Khamis, 31 Mac 2011

Hari Sentap

Kerja semula selepas 4 hari di kampung.

Sebaik datang semula, disapa satu demi satu kejutan. Dari yang mengujakan hari biasa yang istimewa tuh, hingga la satu demi satu berita lain yang menggugurkan konkrit senyum yang bergantungan di bibir.

Cuma, bila dalaman yang membuak dengan macam-macam aura panas dingin, adakala terasa ingin lari dari sume perkara. Terasa sangat malang dengan macam-macam yang terjadi.

Hidup yang terasa diatur-atur meski hakikatnya tak la sebegitu sepenuhnya.

Plot yang rasanya tidak begitu menyebelahi walaupun kenyataannya kebenaran yang tersirat lebih manis dari mimpi.

Dan, selaku manusia biasa, aku sangat fedap dan menyampah, serta boleh menyebabkan aku sentap dengan tiba-tiba bila terasa tersindir meski niat sebenar mereka bukanla macam tuh.

Walhal, mereka jugak pernah di posisi aku, situasi di mana serba salah di mana-mana. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Vise versa.

Aku agak sentap sebenarnya. Agak terasa jurang antara aku dan mereka. Walaupun lebih dari tahu bahawasanya mereka tak memaksudkan apa-apa, tapi kerana aku punya deria yang sama, maka beralasankan itu, aku sentap.

Sentap.


P/S : Untuk kesekian kalinya mahukan ARiLaS~

Rabu, 23 Mac 2011

Senyum~

Smile.

Senyum.

Dalam apa jugak situasi, senyuman adalah yang paling ampuh. Paling mudah mewujudkan kemesraan. Paling berkesan untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan.

Dalam apa saja keadaan.

Walau bagi sesetengah keadaan, apa saja ekspresi terlakar di wajah yang disukai sangat cantik, tapi melihat senyuman di wajah tuh jauh lebih mempesonakan.

Hoh, mungkin sebab tu aku lebih tertawan ngan senyuman orang yang aku tak suka compare ngan muka merajuk orang yang aku usha, keke.

Tapi hari nih MNR senyum.

Jadi saya suka dia lebih hari nih, keke.


P/S : Motip beliau jawab soalan saya tapi mata tepat ke Nerdy?

Jumaat, 18 Mac 2011

Touch 'N Go

Bulan nih masih berbaki 2 minggu. Dan semalam kehilangan kad touch n go yang masih ada sekurang-kurangnya RM49.00 kat dalamnya.

Tatau kat mana dah tercampak. Ada kemungkinan dah terhilang masa gelabah paginya lepas transfer duit ke kampung, sebab masa tuh ada 3 kad kat tangan, dengan plastik bekal bekfes dan lunch, purse, dan kunci loker.

Terasa macam masukkan semuanya dalam beg, tapi kemungkinan jugak dah terhumban ke mana-mana.

Hoh. Kehilangan kad neh kali kedua lepas kali pertama dulu dek diragut.

Nasib baik la kos perjalanan takla melampau mana.


P/S : Tengah berpikir nak amik EZ touch n go.

Isnin, 14 Mac 2011

Amoi si Budak Baru

Hari neh ada batch baru stat jawab call. Memandangkan ada sikit kesilapan arrangement, dorang masuk ikut time masa training, blom ikut shift yang sebenar lagik. Justeru reramai masuk pada masa yang sama dan lunch pada masa yang sama jugak, 0900 sampai 1700 dan lunch pada 1200.

Hari first, biasa la, first time untuk banyak menda. Tapi kebanyakan dorang neh boleh je bawak diri.

Cuma, dalam ramai-ramai ada sorang amoi, keep coming kat aku ngan Mentholyn tanya pasal sistem. Bila dia dah beberapa kali datang, tetibe terperasan, masa tu bebudak baru lain sume dah tade sebab dah lunch hour dorang pon.

"Eh, kenapa you tak lunch?"

Spontan dia jawab, dia ada banyak lagi benda blom update.

"Ehh... pegi la lunch dulu, lambat lagi nak habis nih, yang tu nanti-nanti boleh update." Hampir serentak aku ngan Mentholyn respon.

Skip lunch sebab mendalah tu? Gila gigih budak neh.

Amoi tuh terdiam.

"Lambat lagi nak balik neh, boleh ke tahan." Sambung aku.

Tetibe muka amoi tuh memerah. Tau-tau je nangis. Tapi dia menolak bila kitorang cuba tenangkan dia.

Kali pertama kot jumpa budak baru yang macam neh. Selalunya budak-budak yang masuk keje kat situ rata-rata sekadar isi masa cuti semester. Dan sebab hanya keje untuk sebulan dua, dorang hanya amik tau ala kadar dan keje pon lebih kurang je.

Jarang-jarang, ada la yang memang bebetul nak keje.

Amoi tu, rasanya dia pon hanya akan sebulan dia kat situ, sebab rasanya dia pon tengah tunggu panggilan ke memana IPT atau kolej. Tapi, kalo tuh cara dia buat keje, tuh la kot antara calon yang akan sentiasa berusaha untuk pape.




P/S : Tingat kemain selamba kena maki ngan customer, tapi ia-ia nanes bila kena marah ngan TL. Keke~

Khamis, 10 Mac 2011

Headache~

Sejak 2 minggu nih asyik sakit kepala. Kali terakhir sakit camneh masa konvo arituh, lebeh kurang setengah tahun lepas. Dan sekarang nih tah tetibe sakit balik. Sebelah je plak tuh.

Siap boleh jalan-jalan lagik sakitnya. Memula dari atas kening kiri, kendian makin naik ke atas, naik dan terus naik.

Telan panadol dan tdo, masih tak hilang. Siap terjaga pepagi buta sebelum subuh dek sakit tetibe datang.

Pernah je jumpa doktor pasal neh, malangnya masa tuh doktor tuh cam tak caya bahawasanya aku memang sakit.


Imbas kembalik.

"Sakit sebelah je?"

Kemain berkerut dahi doktor.

"Tak mungkin." Sambungnya penuh kompiden.

Imbas kembalik tamat.


Sepanjang keje sakit menyucuk-nyucuk. Akhirnya tanyakan budak yang sedang blajar nursing pasal simptom yang tak penah jadik neh.

"Eh, kalo sakit kepala sebelah je, salu nape ek?"

Dan balasannya senang je.

"Migrain la tuh. Telan Actifast 2 bijik, tdo. Done."

Haip. Migrain ke?

Tidakkkkkkkkkkkkkkkk.


Migrain bermaksud no nescafe. Tamoo...........................



P/S : Apa tah ditensenkan sangat ngan keje sampai leh migrain bagai, tak senonoh btol perangai. Isk.

Selasa, 8 Mac 2011

VTE - Vision Therapy Eyewear

Kepala asyik sakit sebulan neh. Berdenyut manja dan kadang kasar jugak jenis denyutnya. Herannya bahagian depan sebelah kanan je. Berdasarkan pengalaman tak macam simptom power spek naik.

Hari ni ke KLCC, singgah kat Watson. Hajat hati nak carik losyen nak sapu kat tapak kaki yang semakin mengeras neh, tup-tup terjumpa benda nih.

VTE - Vision Therapy Eyewear




Pinhole eyewear. Katanya untuk membantu mengurangkan pergantungan kat spek. Saja try. Dan teruja. Tetiba mampu melihat dalam jarak yang agak jauh.

Berharga RM78.00. Hanya untuk pemegang kad ahli sahaja. Hoh, macam seronok saja produk neh. Sekurang-kurangnya sesuatu yang mengujakan untuk pemakai spek kronik cam aku. Aci bukak spek masa mandi dan tidur sahaja. Selain dari tuh, spek dah sebahagian anggota badan.

Tapi, back to reality. VTE hanya mengurangka tekanan berbanding menggunakan spek biasa, tak mungkin memulihkan penglihatan kepada yang asal. Cuma, ni pun dah agk cukup untuk orang yang sangat amat bergantung pada spek.

Sedang berfikir mau buat spek baru atau nak beli yang neh. Hoh, tak suka buat pilihan camneh.


P/S : Saya nak balik kampung bila ye?

*pic crdt to google

Jumaat, 4 Mac 2011

Warkah Untuk Anda

Tak berape nak faham neh.

Andai anda rasa anda tak mampu nak teruskan kerja anda di tempat sekarang, maka mula-mula la cari kerja lain. Dan andai dah dapat, maka hantar la resign letter. Dan, sekiranya anda memang dah tak boleh nak pandang muka sesiapa kat tempat lama anda, boleh tak anda berhenti saja dengan baik. Sekurang-kurangnya anda dapat masuk keje dan berenti dengan baik.

Perlu ke anda buat chaos dengan membawa cerita ke mana-mana?

Saya tak memahami untuk apa anda merasa sakit hati dengan orang lain yang boleh bekerja dengan baik. Yang hadapi masalah emosi sekarang adalah anda, yang tak mampu mengawal rasa sekarang pun adalah anda. Jadi apa perlunya anda bengang tahap petala kelapan tatkala yang lain boleh bergelak tawa waktu bekerja?

Anda ingin berhenti demi merebut peluang yang lebih baik, silakan.

Cara setiap orang hadapi hidup tak sama. Berbeza, dan sungguh jelas sekali memang tak serupa.

Asal manusia semuanya sama, tapi kerana uniknya kita, maka setiap dari kita berbeza antara satu sama lain. Hanya kerana anda tak sama dengan mereka, perlukah anda bencikan semuanya?

Choose your path, and let us choose ours.

Tolong teruskan perancangan anda tanpa mengganggu ketenangan orang lain menjalani hidup dorang, boleh?


P/S : Sekian, saya yang nipis telinga.

Khamis, 3 Mac 2011

Star Award 2~

Hari biasa yang istimewa untuk saya - hari penyampaian award.

Takde dapat pape sangat, cuma dapat sijil, dan allowance. Tapi tobat, saya sungguh nervous. Terasa menggigil dalam auditorium yang tak sebesar mana tuh. Dan terasa sangat kecik bila nak dibandingkan ngan orang-orang lain.

Majlis yang ringkas dan pantas, kurang sejam setengah. Ada 7 award dengan 17 pemenang. Majlis cam biasa, fully English, dan tah tetibe jugak saya tetibe sangat la risau dan berharap jangan la ada sesape ajak saya berbual. Orang sebelah menegur pun saya tayang gigi saja. Risau melampau, terasa cam salah masuk dewan pulak.

Tapi alhamdulillah, saya dah selamat dapat pun awardnya. Siap ada caption pasal saya sebelum nama diumumkan. Wah, kelakar pulak bila saya diexplain dengan agak exaggerate.

Saya dikatanya a person yang think out of box.

Hoh, tobat bebudak bertiga tuh pakat gelak bila tau.

Nerdy yang comel.
Mentholyn yang manja.
Icy yang misteri kadang kala.

Oh. Sampai sudah saya masih berpikir adakah saya memang layak untuk dapat award tuh. Sampai sekarang masih tade jawapan. Cuma wat masa neh, saya tamo pikir banyak.

Saya dimaklumkan award tuh 3 bulan sekali. Jadi, demi allowance yang berganda, saya nak lagi boley? Cepat sikit duit saya ramai. Keke~

Mampu ke? Keke~ Berangan je. Saya dapat pun kebetulan dan memang rezeki sungguh.

Apa pun, setelah 8 bulan bekerja, finally mak saya merestui pilihan saya. Susah sungguh untuk hilangkan risau beliau. Mementang la saya neh baran yang amat, ironinya, saya memilih kerja yang sangat memerlukan kesabaran.

Hoh. Kerja macam biasa.


P/S : Dalam proses memerhatikan keadaan sebelum publickan semula blog.

Selasa, 1 Mac 2011

Star Award~

Baru saja trima call dari private number kira-kira jam 2300.

Aku selected untuk Star Award, atau dalam bahasa mudahnya, best agent, kot. Bahasa lain, pekerja terbaik, agaknya la.

Terkejut. Harus terkejut sampai berpeluh kemain waktu dimaklumkan walaupun dua bulan lepas pernah diberitahu bahawasanya aku akan dicalonkan untuk award tuh. Dan beberapa hari lepas TL aku atau nama manjanya PapaBear gigih ambik gambar bagai.

Dan dengar ceritanya gambar tuh dihantar ke pihak upper level.

Jenuh paksa-pujuk TL aku untuk bagitau apa maknanya dia tersenyum-senyum, dan untuk apa gambar tuh, tapi sampai sudah dia tayang gigi semata.

Katanya sampai masa aku akan tahu, dan masa tuh mesti aku surprised.

Hoh, neh bukan seprais lagik, nih dah shocked.

Majlis penyampaian award tuh adalah esok pagi, 0930. Dan aku diminta berpakaian formal.

Hoh, aku terkejut kot. Masih menggigil neh.


P/S : Alhamdulillah~ saya ada nazar yang mesti dibayar.