Selasa, 27 Mac 2012

D nan Tension

Pissed off & upset.

Sesi luahan nan emo.

SATU - proses belajar memandu. Kenapa aku tak terpikir nak mintak belajar dengan cikgu Melayu je? Belajar dengan cikgu bukan Melayu yang cakap Melayu ikut bahasa sendiri buat aku makin bingung.
Dengan tade basic atau interest pasal kete, menda nih makin menyusahkan.

Dan, aku tak penah bawak kete. Tatau langsung. Tatau pon kat mana clutch, brek atau pedal minyak. Tatau macamana nak betulkan side mirror. Tatau macamana keadaan stereng bila di jalan lurus. Dan tatau apa beza kedudukan gear 1 & gear 5. Langsung tatau.

Cikgu mungkin menyampah tahap giga dengan student super lembab macam aku, malangnya, aku bukan je tak reti pape, tapi tatau apa-apa pon. Complete set.

DUA - konflik dalaman.
Macam sentap manja-manja plak ngan Arjuna. Since beliau nak balik kampung hujung minggu ni, aku plak off weekend minggu neh, saja nak tumpang. Walopon tempoh perjalanan balik ngan beliau & naik bas lebih kurang je tapi kalo ada option balik ngan sedara apa salahnya.

Sekurang-kurangnya tuh apa yang aku pikir.

Kebetulan Jumaat neh aku balik awal, 430pm, jadi bersemangat nak ikut balik. Cuma, tak cukup awal sebab Arjuna nak gerak sebaik habis sekolah, dalam 1230pm. Dan keje aku bukan la macam beliau yang boleh balik awal asal keje siap. Arjuna tamo tunggu aku balik keje - sebab nak sampai kampung sebelum malam.

Penat katanya nak tempuh jammed petang Jumaat & terpaksa sampai kampung pukul 2,3 pagi, lagipun beliau je yang boleh drive.


************
************
************


Banyak perkara berlaku luar perancangan, walopon kadang konon bersedia dengan memacam kemungkinan tapi adakala tableh lari dari rasa kewalahan.

Dan untuk kali pertama, aku macam paham apa tuh yang dikatakan, duit bukan segala-galanya. Tapi still, dengan duit boleh buat hampir sume menda.


P/S: Sensitip mode activated.

Sabtu, 24 Mac 2012

It's a Whee Hee~~~~~

Bulan depan genap la setahun aku tinggalkan company lama. Tempat pertama yang officialnya menggaji aku selaku pekerja, belajar macam-macam perkara yang membentuk aku yang sekarang.

Cuma, detik-detik terakhir kat situ aku diuji dengan 'gurauan P&C', lalu waktu memulakan kerja baru di tempat sekarang, aku janji ngan diri sendiri takkan terkena lagi dengan gurauan semacam tuh.

Dan.... surat P&C yang aku terima dua tiga hari lepas ternyata cukup mengujakan.

Walopon ayat surat tuh sungguh panjang & complicated yang memerlukan sorang semacam aku amik masa beberapa lama untuk mengahdam erti surat tuh, tapi kesimpulannya, ia adalah sesuatu yang sume yang bergelar pekerja suka - bonus.

Seyes, aku memang jakun pasal neh, sebab neh adalah kali pertama aku dapat. Justeru tahap keterujaan aku sungguh la melampau. Nak-nak plak ia sungguh di luar jangkaan.

Surat tuh aku bukak sejurus sebelum balik, dan dagu nyaris jatuh ke dada dek ternganga. Dengan perasaan penuh tekejut tahap cipan aku segera simpan & terus balik bertemankan Cik Tenuk.

Sepanjang perjalanan aku cam pepatung yang berterbangan. Dan untuk kali pertama, rasa cam nak nangeh cam gadis-gadis ayu bila terharu. Dan-dan tuh jugak aku rasa aku memahami perasaan pengantin pompuan bila diijabkabulkan. Ufff... sungguh syahdu perasaan tuh rupanya. Antara nak gelak & ketawa terbahak-bahak tapi tak mampu sebab terlalu mengujakan sampai nak memgalir air mata. Sungguh complicated.

Dalam waktu yang sama sume jerih payah seksa jiwa raga selama soploh bulan neh aku terabaikan sekejap. Huh, dah macam perasaan sorang mak yang baru melahirkan anak & terlupakan sume loya-loya & seksa-meksa sepanjang kandungkan babynya.



*Walopon aku dah menulis berjela, aku masih rasa aku sedang speechless.


P/S: Tak banyak mana, tapi untuk sorang yang hanya punya Cik Tenuk ia nilai yang punya makna yang besar.
Alhamdulillah~ Whee hee~~

Jumaat, 23 Mac 2012

Still the Fastest~^^

Setiap kali exam zaman blajar dulu kala aku memang paling cepat hantar kertas exam. Terutama kalo exam mencecah 2 jam 30 min, masuk sejam setengah je memang aku akan submit dan berlenggang keluar dewan exam.

Zaman asasi dulu aku agak dikenali dek habit yang satu neh - budak paling awal kua time exam. Ramai jugak tensen disebabkan aku katanya. Wekeke~
Kerana msa tuh subjek menghafal maka aku kua sejam lepas exam start, paper plak asalnya dua jam setengah. =P

Heh, bukan la aku bijak sangat kua awal, tapi aku ada satu disease di mana memang tableh nak duduk lelama dalam dewan exam lelebih lagi bila dah habis jawab. Dan secret recipe kenapa aku dapat jawab soklan dalam sekelip mata adalah kerana aku jawab sebaik je habis baca soklan. Tade nak ulang-ulang. Dan aku tak suka cek balik jawapan - sesi cek semula paper yang dah ditanda sesiap boleh mendatangkan migrain untuk aku.

Justeru it's a No~ No~ No~~

Dan selepas agak lama jugak tinggalkan musim-musim exam tuh sume, ternyata skill 'the fastest' aku masih ada rupanya.

Dua hari lepas ada training untuk satu lagi produk(?) baru yang bakal dilancarkan April neh. Dalam sesi training salunya memang ada test di penghujung sesi. Dari awal lagi trainer dah bagitau sape yang jawab paling cepat & tepat akan dapat lolipop.

Otomatik aku excited.

Dannnn... ta-dah.

Jawab 10 soklan objektif & 10 subjektif dalam masa tak sampai dua minit. Lalalalalala~


Ta-dah~


Dua dari tiga lolipop~ ^^


Sepanjang training ada dua tiga ala-ala kuiz, dan tatau semangat apa aku gigih menjawab maka dapat dua lolipop~ Lalalalala~



P/S: Whee hee~~

Khamis, 22 Mac 2012

Happy Last Single Besday~

Sabtu minggu lepas adalah besday salah sorang hosmet.

As per requested by besday girl kitorang satu rumah tukar tradisi - salunya sambut besday hanya kat rumah, kat hall & bebetul depan tv - kali nih kitorang ke Ampang, spesifiknya ke salah satu kedai makanan korea.

Hosmet aku neh kalo kena caranya hujung tahun nih akan merasmikan ikatan separa rasmi beliau, jadi secara otomatiknya besday tahun neh adalah yang terakhir disambut selaku orang bujang katanya.

Coklat + kopi kek~


Asalnya teringin nak makan bulgogi bokem, tapi kat aunty tuh tade maka makan je yokgaejang cam selalu.
Sedap. Tapi aku tetap teringatkan yokgaejang kat Food court The Garden yang memang the beshhhhhh.

Lepas makan ke Times Square kononnya nak tengok SeeFood, malangnya yang ada cuma sama ada kol 7.20pm atau 9.30pm. Sesi berpanggung wayang dibatalkan atas ketidakbestan timing lalu diganti ngan jenjalan.

Dannnn, ta-dah. Sambil tunggu turn beli Cool Blog kat level 1 tetibe terperasan depan tuh Holika Holika punya grand opening adalah pada hari tersebut. Yang menariknya adalah dorang punya duta - C.N Blue. Whee hee~ Lagi beshnya, apa saja pembelian akan dapat photo book CNBlue.

Ulangan suara, PHOTO BOOK.
Whee hee lagi sekali.



Tade pikir pat kali, terus beli something, dah la dapat diskaun 20% plak tuh. Keseronokan berlipatgandaan apabila kat lua kedai tuh ada makanan. Ada kimchi, spesies clear mee ke apakah, dannnnn ada bulgogi bokem. Whee heee~ lagi.

Staff kat situh lak bagitau makanan tuh sume dari kedai korea kat bawah yang dijamin halal. Sekali lagi tanpa berpikir dua kali terus capai pinggan & ceduk daging yang sungguh menyelerakan tuh. Whee hee~~


P/S: Epi besday. Lalalalala~ Tetibe feeling hari raya.

Ahad, 11 Mac 2012

Misi Setel~

Malam neh bertolak ke KL insyaAllah.
Aci nak balik KL je tak seronok, aci nak balik KL je rasa berat ati.

Tujuan utama balik kampung asalnya adalah untuk cabut & tampal gigi. Misi berjaya dan kos plak under budget. Best~

Kesahnya sampai balik kampung semata-mata nak cabut gigi kan? Sape suh mahal sangat kat KL. Sape suh gi tanya kat Hospital Pantai kan. Keke

Aku blur alam jugak la mencarik klinik gigi kat KL, dan aku sebetulnya tatau bahawasanya kena wat appointment kalo nak cabut/tampal ect pasal gigi. Kesahnya, kat Kelantan tak pepenahnya aku wat appointment ke apa, main serbu je. Paling-paling pon kena tunggu.

Justeru pada satu hari yang off, aku pon ngan bahagianya pegi Hospital Pantai tanya leh tak nak cabut gigi. Terus dorang tanya ada appointment tak, dan muka nurse-nurse tuh sume agak blur alam bila aku bagitau aku walk in je. Nasib baik la ada salah sorang nurse tuh baik atinya gi cekkan jadual doktor. Malangnya doktor busy sepanjang hari.

Nurse yang baik ati tuh jugak la yang explain bape budget untuk cabut sebatang gigi. Lepas tengok keadaan gigi aku yang tinggal root je, katanya budget la dalam RM130 - RM150. Consultation salunya antara nilai sama gak. Maka secara kasarnya sebatang gigi aku akan dicaj kira-kira RM300.

Agak gulp jugak le.

Lepas kira-kira, kalo balik kampung dan cabut tiga batang gigi kat kampung blom tentu akan cecah RM300. Lagi best kot kalo balik kampung. Dannnnn.... kebetulan plak aku mintak AL Rabu je sekali dapat sampai Jumaat. Apa lagik, balik kampung jelaaaa....

Dannnn... aku cabut sebatang & tampal sebatang tak sampai half pon dari budget tuh.



P/S: Nak duk kampong lama-lama lagi....

Selasa, 6 Mac 2012

News~~

Good news & bad news yang datang dalam masa yang sama. Dan macam lagu Good Girl Bad Girl - Miss A.

Sabtu lepas, baru je KPI Februari kua, dan dengan muka berseri-seri TL aku bagitau aku met percentage sepatutnya.

Dan-dan tuh jugak aku 'yes-yes' depan beliau. Memang sangat bermakna sebab aku memang struggle habisan untuk capai target. Asyik tengok nama orang lain je naik jadik best performer, koman-koman nak jugak la tercalon kalo ye pon susah nak jadik top scorer.

Bergumbira la sorang-sorang pada hari Ahad.

Tapi bad news menyusul waktu aku masih dalam celebration mood. Isnin, setengah jam sebelum shift aku habis, TL aku datang dengan muka yang berona pelik. Aku tak penah tengok muka beliau camtuh. Beliau akan tayang muka seyes kalo aku ada salah buat keje ke apa, tapi muka dia masa tuh sungguh aneh - antara relax campur cuak.

Bila gi jumpa beliau lepas habis keje, nak nanges guling-guling rasanya bila tengok ada complaint pasal aku.

"..people with this attitude should keep their mouth shut instead of assisting others.."

Cuma, alhamdulillah, aku masih sangat bernasib baik sebab TL aku willing untuk dengar penjelasan aku & tak salahkan aku seratus peratus - malah boleh dikatakan tak salahkan aku pon, siap boleh nasihatkan aku apa yang perlu aku buat kalo ada situasi camtuh lagi in future.

Tapi still, dah ada complaint yang mana tercalar sudah sejarah keje aku. Apa sekalipon feedback kes neh, aku dah ada satu rekod buruk selaku sorang CS - yang mana sangat menjatuhkan semangat.

Satu situasi yang sebetulnya biasa bagi yang bergelar CS.
Tapi jujurnya selaku orang yang jugak ada rasa, pengalaman neh adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Cuma, untuk tak menyusahkan diri terus pikir yang tah pape dek hal yang hakikatnya tade la seyes mana neh, maka relax jela. Cuti dah approve jadi bawak diri balik kampung saja~ Lalalala~~


P/S: Will i keep my mouth shut? Heh, NEVER.