Selasa, 14 Oktober 2014

Fraudster : Depani & Atasi

Masuk tahun keempat hanya berperanan selaku sorang yang menerima laporan kad kredit dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawab untuk transaksi tidak autentik tak menjanjikan apa-apa. Pengajarannya, memandang dan mengalaminya sendiri adalah tidak sama.

Menerima SMS alert secara berkenaan transaksi dalam foreign currency yang cecah ribuan Ringgit Malaysia secara tiba-tiba di tengah malam, nyatanya bukan kejutan yang diimpi-impikan.

Terduduk seketika sebelum akal waras berfungsi semula. Usai hubungi bank untuk batalkan kad dan dapatkan ganti dengan nombor akaun yang berbeza (Tips satu : selaku payee agent bank memang tak mampu batalkan apa-apa transaksi, hanya akan membantu batalkan kad dan ganti yang baru), aku mencuba nasib hubungi syarikat penerbangan tersebut (transaksi untuk tiket penerbangan dari Euthopian Airline).

Tips dua : Pembatalan transaksi hanya boleh dilakukan oleh merchant tersebut. Justeru aku saja la mencuba kot lah masih boleh dibatalkan memandangkan transaksi tu memang bukan aku yang punya.

Mujurnya dorang respon, bagaimanapon meminta maklumat penerbangan untuk dibatalkan. Malangnya aku tak punya maklumat apa-apa memandangkan terang lagi bersuluh ia tidak autentik.

Selepas menjelaskan hal tersebut kepada pihak syarikat penerbangan tu, langsung takde perkembangan pape tapi aku menunggu hingga lapan hari.

Tips tiga : Setiap transaksi pada kad kredit/debit biasanya akan floating paling selama selama lapan hari tak termasuk hari transaksi dibuat. Bahasa mudahnya, transaksi dah jalan, tapi merchant akan ambik masa paling lama lapan hari untuk buat settlement, selagi settlement tak dibuat selagi tuh pembatalan transaksi masih punya peluang besar untuk dibatalkan.

Hari kesepuluh, aku cek balik, dah alhamdulillah sangat, transaksi tu tak posted, atau erti kata lainnya, merchant tak claim dan dah batalkan.

Peluang untuk terkena macam ni agak besar bagi yang pernah gunakan kad secara dalam talian atau online (kena pulak aku memang hantu beli barang online neh) terutama dari laman web yang tak secured. Justeru jalan terbaik untuk meneruskan aktiviti tersebut tanpa sebarang ketakutan terkena lagi sekali, ialah dengan menggunakan debit kad.

Oh yeah, debit kad yang tak melibatkan apa-apa akaun yang mana nak pakai masuk la duit, tanak pakai, simpan senyap-senyap. Mungkin kerugian mata ganjaran untuk setiap penggunaan, tapi keselamatan dari sebarang penipuan adalah jauh lebih penting aku kira. Jadi tanpa berlengah aku terus memohon kad debit Kwik dan dah selamat gunakan untuk mphonline. Hahahaha~



P/S: Perasaan bakal membayar ribuan ringgit untuk sesuatu yang tak digunakan, adalah pengalaman yang takde sape maukan.
#fraudtransaction #howtoavoidfraud

Tiada ulasan: