Khamis, 22 Mac 2012

Happy Last Single Besday~

Sabtu minggu lepas adalah besday salah sorang hosmet.

As per requested by besday girl kitorang satu rumah tukar tradisi - salunya sambut besday hanya kat rumah, kat hall & bebetul depan tv - kali nih kitorang ke Ampang, spesifiknya ke salah satu kedai makanan korea.

Hosmet aku neh kalo kena caranya hujung tahun nih akan merasmikan ikatan separa rasmi beliau, jadi secara otomatiknya besday tahun neh adalah yang terakhir disambut selaku orang bujang katanya.

Coklat + kopi kek~


Asalnya teringin nak makan bulgogi bokem, tapi kat aunty tuh tade maka makan je yokgaejang cam selalu.
Sedap. Tapi aku tetap teringatkan yokgaejang kat Food court The Garden yang memang the beshhhhhh.

Lepas makan ke Times Square kononnya nak tengok SeeFood, malangnya yang ada cuma sama ada kol 7.20pm atau 9.30pm. Sesi berpanggung wayang dibatalkan atas ketidakbestan timing lalu diganti ngan jenjalan.

Dannnn, ta-dah. Sambil tunggu turn beli Cool Blog kat level 1 tetibe terperasan depan tuh Holika Holika punya grand opening adalah pada hari tersebut. Yang menariknya adalah dorang punya duta - C.N Blue. Whee hee~ Lagi beshnya, apa saja pembelian akan dapat photo book CNBlue.

Ulangan suara, PHOTO BOOK.
Whee hee lagi sekali.



Tade pikir pat kali, terus beli something, dah la dapat diskaun 20% plak tuh. Keseronokan berlipatgandaan apabila kat lua kedai tuh ada makanan. Ada kimchi, spesies clear mee ke apakah, dannnnn ada bulgogi bokem. Whee heee~ lagi.

Staff kat situh lak bagitau makanan tuh sume dari kedai korea kat bawah yang dijamin halal. Sekali lagi tanpa berpikir dua kali terus capai pinggan & ceduk daging yang sungguh menyelerakan tuh. Whee hee~~


P/S: Epi besday. Lalalalala~ Tetibe feeling hari raya.

Tiada ulasan: