Aci nak balik KL je tak seronok, aci nak balik KL je rasa berat ati.
Tujuan utama balik kampung asalnya adalah untuk cabut & tampal gigi. Misi berjaya dan kos plak under budget. Best~
Kesahnya sampai balik kampung semata-mata nak cabut gigi kan? Sape suh mahal sangat kat KL.
Aku blur alam jugak la mencarik klinik gigi kat KL, dan aku sebetulnya tatau bahawasanya kena wat appointment kalo nak cabut/tampal ect pasal gigi. Kesahnya, kat Kelantan tak pepenahnya aku wat appointment ke apa, main serbu je. Paling-paling pon kena tunggu.
Justeru pada satu hari yang off, aku pon ngan bahagianya pegi Hospital Pantai tanya leh tak nak cabut gigi. Terus dorang tanya ada appointment tak, dan muka nurse-nurse tuh sume agak blur alam bila aku bagitau aku walk in je. Nasib baik la ada salah sorang nurse tuh baik atinya gi cekkan jadual doktor. Malangnya doktor busy sepanjang hari.
Nurse yang baik ati tuh jugak la yang explain bape budget untuk cabut sebatang gigi. Lepas tengok keadaan gigi aku yang tinggal root je, katanya budget la dalam RM130 - RM150. Consultation salunya antara nilai sama gak. Maka secara kasarnya sebatang gigi aku akan dicaj kira-kira RM300.
Agak gulp jugak le.
Lepas kira-kira, kalo balik kampung dan cabut tiga batang gigi kat kampung blom tentu akan cecah RM300. Lagi best kot kalo balik kampung. Dannnnn.... kebetulan plak aku mintak AL Rabu je sekali dapat sampai Jumaat. Apa lagik, balik kampung jelaaaa....
Dannnn... aku cabut sebatang & tampal sebatang tak sampai half pon dari budget tuh.
P/S: Nak duk kampong lama-lama lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan