Isnin, 14 Mac 2011

Amoi si Budak Baru

Hari neh ada batch baru stat jawab call. Memandangkan ada sikit kesilapan arrangement, dorang masuk ikut time masa training, blom ikut shift yang sebenar lagik. Justeru reramai masuk pada masa yang sama dan lunch pada masa yang sama jugak, 0900 sampai 1700 dan lunch pada 1200.

Hari first, biasa la, first time untuk banyak menda. Tapi kebanyakan dorang neh boleh je bawak diri.

Cuma, dalam ramai-ramai ada sorang amoi, keep coming kat aku ngan Mentholyn tanya pasal sistem. Bila dia dah beberapa kali datang, tetibe terperasan, masa tu bebudak baru lain sume dah tade sebab dah lunch hour dorang pon.

"Eh, kenapa you tak lunch?"

Spontan dia jawab, dia ada banyak lagi benda blom update.

"Ehh... pegi la lunch dulu, lambat lagi nak habis nih, yang tu nanti-nanti boleh update." Hampir serentak aku ngan Mentholyn respon.

Skip lunch sebab mendalah tu? Gila gigih budak neh.

Amoi tuh terdiam.

"Lambat lagi nak balik neh, boleh ke tahan." Sambung aku.

Tetibe muka amoi tuh memerah. Tau-tau je nangis. Tapi dia menolak bila kitorang cuba tenangkan dia.

Kali pertama kot jumpa budak baru yang macam neh. Selalunya budak-budak yang masuk keje kat situ rata-rata sekadar isi masa cuti semester. Dan sebab hanya keje untuk sebulan dua, dorang hanya amik tau ala kadar dan keje pon lebih kurang je.

Jarang-jarang, ada la yang memang bebetul nak keje.

Amoi tu, rasanya dia pon hanya akan sebulan dia kat situ, sebab rasanya dia pon tengah tunggu panggilan ke memana IPT atau kolej. Tapi, kalo tuh cara dia buat keje, tuh la kot antara calon yang akan sentiasa berusaha untuk pape.




P/S : Tingat kemain selamba kena maki ngan customer, tapi ia-ia nanes bila kena marah ngan TL. Keke~

Tiada ulasan: