Selasa, 27 Mac 2012

D nan Tension

Pissed off & upset.

Sesi luahan nan emo.

SATU - proses belajar memandu. Kenapa aku tak terpikir nak mintak belajar dengan cikgu Melayu je? Belajar dengan cikgu bukan Melayu yang cakap Melayu ikut bahasa sendiri buat aku makin bingung.
Dengan tade basic atau interest pasal kete, menda nih makin menyusahkan.

Dan, aku tak penah bawak kete. Tatau langsung. Tatau pon kat mana clutch, brek atau pedal minyak. Tatau macamana nak betulkan side mirror. Tatau macamana keadaan stereng bila di jalan lurus. Dan tatau apa beza kedudukan gear 1 & gear 5. Langsung tatau.

Cikgu mungkin menyampah tahap giga dengan student super lembab macam aku, malangnya, aku bukan je tak reti pape, tapi tatau apa-apa pon. Complete set.

DUA - konflik dalaman.
Macam sentap manja-manja plak ngan Arjuna. Since beliau nak balik kampung hujung minggu ni, aku plak off weekend minggu neh, saja nak tumpang. Walopon tempoh perjalanan balik ngan beliau & naik bas lebih kurang je tapi kalo ada option balik ngan sedara apa salahnya.

Sekurang-kurangnya tuh apa yang aku pikir.

Kebetulan Jumaat neh aku balik awal, 430pm, jadi bersemangat nak ikut balik. Cuma, tak cukup awal sebab Arjuna nak gerak sebaik habis sekolah, dalam 1230pm. Dan keje aku bukan la macam beliau yang boleh balik awal asal keje siap. Arjuna tamo tunggu aku balik keje - sebab nak sampai kampung sebelum malam.

Penat katanya nak tempuh jammed petang Jumaat & terpaksa sampai kampung pukul 2,3 pagi, lagipun beliau je yang boleh drive.


************
************
************


Banyak perkara berlaku luar perancangan, walopon kadang konon bersedia dengan memacam kemungkinan tapi adakala tableh lari dari rasa kewalahan.

Dan untuk kali pertama, aku macam paham apa tuh yang dikatakan, duit bukan segala-galanya. Tapi still, dengan duit boleh buat hampir sume menda.


P/S: Sensitip mode activated.

Tiada ulasan: