Jumaat, 25 Julai 2014

Ramadhan ke Syawal

Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni. Esok, lusa Aidilfitri akan menjengah tiba.

Tahun ni, tahun yang istimewa. Banyak yang tak sama, dan bukan sikit yang berubah. Sama ada ia di dalam jangkaan, atau langsung di luar sangkaan.

Apa pun, perancangan Pencipta tu sebaik perancangan, meski makhluk teristimewa pernah tercipta neh kadang bejat otak cuba mencerna hikmah di sebalik segala yang terjadi.

Tahun ni, dapat balik raya alhamdulillah. Dan balik kali ni, bukan selaku lone ranger seperti tahun-tahun sudah. Bukan jugak menumpang Arjuna atau sedara mara. Juga bukan membelah udara memotong perjalanan memenatkan dengan hanya sejam.

Tahun ni, semangat beraya sepertinya agak sirna, mungkin risau, mungkin jugak terlalu teruja hingga nikmat raya sedikit terpadam.

Cuma yang pasti, tahun begini hanya sekali. Takkan berulang lagi. Takkan terulang lagi, well, secara teorinya begitulah.

Dan begitu lah. Kisah ini dijedakan sementara. Hingga ruang dan masa menemukan laman ini semula.

Hingga itu, pada yang aku lukakan perasaan, sama ada aku sedar atau tidak, mohon maafkan.

Memaafkan itu kesudahannya manis, meski melakukannya umpama taburan garam di atas belahan luka - pedih, perit, dan menyakitkan.

Selamat menyambut lebaran. Aidilfitri perlu diraikan, walau di mana saja kita berada, sama ada tahun ni harus bekerja atau bernasib baik bercuti bersama keluarga.



P/S: Raya is really around the corner.

Rabu, 16 Julai 2014

Judging

Dont judge a book by its cover.

Makan dalam maksudnya. Tapi kerapkali sesorang dinilai dari apa yang kelihatan di mata kasar.

Kerana ni blog aku, maka, contohnya adalah aku.

Dua bulan dulu hingga 6 tahun lepas, aku tinggal berhampiran Mid Valley. Justeru Mid memang adalah antara tempat yang selalu aku tuju.

Dan selaku shopping kompleks memang selalu ada banyak promo sana sini di Mid. Jarang-jarang, aku terpengaruh jugak la nak membeli walau kadang tah bila dipakai.

Cuma, kerana Mid sekangkang kera cuma dari rumah, maka nak ke Mid kadang aku sekadar berseragam-lepak seperti seluar panjang hitam jahitan ma & tshirt pasar malam dan berkardigan/sweater.

Lalu, memang takde la promoter-promoter sume offer aku kad kredit, perfume tiga pat ratus, hatta katalog sekalipun.

Selaku manusia, kadang sentap jugak le, promoter tu sume mungkin pikir aku tak layak beli/pakai barangan berharga mungkin separuh basic gaji dorang, jadi mengambil tindakan bijak simpan tenaga dari approach orang sengkek macam aku.

Ada pon satu hari, atau hari-hari tertentu di mana aku meroyan dan nak pakai lawa-lawa sikit, pakai skirt & blaus Berjaya Times Square, sarung wedges, dan melilit shawl, agak terkejut jugak bila tiba-tiba disapa adik-adik promoter tersebut.

Oh sekarang akak dah tak nampak sengkek la ye...?

Walhal, apek-apek yang berduit berkepuk tu, selalunya hanya bertshirt pagoda, sedang yang baru-baru kerja dengan gaji baru-baru cecah pat angka dah nak tunjuk belang beli tshirt di butik saja, Petaling Street dah tak nampak lagi.

Tips untuk adik-adik promoter, approach everyone, korang takkan tau permata berada dalam tiram mana satu.

Dan, walau cliche mana pon, sila jangan menilai buku dari kulitnya. Sebab sungai yang tenang tak semestinya takde buaya.




P/S: Lain nak tulis lain ditulis. Gasak la Labu....

Isnin, 14 Julai 2014

KAMI by AUJINZ & the GANG : A Review

KAMI 


Pergh, selepas berbulan komik ni dalam genggaman dan tatau la empunya buku dah buat cetakan kedua ke belom, baru nak buat review ye.

(Well, sape suruh komik sampai sari sebelum tarikh nikah kan wahaha)

KAMI adalah kolaborasi 3 pelukis (?), yang mana aku hanya kenal blog inche Aujinz saje. Bagaimanapon tarikan KAMI cukup kuat untuk tak ditempah sampaikan gamble beli walaupon tak penah menjengah ke blog dua lagi pelukis.

Part 1, oleh Aujinz sendiri, tak payah dipertikaikan lagi, sebab aku dah biasa dengan karya beliau maka mudah je hadam. Tapi nilai tambah yang ada ialah memori zaman kecik. Justeru setiap muka Part 1 sikit sebanyak membangkitkan kenangan nakal-dajal zaman kecik.

Paling kelakar tang mandi lelama main kapal selam bagai, oh itu peberet si Arjuna. Cuma Arjuna advance sikit, dalam kolam ikan, bukan tempayan air.

Part 2, not bad.

Cuma setiap karya semacam ada cerita tersirat yang tak terungkai.

Mungkin tukang pengkarya sorang yang sukar opened up pada sekitar...?

Part 3, err... susah hadam.

Terutama tang lawak fizik berlari kelilingi bumi 3 kali dalam posisi beku. Err... aku macam baca Dragon Ball. Cuma, aku suka Dragon Ball, tapi bukan part 3.

Kesimpulannya, sila expect nama ni akan muncul lagi andai anda keluarkan buku ketiga inche Aujinz.




P/S: Sekian, review tulus iklas dari saya. Samat pose~!

Ahad, 13 Julai 2014

Tenuk : Penganiayaan

Pagi Ahad yang hening ni, aku keje.

Justeru dengan semangat jati diri yang tinggi aku menapak ke arah Tenuk.

Dengan harapan tade lagi air ros tumpah, atau taik burung bersepah-sepah.

Tatkala pandangan melekat pada Tenuk, terdiam sekejap.

Tetibe feeling drama sume gerakan terhenti, kamera berpusing 360 darjah. Angin berenti bertiup.

Side mirror hilang.

Whatttt.........

Aku ni memang dah bersama Tenuk 3 tahun lebih, tapi sila percaya aku masih di tahap amatur or else aku takla prefer jalan senyap sunyi instead of highway. Justeru ketiadaan side mirror macam jalan-jalan tanpa cermin mata.

Gila dan bahaya.



P/S: Dulu raincoat, pastu helmet. Sekarang side mirror? Meroyan gini...

Jumaat, 11 Julai 2014

Demam

Ayah tak makan ayam. Walau macamana cara masakan, goreng, gulai, bakar, hatta KFC.

Tapi satu hari beliau demam. Beliau jarang sakit, justeru bila demam sikit beliau akan meracau nak makan macam-macam.

Selalunya abang akan kena pegi beli mee berkuah kat satu tempat ni. Dan malam tu kitorang akan makan mewah, sebab kadang-kadang ayah nak makan sate sekali.

Cuma ada sekali, demam ayah tak kebah-kebah. Dan beliau mintak sesuatu yang membuatkan kitorang pandang muka masing-masing berkali-kali.

Ayah mintak ayam goreng.

Dan makan dengan seleranya.

Tak lama kemudian demam ayah beransur pulih. Dan ayah mula boleh makan ayam lepas tu, walaupon ayam tetap bukan dalam list kesukaannya sangat. Tapi sekurang-kurangnya ayah dah tak lancarkan mogok ayam lagi.

Dan... bapak borek anak rintik. Perkara yang lebih kurang sama terjadi pada aku.

Masa Form 4 ada sorang ustaz ni jual yogurt. Air yogurt yang dia buat sendiri. Ada banyak perisa, sume sesedap dan dahla harganya murah ustaz plak rajin melebihkan kuantiti atas nama sedeqah.

Ia jadi fenomena dan kegilaan satu sekolah.

Kecuali aku. Sebab aku tak suka yogurt, sama macam aku tak suka susu atau soya.

Memember sume sangat tak paham kenapa aku tak suka. Siap sanggup belanja supaya aku dapat rasa keenakan yogurt tersebut, malangnya ketulusan niat dorang terpaksa aku tolak mentah-mentah. Mau aku muntah kalau paksa telan kot.

Tapi satu hari aku demam teruk. Mungkin demam exam, waktu tu tengah musim exam. Dan satu hari tatkala badan masih lemah aku tetiba craving air yogurt strawberi ustaz.

Rasa masam manis yang bersatu sejak sisipan pertama menyebabkan aku jatuh suka. Dan sampai sekarang aku hanya minum/makan yogurt strawberi je. Err.. kadang-kadang try jugak yang lain tapi still tak bape ngam.

Respon kekawan aku waktu tu jangan ditanya, masing-masing ternganga sampai dagu nyaris cecah lantai.

Demam.

Kadang sakit yang singgah, bukan saja menghapuskan dosa-dosa kecik, malah menghadiahkan satu nikmat lain yang tersembunyi.




P/S: Tapi aku dah lama tak demam. Wheee alhamdulillah.

Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan & Movie

Samat pose!

Oh, tapi bukan nak citer pasal pose, makanan berbuka, atau makanan bersahur.

Ini oasal movie.

Last friday pi tengok Transformers : Age of Extinction.

Supposed kena register sebab limited seat (free ticket, drink and popcorn by company), dan gagal register sebenarnya sebab dah fully booked.

Cumanya, few days sebelum movie, tetibe dapat offer untuk pi jugak.

Saya no problem la, terima je apa adanya. Cuma yang surprisenya, dahla dapat tiket tanpa register, dapat pilih seat awal-awal & the best part masa collect ticket ialah potong queue.

Kata akak QM, this is so-called reward untuk consistent performer.

Oh wow. Markah QM selama ni memang atas pagar je, nak jadi Top Performer tu memang jauh la kan, tapi consistent performer...?

Baikla, noted.

Justeru layankan saje. ^^

I enjoyed the movie by the way, despite balik dengan Tenuk di tengah-tengah malam buta adalah scary & creepy. Merinding jugak bulu roma walopon sekadar melalui roadblock. Terasa-rasa macsm lalu kawasan dipenuhi zombi jeh. (Imaginasi sangatttt....)

Next entry le cte pasal movie. Haha...

Until then, selamat berpose!


P/S: Wheeeee~

Rabu, 18 Jun 2014

Kosong

Baik, dah hampir tiga minggu takde pape kat page ni? Uff...

Kesahnya, beberapa hal berlaku di luar perancangan, umpamanya dapat rumah di kawasan macam ni dalam masa sedekat ni, kuar rumah sewa tanpa proper goodbye, dan jalan pi keje kena ikut highway.

What...? Highway? Uff.

Dan, takde Mid Valley, tade AEON BIG, tade San Francisco. Dan tade pasar malam Pantai Dalam.

What...?

Tade Masjid Jamek. Tade LRT. Tade bas.

What...?

Sume unsur-unsur penyeri kehidupan hazaf satu-satu.

Dan macam ni la.

Umpama bermula dari titik mula.
Kosong.
Nil.

Cumanya, Tenuk masih kat sini. Di sisi. Comel dan setia macam selalu.

I lap you banyak la Tenuk!



P/S: Macamkan tak caye je.......

Isnin, 2 Jun 2014

Single to Double

Alhamdulillah, officially taken.

*statement poyo sila abaikan muahaha*

Tamat sudah event tiga hari - akad nikah, kenduri belah perempuan & kenduri belah laki.

Dari sudut aku, it was a dream that finally came true.

Satu event yang ada semua yang aku idamkan.

Families, frens, even housemates, wishes, and the other half of mine. ^^

Sangat-sangat terharu dan hepi kekawan datang, dan sangat terharu jugak hosmet yang turut datang.

Kawan-kawan yang bukan sekadar meraikan, malah bertindak bidan terjun pelbagai acara. Dari siapkan hantaran, personal assistant, dan mak andam.

Pada yang tak dapat hadir tapi mengirimkan hadiah dan ucap selamat, pon sesuatu yang seyes, mengharukan jugak.

...............................

P/S: Timekasih.

Isnin, 26 Mei 2014

Single

Istilah media sosial masa kini.

It's complicated.
Single.
Single and available.
Single but not available.
In relationship.

Fitrahnya lelaki akan tertarik pada perempuan dan sebaliknya. Ia adalah satu naluri yang memang sedia tercipta dan berfungsi meski fikiran belum sepenuhnya mampu digunakan.

Masing-masing punya persepsi sendiri berkenaan isu couple, apatah lagi bila ia berlaku di bangku sekolah, saat uniform masih disarung, dan duit saku pon masih mak ayah bekalkan.

Abaikan tentang baik buruk couple, sama ada semasa, atau usai tamat alam pembelajaran.

Entry ni bukan untuk itu.

Dari satu sudut yang lain, couple, mengingatkan aku pada bahawasanya manusia sesekali tak teruji lebih dari apa yang mampu dipikulnya.

Bercinta, berpegangkan utas perasaan yang terbuai-buai, yang bak angin, dirasa dapat dilihat tak nampak, merasa bahagia walau tanpa sesuatu yang konkrit, dan andai bukan jodohnya, terseret terhentak keras kenyataan, lalu kecewa remuk redam.

Hanya yang kuat menahan rasa yang bermacam-macam akan terus survive. Lalu begitulah couple.

Bercinta lagi, dan kecewa lagi sekali. Mencuba semula, juga gagal temui cinta sejati.

Cuma yang gagah melawan kecewa akan teruji semacam ni.

See...?

Justeru, andai tak penah sekali terjebak alam percintaan, mungkin korang tak cukup kuat untuk merasa kecewa. Lalu tak perlu lah berdukacita sangat, cinta tu terlalu besar skopnya.

Ia terbahagi pada lima.
Allah.
Rasul.
Famili.
Member.
Kekasih.

Takde satu, masih ada 80% cinta yang lain. Kenapa masih bersedih?

Hidup cuma sekali, nikmati ia seadanya.




P/S: Bila kepala pusing ayat pon tunggang langgang.

Ahad, 25 Mei 2014

Memori

Sejarah adalah sesuatu yang telah terjadi, yang wajar diingati supaya kesilapan silam tak diulang semula.

Cuma, bukan sume kenangan silam layak dikenang, dan bukan sume ingatan lama perlu disimpan.

Ada sesetengah perkara, yang keliatannya kecik dan tak membawa erti, kadang ia punya kisah tersendiri. Dan hanya kerana ia sesuatu yang tak dialami sendiri, sesekali jangan perkecilkan nilai sejarah sesape saja.

Ia mungkin hanya kisah picisan terluka dek kekasih lama, atau sekadar sebuah cerita tentang sahabat, atau mungkin jugak cuma sesuatu yang cliche, apa saja, berdiam tanpa kata jauh lebih baik dari meluahkan apa-apa yang kononnya berfungsi mendamaikan.

Sejarah.

Dengarnya bosan.
Jujurnya, ia penuh dengan kenangan. Meski kadang ia langsung tak layak dikenang.

Cumanya, tatkala kenangan tersulam benci dan iri, ia hanya terpendam jauh dalam lubuk rasa, tapi tak pernah padam.

Bak sekam. Nampak tenang tapi di dalamnya membakar marak.

P/S: It still hurts, huh...?

Mengira dan Menghitung

Menghitung hari.

Cliche.

Ia sesuatu yang selalunya aku cuba elak. Atas beberapa alasan.

Satu, ia membosankan.
Masa akan terus berjalan, tak lambat walau sedetik, dan tak cepat walau sesaat. Tak peduli sama ada ia ditunggu, dan takkan lari mahupun ia dihambat.

Dua, neutral. Dan kadang seolahnya sia-sia.
Ia tak mengubah apa-apa. Isnin tetap bertukar Selasa, dan Subuh tetap menginjak ke Zuhur.
Lalu untuk apa mengira sesuatu yang tetap akan sampai sama ada ditunggu atau tidak?

Tiga, matematik mudah mengatakan, sejam bersamaan enam puluh minit, atau tiga ribu enam ratus saat.
Sama, tapi tak serupa. Justeru kenapa pilih mengira menggunakan saat andai minit pon bawa erti yang sama.

Oh maaf, kompleks? Baik, bahasa lebih mudah, buang masa.

Dari menunggu dan menanti macamkan idamkan durian yang baru berputik, mungkin jauh lebih baik untuk lakukan sesuatu yang jauh mendatangkan hasil, ke kedai mencari durian contohnya. Err... konsep yang lebih kurang sama la.

Ramai yang tak suka menunggu (tapi tak kesah pulak buat orang tertunggu hahaha), aku salah sorangnya.

Jadi, tak. Aku tak menghitung waktu. Aku buat taktau bagi waktu berlalu tanpa perlu aku tahu.

Mengira bermula Isnin, tentulah Jumaat lambat sampai. Tapi lalui Isnin, Selasa dan seterusnya, Jumaat akan tiba jugak.

Macam takde beza, tapi sebenarnya ia memang ada sedikit tak sama.




P/S: Orang yang nak mengira satu demi satu tu, sila lah. Hahahaha

Jumaat, 23 Mei 2014

100%

Lho... baru tahu rupanya Sanghoon kuar dari 100%. Dan Minwoo enlisted.

Motip lambat?

Konon la ingat dorang buat sub-group walaupon agak kelakar kenapa 5 out of 7. Dan bukannya vocal line sume, still ada 2 rappers.

Rupanya 5 members je sekarang neh. 

Walaupun lagu baru dorang beberapa je, tapi tetap nak sedih jugak, sebab ingatkan dorang ni spesies 'lambat kayuh', rupanya berenti di tengah jalan.

No prob, lima pon lima lah. Nasib baik vocal line ada lagik dengan jitunya. ^^




P/S: Tetibe merapu pasal Bekpo kan....

Ahad, 18 Mei 2014

Denial

Penafian.

Perbuatan menidakkan sesuatu yang hakikatnya adalah sebuah kenyataan.

Mungkin perkataan ni yang paling sesuai menggambarkan aku sekarang ni.

Bukan la tak penah terpikir untuk berada di kedudukan sekarang ni, cuma tak pernah berfikir secara serius. Aku lebih suka abaikan apa saja andai ia melibatkan perasaan.

Kenapa?

Sebab secara peribadinya, aku ada satu masalah yang aku kenalpasti sendiri sebagai paranoid. Baiklah, tidakla serius sangat, cuma sedikit rasa serik.

Enggan mengulang kepahitan yang sama pernah dirasa. Macamkan tertelan air laut waktu mandi pantai zaman kekecik dan serik seketika, tapi hilang serik sambung mandi lagi, tapi lebih berhati-hati.

Macam tu mungkin, aku berada di posisi 'lebih berhati-hati', tapi memang enggan mengulang apa saja yang bakal menghadirkan kenangan lama.

Cuma, macamkan sang pelanduk yang selalu terlupakan jerat, macam tu lah aku terlupakan apa yang pernah berlaku, lalu secara tak sengaja mengulang semula sesuatu yang cuba aku elakkan.

Baiklah, mungkin penjelasan dari sisi negatif.

Apa yang berlaku, bukan lah sesuatu yang buruk. Jauh sama sekali sebenarnya, malah ia sesuatu yang diimpikan semua orang. Err... semua orang yang normal, sekurang-kurangnya.

Cuma, berada di situasi aku, dengan apa yang pernah berlaku satu masa dulu, ketakutan tu ada. Kerisauan tu memang sentiasa berlegar. Dan kebimbangan ada di mana-mana.

Ia sesuatu yang hanya aku tahu.

Sebab andai ia aku umumkan pada sesiapa, bukan je mengundang tawa, malah seberkas 'nasihat-tak-perlu' akan berbondong-bondong tiba. Cukuplah.

Aku bukan anak-anak remaja yang gagal mengira apa yang salah apa yang benar, atau anak-anak kecik yang perlukan ingatan tentang waktu tidur. Aku si dewasa yang rasanya seiring usia.

Sesuatu seperti, '...biasalah, waktu-waktu macam ni memang risau tak menentu...' atau, '...jangan layankan, nanti dah selesai semuanya hilang lah tu...' diiringi senyum sinis atau tepuk mesra di bahu, bukanlah apa yang aku perlukan.

Dan aku tak perlukan apa-apa sebenarnya. Ya... mungkin aku perlukan sepasang telinga yang mendengar, tanpa menghakimi. Atau sekeping wajah yang tak terbega-bega saat aku mulakan cerita.

Tapi tu lah, masa semakin suntuk. Dan permintaan ni semacamnya mustahil. Dan sepertinya melampau pon ada rasanya.

Dan kali ini, untuk menitipkan, 'menerima apa adanya seadanya ia sebaik pilihan', terasa payah.

Julung-julung kalinya, semangat terasa bergentayangan di mana-mana. Gagal diheret turun memijak bumi yang nyata, enggan mengalah entah gagah pertahankan apa.

Mungkin, mungkin menerima hakikat sepertinya ia, adalah satu-satunya pilihan. Mungkin.



P/S: Pernah merasa sakit terjatuh dari pohon nan tinggi?