Sabtu, 13 Februari 2016
Pembantu ~
Pembantu.
Alkesahnya memang penat, Tapi taklah sepenat bila ada yang mempersoalkan tindakan atau apa yang sedang kita lakukan.
Mungkin aku salah jugak.
Rasanya ya jugak lah.
Perlu lah aku terus pada titik soalan tanpa bagi salam bertanya kabar berbasa basi terlebih dahulu,
Mungkin lebih baik atau lebih manis andai aku bertatasusila sikit, bertanya sepatah-sepatah ibarat si dara yang mahu tapi malu,
Mungkin salahkan identiti ibukotaraya yang agak tersebati dalam diri.
Mungkin salah jiwa yang masih selesa gunakan bahasa asing untuk tujuan rasmi,
Ia mungkin rasmi pada aku, tapi sesuatu yang melebih-lebih pada yang disoal.
Justeru, aku tak rasa ia wajar dipanjangkan.
Andai ditanya, ya, terasa jugak hati yang sekuman ni. Tapi tak perlu lah aku panjangkan, walau sikit sebanyak terasa juga untuk patah ke belakang dan berpikir semula.
Andai ditanya, ya, ia memberi kesan, Tepu juga rasa jiwa. Tapi apalah nak dipanjangkan. Ia biasa, sebenarnya hanya sekuman perkara. Tapi itu lah, rasa ni kadang-kadang susah nak mengabaikan, nak juga pikir dan membayangkan yang tidak-tidak.
Tapi, tu lah, kata sorang colleague, saat aku persetujui untuk digaji di sini, ada tulisan kecil sekecil alam di hujung kontrak ; tahan maki, dan tahan temui bermacam ragam ulah dan perangai. Lalu, emosi tidak diperlukan.
Nyeri juga pesanan tu, tapi tak ternafikan. Maka aku, cuba lah hadamkan saja apa ia. Pahit juga nak ditelan, tapi nak diluah tidak sesekali.
Begitu lah aku. Lalu minggu ini Butterscoth akan menemani, pagi, tengahari, dan petang. Kelaparan mendorong kepada kebejatan minda, justeru perut yang kenyang adalah lebih baik dari perut yang kosong dan lapar.
Bak kata senior yang aku kagumi tu, wanita dan makanan tak terpisahkan.
P/S: Sweet escape.
Selasa, 2 Februari 2016
New Duty
Day 1 was today (practically yesterday since it past midnight already).
As a first day it went pretty smooth.
Tomorrow, or should I say today, will be Day 2.
All the best for me.
Just a friendly self reminder. People deserves chances.
I would like to elaborate more, but maybe later.
P/S : They wont be calling P1SKO as much as before I guess.
Ahad, 24 Januari 2016
Wanita Bekerjaya VS Memasak
Terlebih dahulu, aku bukan tergolong pandai memasak sejak azali. Dan bukan juga jenis yang sekali cuba memasak terus hebat setaraf chef kedai makan ala masakan thai. Ironinya aku suka rancangan masakan dan kadang-kadang suka juga cuba-cuba memasak mana lah tahu tiba-tuba jadi sedap setara Chef Wan.
Aku sorang bekerjaya. Balik cuma nak mandi, makan, rehat, dan menghadap laptop, tv, atau buku.
Nama nak bersilat di dapur dan hanya selesaikan urusan memandikan (?) diri serta lain-lain usai memasak yang paling-paling perlukan sejam, memang kelihatannya bukan pilihan yang bijak pada aku.
Justeru, satu masa dulu aku tertanya juga. Pasangan yang sama-sama kerja, bila balik si isteri masih punya tenaga ke dapur siapkan paling tidak dua atau tiga jenis masakan (walau secikai mana sekali pun jenis masakan tu), homo sapiens jenis apakah mereka yang mampu menjana tenaga extra sebegitu?
Kerja seharian itu sendiri sudah menghakis hampir keseluruhan semangat tapi mereka masih gagah dan jitu mencampak pelbagai haiwan serta daunan ke kuali dan periuk lalu menghasilkan makanan setara kedai makan kalaupun bukan lebih sedap.
Lebih lagi bila masakan tu memerlukan tugasan seperti menggunakan blender yang pada aku... Oh renyahnya!
Tapi, mengalaminya sendiri rupanya aneh dan takjub.
Lebihan tenaga memang akan terjana sendiri sebaik sampai di rumah untuk tugasan menyediakan makan malam.
Tidaklah aku rajin sangat nak memasak (atau pandai lah sangat nak masak) tapi angan-angan untuk makan bersama encik beliau itu rupanya jadi booster kepada tenaga extra.
Dari sorang anak dara yang memang hampir nil tentang ilmu persilatan di dapur sekarang aku mungkin dalam proses nak tukar tali pinggang putih kepada kuning. Mungkin bila aku pandai buat kueh nanti aku akan berjaya tukar kepada tali pinggang merah.
Dah oh ya, sekarang dah jadi puan isteri serta puan ibu, bukan anak dara yang tak gemor memasak lagi muahahahaha.
Bila satu hari balik keje encik beliau boleh mintak masak ayam paprik, begitu rupanya rasa bahagia jadi orang reti memasak hahahaha.
Kesimpulannya, bekerjaya tak perlu vs memasak. Kerana persilatan di dapur adakala adalah terapi kepada kerjaya yang adakala menghentak pundak. Dua-dua ibu jari aku jempulkan kepada mereka yang hebat tahap tali pinggang hitam dalam kedua-dua bidang.
Anda homo sapiens yang hebat...!
P/S : Misi terbaru, balik kampung lagi nanti nak beli periuk pengukus, patik nak belajar buat tepung pelita hahahaha.
Khamis, 21 Januari 2016
Sandwich Telur
Pagi ni makan sandwich telur.
Kali pertama aku makan sandwich telur ialah masa berada di Plaza Damansara. Pagi-pagi buta sebelum masuk keje singgah sebentar di 7E.
Pilihan yang ada ialah deretan sandwich, dan sumenya adalah sandwich telur.
Agak kecewa sebab aku rasa sandwich telur, apalah sangat. Lebih baik sandwich tuna, ayam dan seangkatan dengannya. Apa lah telur.
Tapi bila makan, aku terpaksa berhenti menggigit, merenung semula sandwich di tangan, sebelum sambung makan sambil menukar fikiran.
Sedap boh!
Dan hari-hari berikutnya menyaksikan aku dan sandwich telur. Sandwich lain taknak pandang dah.
Sandwich telur hari-hari pon boleh.
Begitulah kisah aku jatuh suka dengan sandwich telur 7E. Sekarang, aku dah pandai buat sandwich telur sendiri hahahaha.
Eh sandwich telur adalah satu pencapaian bagi orang tak reti memasak macam aku ya, sila jangan gelak.
P/S: Breakfast!
Ahad, 3 Januari 2016
#meismemasak
Bukan tak pandai yang sikit-sikit, tapi memang tak pandai yang betul-betul. Mungkin kerana aku memang tak minat memasak.
Di kampung, memang harapan tinggi saja lah aku nak masak. Alasannya, sesekali aku balik kampung nak merasa lah masakan ibuku tersayang walhal alasan je semata kan. Dan waktu di rumah sewa pulak, makan nafsi-nafsi, dan member serumah pulak memang kaki makan kat kedai jadi makin suram lah aktiviti masak memasak apalagi masing-masing pulak kerja balik dah maghrib. Namanya nak menyinsing lengan baju bersilat di dapur tu memang agak malas lah.
Cuma tu lah, ironinya aku suka menonton rancangan masak-memasak.
Kata orang dah kahwin karang pandai la kau masak. Hah, mungkin untuk orang lain sebab aku tetap tak pandai masak meski dah kawen.
Setiap kali mau masak aku memang akan bertanyakan pakcik Google macamanakan memasak masakan tersebut. Dan kerana encik suami tak sukakan aktiviti tersebut bak katanya biarlah ada originaliti dalam memasak, maka aku akan baca sekali lalu resepi tersebut, dan sesekali bukak telefon semula untuk pastikan aku mengikut langkah yang betul.
Sewaktu bergelar warga kota ibu kota dulu, ada banyak pilihan andai kata malas masak, apatah lagi tempat tinggal dulu siap ada satu kedai makan yang meyediakan servis penghantaran makanan ke muka pintu tanpa sebarang caj tambahan. Maka makin banyak lah alasan untuk tidak memasak. Nak memasak sekali seminggu pun susah.
Tapi sejak berada di Hulu Kelantan ni, pilihannya hanya lah sama ada memasak, atau makan di kedai. Selalunya pilihan kedua adalah sukar memandangkan encik suami tak gemar mana nak menyantap di kedai,
Justeru, bermula lah episod mari memasak setiap malam.
Kata orang dalam bahasa omputih, practice makes perfect. Lalu sekarang ni, dari skala satu hingga sepuluh di mana sepuluh paling tinggi, aku rasa aku layak lah untuk berada di tangga ke lapan atau tujuh.
P/S: #meismemasak di IG adalah sekadar menyimpan resepi supaya lain kali ada sumber merujuk andai tiba-tiba minda terbejat gagal mengingat.
Khamis, 19 November 2015
Khamis
Di Kelantan, Khamis adalah hari terakhir hari bekerja dalam seminggu.
Beberapa tahun kebelakangan ni aku sangat teruja pada hari terakhir bekerja dalam seminggu. Dan hari pertama pulak terasa lunyai semacam.
Tapi sejak berada di sini, hari pertama, kedua atau ketiga hatta hari terakhir, terasa takde bezanya.
Kesibukan, dan keterujaan menyebabkan hari itu hari apa bagai sirna dari minda.
Kalaupun menyebabkan aku tersedar Khamis menjelma, bila mana malam atau paginya aku perlu menggosok baju merah-putih. Atau, di hari Khamis itu sendiri kesibukan sedikit berganda berbanding hari biasa.
Balik awal atau tepat pada masa bukan lagi keutamaan.
Bukan.
Ahad, 25 Oktober 2015
Sabar le~
Bercakap bermodalkan air liur memang mudah, yang pastinya tak sepayah menahan diri untuk tidak melakukan yang tidak-tidak.
Bersabar itu manis. Sesungguh-sungguhnya manis. Dan berdiam itu baik, jauh lebih baik dari ujaran yang bukan-bukan, yang sia-sia. Sesungguh-sungguhnya lebih baik.
Cuma tu lah, menaip di laman ni teramat senang, mudah, dan ringkas. Untuk benar-benar mempraktikkannya...?
Sungguh-sungguh ia susah. Payah. Sukar, meski tak mustahil.
Dan hari ini, hati yang banyak titik hitam ni, gagal menahan diri lalu lidah yang tak bertulang ni senang benar berkata yang tidak-tidak. Dan seharian lah pundak ni terhentak rasa bersalah.
Mahu pohon maaf dan ampun jiwa kebal dengan ego dan lagak.
Justeru, begini lah. Minda terpahat satu azam untuk hari-hari mendatang.
Aku pernah jahil tak tahu apa-apa. Dan aku arif rasa terhina tatkala ditertawa dan dipersenda hanya kerana aku bertanya. Lalu, meski sebahagian rasa mahu membalas rasa sakit itu pada yang tidak berhak, bertabah dan bersabar, jauh lebih baik.
Dan tekad ni, janji pada diri, esok mahu lebih sabar.
Mungkin perlu mulakan dengan sarapan yang sempurna.
Minda yang segar, dan perut yang tidak lapar, menjamin sedikit kesabaran, rasanya lah.
Aku cuba.
P/S: Saya cuba....!!
Rabu, 14 Oktober 2015
GM .... Ia Bermula.
Kali terakhir menulis adalah pada empat bulan yang lepas.
Banyak yang berlaku. Tapi perkara paling besar ialah aku bukan lagi warga ibukota Kuala Lumpur.
Aku kini, bermastautin di Gua Musang.
Bayi kecik aku tah tak berapa bayi sangat dah, dah ada gigi, dah boleh merangkak, main, dan lain-lain.
Dan suami aku dah tak komplen langsung pasal berebut parking, atau sikap sesetengah orang yang suka tanda parking dengan kon dan sebagainya.
Aku pun lebih tenang jiwa. Hahaha.
Jalan memang tak jem lah.
Pagi2 ada nescafe panas, petang-petang ada teh o. Menjelang buat balancing ada hamba-hamba Allah yang sudi belikan karipap besar yang sedap, goreng pisang, cakoi, dan macam-macam.
Hmm... Montel la kalau macam ni.
Khamis, 25 Jun 2015
Meniang
Ini adalah istilah baru sejak perlu mnggunakan pengangkutan awam semula.
Meniang adalah bila anda menaiki LRT/komuter/STAR dan seangkatan dengannya yang mempunyai tiang di tengah-tengahnya sebagai pasak untuk anda BERPEGANG padanya tatkala pengangkutan nak-kata-mahal-tak-mahal-nak-kata-murah-tak-murah ni sedang penuh sesak, sebaliknya anda terus SANDARKAN BADAN pada tiang tersebut.
Jika aktiviti bersandar pada tiang adalah MENIANG, maka penggemar aktiviti ini adalah PENIANG.
Tipu la kalau kata aku tak penah meniang, tapi tengok keadaan jugaklah, kalau dah penuh macamkan tin sardin cap Ayam tu sila gunakan sesuatu yang dinamakan pengetahuan umum atau dikenali jugak sebagai common sense.
*************
*************
LRT/Komuter/STAR sedang penuh sesak, sorang awek selamba meniang.
Di satu stesen, sorang lelaki masuk dan selamba jugak menghala terus ke tiang lalu letakkan tangan ke bahu peniang tersebut.
"....EXCUSE ME...!!!" Jerit peniang dengan wajah penuh bengang.
"Oh! I thought you were tiang...!"
.......
Muahahaha. Lain kali beragak sikit nak meniang ye anda-anda sume.
P/S: Meniang.
Ahad, 21 Jun 2015
Kontrol
Tahap suara yang clear macamkan kristal.
Did you eat the CD?
P/S: When both the father and the little one are sleeping and me is not sleepy.
Khamis, 14 Mei 2015
Sebelum VS Selepas
3 bulan di kampung, terlalu banyak yang berlaku. Antara bahagia dan kurang bahagia, hanyalah sedetik. Rahsia di sebalik setiap apa yang berlaku sama hanya Allah saja pemegang kuncinya.
Ringkas kata, tempoh 3 bulan hanya membawa satu makna untuk aku. Alhamdulillah, aku punya sebuah keluarga yang bahagia, dan membahagiakan. Dikelilingi mereka yang tak ramai, tapi setiap satunya tak ternilai ertinya.
Dan... bak kata sang ibu, ulah anak bagai sebuah hiburan. Mendalam. Pun macam tu, tak perlu menyelam sampai ke dasar hanya untuk pahami.
################################################
################################################
Selepas bersalin?
Berat aku turun 10kg lebih kurang, mencapai berat ideal yang memang tak pernah aku capai. Hah, mendadak sangat kan. Haha~
Macam aku yang berat 60++ bila turun 10kg ok la jugak, takde la nak kesian sangat tengok, sebab kalau ikut BMI (yang macam bagus-bagus sangat tuh hahahaha) aku memang la obesiti kan, dah tu saya ni berketinggian wanita asia.
Adik aku yang bersalin awal dua bulan, dah memang ber-BMI ideal, pun kehilangan kilos macam aku jugak, serius kesian. Macam tiang letrik pakai kain batik dah.
Yang lawaknya, adik ipar yang berjiwa sensitip tu siap nangis tengok bini beliau kurus kering macam tu sekali.
Abang ipar adik aku? Heh, sekadar terkelip-kelip jelah bila tengok aku.
Alkisah, baju kurung baru mak aku sampai kena tukar ukuran. Baju lama yang sebelum ni tak muat pakai, pun dah jadik menggelebeh. Serius lawak.
Berita baik ialah, lepas ni boleh beli dress/blaus online dengan bahagia! Sebab selama ni kalau beli memang la nak kena bukak sume jahitan dart (?) depan belakang baru muat-muat.
Tapi agak-agak jugak la, mak aku dah siap pesan (?) '... dah slim tu mula la nak pakai baju kecik-kecik..'. Muahaha tidak la ibu, baju kecik-kecik muat-muat pakai dalam rumah jelah, takde la nak pakai sampai keluar rumah.
Anak?
Anak saya single eyelid. Orang duk bebel cakap anak aku kenan Korea sebab suka sangat tengok drama Korea. Uff... dah sejak bila aku tengok drama? Jangan kata Korea, apa-apa drama pun memang aku tak suka tengok.
Sekadar tengok program nyanyian dengan layan variety show tu takde la nak masuk kategori taksub kan.
Alkisah, anak saya single eyelid sebab ikut bapak beliau, sila depani hakikat. Hakhak.
P/S: Saya yang comel, sekian.
Isnin, 4 Mei 2015
custommadetshirt_mazeed : Promosi Mei~!
Kenapa?
Pertama, Mei adalah bulan kelahiran aku.
Kedua, Mei adalah bulan aku kawen. Hehe~
Ketiga, Mei adalah bulan mak ayah aku kawen.
Keempat, Mei adalah bulan hari guru. Kaitannya? Aku suka cikgu~!
Justeru, item yang boleh dapat potongan 10% adalah seperti berikut:
1. T-Shirt min 2 helai
2. Button badges min 20 unit
3. Mug min 2 unit (kecuali couple mugs)
Promosi sah sehingga hujung Mei 2015.
Boleh pm di facebook : https://www.facebook.com/mazeed.esfie
Atau boleh follow IG: custommadetshirt_mazeed
Email pon boleh: nm_salir@yahoo.com.my
Fastest way would be whats apps to 0136293240.
P/S: Kalau tempahan adalah untuk hari guru, aku bagi harga istimewa lagi................. why? Because I love teaching! Err... teacher.
Jumaat, 1 Mei 2015
Custom Made T-Shirt
@custommadetshirt_mazeed
=====================================
=====================================
Perkenalkan... Akaun instagram saya yang bertemakan bisnes printing!
Eceh pakai 'saya' pulak sopan sangat.
Al kisah, bisnes printing ni dah agak lama la, dalam 2 tahun macam tu, dan berdaftar di atas nama Muhammad Asma Printing.
Eh sikit pon takde nama aku?
Eh ye. Memang takde nama aku, sebab bisnes ni adalah usaha abang aku. Dan aku ni takde kena mengena pon kecuali tukang dengar teori bisnes beliau, tukang komen design beliau (tukang tempah baju lepas tu dapat free), dan kadang-kadang tukang paksa suruh beliau promot secara online tapi takde beliau nak buat.
Justeru aku melantik diri sendiri sebagai pegawai promosi untuk bisnes ini. Di mana aku percaya sikit sebanyak akan dapat membantu abang aku yang mana dalam masa yang sama bolehla aku mintak tshirt free lagi. (Kali ni nak gambar apa ye..)
Bisnes ni bukan saja melibatkan t-shirt, yang mana bagitau la nak print apa, atau nak design macamana, nak sehelai atau sekodi, tapi jugak ada khidmat printing untuk mug, button badge, id card dan banyak lagi.
Nak tahu lebih lanjut aku akan cerita lebih sikit dalam entry akan datang.
Sehingga itu, babai~
P/S: Tunggu apakah lagi, follow la ig saya....! Hehe