Tetibe saja dapat tau beliau yang selama neh asik EL ngan MC rupanya pegi interview. Punya la aku ngan dak-dak lain risau kenapa dia asik EL dan tak datang, dan di setiap EL plak written 'family issue'.
Call, tapi tak dapat. Mesej tak berbalas.
Tapi tetibe dapat tahu dari sesorang yang lain bahawasanya beliau gi interview, dan hari ni setelah sekian lama beliau tak datang keje, dapat tau lak beliau akan submit resign letter.
Tetibe saja terasa ralat.
Kitorang hang out sesama selama neh. Keje duk sebelah-sebelah, tak penah pisah-pisah. Jalan gi mana pun sentiasa sama-sama. Lepak ke, shopping ke, wayang ke, kitorang memang selalu sesama.
Even pegi open interview pun sama jugak, masih tetap stick sesama cam sesumpah melekat kat pokok.
Bila beliau dalam ketensenan kitorang antara yang pertama tau. Cuma, bila beliau rasa nak wat keputusan camtuh, kitorang antara yang terakhir tahu. Tau plak dari orang lain.
Dan alasannya adalah kerana sebelum neh kitorang cakap dah penat cari keje, dah penat pegi interview, so better habiskan kontrak yang tak bape bulan dah. Beralasankan seayat tuh, beliau pertahankan tindakan yang tak bagitau barang sepatah pun apa jadik pada beliau tuh.
Seyes, aku tak kesah beliau nak keje lain, tapi aku kesah bila dia treat kitorang yang kononnya kawan neh, macam neh.
Dan bila aku kesah, aku akan amik hati. Bila dah amik ati, aku akan mengambik masa yang lama untuk lupakan. Iyer, saya memang sentap neh.
Atas alasan saya sentap, maka hal saya akan meninggalkan posisi saya di situh tak saya bagitau lagik. Bila nak bagitau, saya masih berpikir. Bergantung pada cara beliau sehari dua neh, keke.
P/S : Saya tak suka sorang tuh, yang mana bila dia berada di sebelah saya selama 8 jam, saya sangat la rimasssss.
1 ulasan:
haha
aku ada ciri mcm member ko
Catat Ulasan