Selasa, 6 Mac 2012

News~~

Good news & bad news yang datang dalam masa yang sama. Dan macam lagu Good Girl Bad Girl - Miss A.

Sabtu lepas, baru je KPI Februari kua, dan dengan muka berseri-seri TL aku bagitau aku met percentage sepatutnya.

Dan-dan tuh jugak aku 'yes-yes' depan beliau. Memang sangat bermakna sebab aku memang struggle habisan untuk capai target. Asyik tengok nama orang lain je naik jadik best performer, koman-koman nak jugak la tercalon kalo ye pon susah nak jadik top scorer.

Bergumbira la sorang-sorang pada hari Ahad.

Tapi bad news menyusul waktu aku masih dalam celebration mood. Isnin, setengah jam sebelum shift aku habis, TL aku datang dengan muka yang berona pelik. Aku tak penah tengok muka beliau camtuh. Beliau akan tayang muka seyes kalo aku ada salah buat keje ke apa, tapi muka dia masa tuh sungguh aneh - antara relax campur cuak.

Bila gi jumpa beliau lepas habis keje, nak nanges guling-guling rasanya bila tengok ada complaint pasal aku.

"..people with this attitude should keep their mouth shut instead of assisting others.."

Cuma, alhamdulillah, aku masih sangat bernasib baik sebab TL aku willing untuk dengar penjelasan aku & tak salahkan aku seratus peratus - malah boleh dikatakan tak salahkan aku pon, siap boleh nasihatkan aku apa yang perlu aku buat kalo ada situasi camtuh lagi in future.

Tapi still, dah ada complaint yang mana tercalar sudah sejarah keje aku. Apa sekalipon feedback kes neh, aku dah ada satu rekod buruk selaku sorang CS - yang mana sangat menjatuhkan semangat.

Satu situasi yang sebetulnya biasa bagi yang bergelar CS.
Tapi jujurnya selaku orang yang jugak ada rasa, pengalaman neh adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

Cuma, untuk tak menyusahkan diri terus pikir yang tah pape dek hal yang hakikatnya tade la seyes mana neh, maka relax jela. Cuti dah approve jadi bawak diri balik kampung saja~ Lalalala~~


P/S: Will i keep my mouth shut? Heh, NEVER.

Tiada ulasan: