Khamis, 10 Mac 2011

Headache~

Sejak 2 minggu nih asyik sakit kepala. Kali terakhir sakit camneh masa konvo arituh, lebeh kurang setengah tahun lepas. Dan sekarang nih tah tetibe sakit balik. Sebelah je plak tuh.

Siap boleh jalan-jalan lagik sakitnya. Memula dari atas kening kiri, kendian makin naik ke atas, naik dan terus naik.

Telan panadol dan tdo, masih tak hilang. Siap terjaga pepagi buta sebelum subuh dek sakit tetibe datang.

Pernah je jumpa doktor pasal neh, malangnya masa tuh doktor tuh cam tak caya bahawasanya aku memang sakit.


Imbas kembalik.

"Sakit sebelah je?"

Kemain berkerut dahi doktor.

"Tak mungkin." Sambungnya penuh kompiden.

Imbas kembalik tamat.


Sepanjang keje sakit menyucuk-nyucuk. Akhirnya tanyakan budak yang sedang blajar nursing pasal simptom yang tak penah jadik neh.

"Eh, kalo sakit kepala sebelah je, salu nape ek?"

Dan balasannya senang je.

"Migrain la tuh. Telan Actifast 2 bijik, tdo. Done."

Haip. Migrain ke?

Tidakkkkkkkkkkkkkkkk.


Migrain bermaksud no nescafe. Tamoo...........................



P/S : Apa tah ditensenkan sangat ngan keje sampai leh migrain bagai, tak senonoh btol perangai. Isk.

Tiada ulasan: