16 Sept 2013 - my very 1st public holiday tahun neh~!
Dan sehari sebelumnya adalah off day, justeru ia adalah heaven~~
Atas
pujukrayu ajakan kakashunny Ahad tuh kitorang ke Rembau, kenduri adik opismate beliau. Huh, kakashunny adalah sorang yang sangat rajin pi sume kenduri.
Dalam setengah jam nak sampai ke rumah kenduri kitorang asik lalu gerai-gerai cendol yang nampaknya sangat la best. Justeru, balik dari kenduri kitorang memang dah plan nak jugak singgah salah satu atau salah dua gerai-gerai tersebut.
Singgah la kat kedai cendol Leman Dawi.
Cendol Leman Dawi
Orang sedang beratur. Sume rupa baru balik kenduri jah~
Uff... sampai beratur orang, punya la ramai.
Owner, inche Leman Dawi adalah askar pencen & jangan terkujat tengok beliau bercakap tak berenti pasai sejarah dunia - err kalo datang sorang memang seriau jugak la.
Walopon nampak sangat menarik dengan keramaian orang dan boleh tambah cendol, air gula serta ais, malangnya tak lebih macam indah khabar dari rupa.
Cendol~
Cendolnya ada rasa kapur sket, dan air gulanya sangat la cair.
Aku amik cendol kacang & jagung RM2.50, rasa macam makan ABC tanpa susu dengan ais yang dah cair. Gitu la lebih kurang. Takla teruk sangat tapi mungkin expectation dah terlebih tinggi justeru agak kecewa la dengan rasa cendol itu.
Tamat pasal Rembau, di hari yang cuti umum neh serta kakashunny yang kali pertama jugak bercuti bersama-sama rakyat Malaysia
nasib la keje untuk Jepun public holiday dorang sket keke justeru kitorang kononnya nak la pi makan kat Humble Chef - kedai pasta RM5 kat Plaza Damansara tuh aka sebelah opis aku hahaha - malangnya deme tutup pasai cuti umum.
Lalu kitorang ke SS15 Subang, hajat di hati nak singgah di Warung Bonda tapi mungkin belom bukak pasai masa tuh baru pukul 2 pm lantas kitorang pon singgah jah la kat Cilipadi.
Boleh tahan classy kedai dia bila masuk sebab ada bahagian dalam yang boleh tahan cozy. Ada wifi katanya tapi tatau la mana satu aku pon tak tanya pasai memang nak shoru jeh.
Yang recommended kat sini adalah kopi aisnya. Pekat kaw betol. Dan peliknya tak rasa kopi sangat, macam nak ala-ala neslo pon ya jugak, yang penting adalah sedap. ^^
Kopi ais (RM2.00)~
Kitorang order nasik goreng cilipadi (RM4.50) & nasik goreng seafood (RM6.00 kot~). Alkesahnya nasiknya sama je - ala-ala nasik goreng campak sayur kubis cincang sket pastuh campur telur - bezanya nasik goreng seafood tuh ada udang & sotong. Nasik goreng cilipadi lak penuh dengan cili potong. Kesimpulannya aku rasa nasik goreng kangkudang aku sedap sikit kot. Lol~
Sebenarnya ari Sabtu malam tuh kitorang dah pon ke SS15 Subang tuh, dinner katanya. Kat KStreet. Boleh tahan la makanannya, tapi yang penting sesekali boleh la, nak selalu-selalu makan kat situ bleh parkinson jugak la time bayar bil.
Shrimp Bibimbap - RM16.90
Honey Dew - RM7.90
Tips nak makan kat KStreet neh, sila la pi time kebuluq. Potion dia adalah besar di mana kalo lapar-lapar manja bibimbap tuh memang boleh makan dua orang. Tapi kalo makan dengan kakashunny boleh makan tiga orang.
Uh-oh, dan aku rasa kimchi dia tak bape sedap sangat banding dengan kekedai yang penah kitorang pi sebelum neh.
Last. Rupanya aku sempat snap sekeping gambar piza Papa John hari tuh. Nyumm~
Papa John's Pizza~
P/S: Makan adalah antara pengalaman paling berharga wheeee~