunang tuh. Muaturun gambar adalah selepas kome nikah, sekian. Lalalalala~

Selasa, 15 Oktober 2013

Magis : A Review

As expected, buku RAM ni memang kena baca tanpa gangguan. Lalu aku pon baca la sambil tunggu pukul 5 pagi menjelang. Tsk.

Magis, 5 watak utama dipertemukan di hujung usia dunia, lebih kurang 200 tahun akan datang.

Boleh tahan berat jugak tema karya RAM yang ni. Bagi yang tak follow tulisan beliau sebelum ni memang akan mengalami kebejatan minda untuk paham inside connection sesatu watak tu.

Dari satu demi satu watak bertemu, dan akhirnya bertempur sesama, perincian yang paling kurang sepatutnya dalam masa beberapa minggu tu - sebetulnya hanya dalam masa beberapa saat.

Walopon Magis hanya semata-mata imaginasi, pokok pangkalnya tade yang mustahil. Kun fayakun.

Personally aku suka watak Carlos, dan berjaya tamatkan buku ni dengan senyuman sebab finally beliau sedar diri jugak. Keke~

Oh, scene Juvia menyerang orang-orang bapaknya sendiri persis watak awek Rayyan yang khianati bapaknya jugak. Dan aku membayangkan ia berlaku di kawasan yang lebih kurang sama - tanah tandus & kering.

Dan, ending di mana watak Mikhail & Ryu dipertemukan adalah sangat epik.

P/S: Satu jah aku nak komplen. Motip next buku pasal Sunan lagi? Uff...

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Hari Raya!!

Samat Raya Haji.

Tahun ni aku tak balik malam raya macam tahun-tahun sudah. Serik kesahnya. Konon sangat serikkk..

Aci balik malam raya je, sampai mesti lepas orang dah setel lapah daging. Ada la pukul 1130am ke, 1200pm ke baru sampai.

Naik la bas pukul 9.00 malam ke, 10.00 malam ke, 1.00 pagi ke, memang sampai rumah orang dah bersiap nak semayang zohor.

Justeru tahun nih aku aku balik di kala pagi raya, dengan flight ekeke. Nasib baik la Air Asia murah, kalo tak memang naik jela bas patbelas jam.

Kalo sempat mungkin bleh semayang raya esok pagi. Kalau dan la. Haha~




P/S: Raya!!


Khamis, 10 Oktober 2013

Seronok : A Review

Ini buku FIXI - penerbitan yang para penulisnya bebas berkarya tentang apa saja. 'Apa saja' yang bermaksud sepenuhnya APA SAJA.


Seronok - Saat Omar



Penulisnya Saat Omar - yang aku tak pasti gender beliau.

Buku ni adalah menakutkan, dan berkemungkinan mendatangkan trauma kalau temanya gagal dihadam bebetul. Keseraman yang tak serupa dek buku thriller atau buku kesah hantu, setan & iblis, serta ilmu-ilmu hitam bagai.

Ini ketakutan yang bakal menyebabkan berdirinya bulu roma dan berlakunya perpeluhan dingin. Ngggg~

Ia kisah sorang penyiasat persendirian yang punya degree yang sepatutnya membolehkan beliau jadi sorang seniman - pelakon, penyanyi, penulis skrip - atau apa saja yang berkaitan seni dan karya.

Watak utamanya sendiri adalah hakikat kecelaruan lepasan SPM dengan keputusan yang tak berwarna pelangi di mana main sauk apa saja kursus di universiti asalkan berjaya genggam segulung ijazah.

Keseluruhannya, ini adalah berkenaan kecenderungan menyukai kaum sejenis aka gay. Lesbian tak diketengahkan dalam kes ni.

Kalau rasa tak mampu menerima wujudnya golongan semacam ni maka suka aku nasihatkan sila skip buku ni.

Tapi, suka atau tidak, benci atau jijik, golongan semacam ni memang ada. Sama ada dorang ni hanyut dengan kencenderungan yang tak sepatutnya tu, cuba melawan dan cuba berubah kepada straight, atau terima saja selaku satu cubaan untuk dorang.

Ketiga-tiganya ada dalam SERONOK.

Amirul, si penyiasat persendirian yang enjoy dengan kecenderungan salahnya.
Bakar, si pelakon drama yang famous yang cuba berubah dengan mengahwini sorang waitress di salah satu club yang salu dikunjunginya.
 Sazali, college student yang menerima apa saja adanya.

Uh-oh, secara peribadinya aku suka watak cool mak Amirul. Sangat cool dan tak memaksa anak dia kawen dan seumpamanya sepertimana mak-mak biasanya buat bila anak-anak depa dah 30-an tak kawen-kawen.

Tapi ayatnya cukup macho, "__jangan sampai mak hilang sabar dan pinangkan mana-mana anak dara kat kampung ni untuk kau."

Oh-oh-oh! Ada satu problem dengan jalan cte SERONOK. Agak-agak kat tetengah buku, plot dia tetibe menjunam. Memang boleh dikatakan tak naik-naik sampai mood nak sambung baca agak ke laut.

Justeru, sila baca time lapang, dan sila makan jajan sambil makan. Err... tapi bahaya jugak makan sambil baca buku ni. Uff.



P/S: ~

Isnin, 7 Oktober 2013

Monday Blues

Saya arif dan saya maklum, Senin adalah hari yang kurang digemari.

Selain hujung minggu baru saja habis, kena start hadap keje yang belambak-lambak-sampai-mati-pon-tak-habis, dan kena pakai kain baju formal beserta kasut keletuk-keletak, Senin adalah hari yang memang paling tak disukai golongan yang bergelar pekerja.

Tapi, orang lain pon syahdu jugak di kala Senin menjelang tiba. Tak payah la extreme sangat sampai orang yang tak bersalah sekadar merenung ke depan lalu terpandang anda yang sedang menapak terus dihadiahkan jelingan maut barang sedas dua.

Ia adalah awkward tau tak.

Lepas tuh konon nak cover rasa bersalah tersebut dengan lalu lagi sekali dan buat-buat angguk kepala kononnya ada-pape-kah.

Oh no no no. Terlambat itu sume.

Anda adalah sorang yang scary sebab suka moody. Tsk.





P/S: Semoga akan ada satu hari di mana orang itu ber-mood macam orang lain. Lepas tu ada hati tanya kenapa takut dengan beliau.
Yo! Beliau memang tak makan orang tapi sekali tengok ala-ala macam makan orang. Sekian.


P/S/S: Entry mengutuk orang. Lalalalala~

Ahad, 6 Oktober 2013

BlogWalking~

Baik. Dah start balik peel menerjah blog secara bacaan senyap.

Uff... kalo dah start memang tak reti nak stop.

Yaaaa..... aku memang la salah sorang pembaca senyap di luar sana yang suka follow sesatu blog lalu dengan gigihnya membeklog entry deme dari yang latest sampai la entry pertama blog tersebut.

Ada yang aku terus follow sebaik habis entry pertama. Ada yang aku baca save link dulu, baca berhari-hari (ala-ala budak study time minggu study) baru follow.

Uh-oh, dan sekiranya deme ada blogger pemes aku memang tak prefer untuk deme perasan kewujudan aku supaya deme tak terterjah blog yang serba personal ini.

Kenapa? Haip.... dah nama blog personal, opkos la isi kandungannya terlebih merapu. Sekian saya yang segan wakaka.



P/S: Bai. Nak sambung jalan-jalan kat blog orang. Lalalalala~

Sabtu, 5 Oktober 2013

Minggu Penat

Finally.

Tamat minggu yang memenatkan neh. Err sebenarnya belom la tamat lagi pon, ada 3 customer nak kena tepon balik decline request deme. Ooo tidak saya tak suka menyampaikan berita buruk, tapi apa nak buat, bukan sume yang kita ndak boleh dapat kan.

Semoga-semoga inche budiman para customer memahami adanya.

Uh-oh. Perkara menarik minggu ni, lepas sekian lama ketemu lagi si kerempeng yang suka makan. Sejak dulu-dulu aku memang kagum dengan deme-deme berbadan kering kalah tiang letrik tapi tang makan kalah aku.

Perkara menarik kedua minggu ni, err.. sebenarnya tak menarik, tapi cerita sedih. Salah sorang member aku tersalah login ID orang lain, lalu dia dianggap tak datang keje.

Apakah itu sume.... jebal! Do something please, sila la buat sesuatu untuk selamatkan status beliau pada hari tersebut.

Baik, merapu takde point dah neh.




P/S: Motip shopping barang budak-budak kecik nak kena cecah satus, kain pasang aku pon baru nam hengget semeter?

Selasa, 1 Oktober 2013

Kerja

Kerja. Kerja. Dan kerja lagi.

Lately keje ni banyak sangat ye. Bila agak-agaknya nak kurang sikit & bagi beta can nak baca novel sambil goyang kaki makan gaji buta.

Pfft. Angan-angan melangit sangat kan.

Btw, antara sesi last team building hari tuh, salah sorang trainer tuh ada cakap, no such thing as loyalty kat sesatu company. Kalau dapat better offer with better benefit why hesitated. Gerak jelah. Tapi higher payment means higher commitment, sila terima kenyataan jelah.

Bak kata mak aku, merungut banyak keje jauh lebih baik dari merungut takde keje.

Dedua pon merungut, tapi at least yang bergelar pekerja nih ada satu hari dalam sebulan yang deme mampu tersenyum menatap angka-angka berganda dalam akaun.

Kata sang trainer, ingat lagikah kome betapa laju anggukan kome sanggup apa saja semata nak dapatkan kerja, walhal sekarang segala sumenya nak komplen berjela.

Ayat inche trainer yang satu tuh memang terus menusuk masuk ke tulang hitam.

Alkesahnya, walopon aku suka jugak berangan nak bertukar keje, tapi mengenangkan rezeki keje aku tak semudah orang lain, dan betapa payah  untuk dapatkan posisi sekarang neh, bertabah jahla.

Bak kata trainer lagik, at least senyum extra lebar sket setiap hujung Mac. Inspirasi katanya. Wheee~





P/S: Last month. Semoga sehat lagi 30 hari. Amin.