Kepala asyik sakit sebulan neh. Berdenyut manja dan kadang kasar jugak jenis denyutnya. Herannya bahagian depan sebelah kanan je. Berdasarkan pengalaman tak macam simptom power spek naik.
Hari ni ke KLCC, singgah kat Watson. Hajat hati nak carik losyen nak sapu kat tapak kaki yang semakin mengeras neh, tup-tup terjumpa benda nih.
VTE - Vision Therapy Eyewear
Pinhole eyewear. Katanya untuk membantu mengurangkan pergantungan kat spek. Saja try. Dan teruja. Tetiba mampu melihat dalam jarak yang agak jauh.
Berharga RM78.00. Hanya untuk pemegang kad ahli sahaja. Hoh, macam seronok saja produk neh. Sekurang-kurangnya sesuatu yang mengujakan untuk pemakai spek kronik cam aku. Aci bukak spek masa mandi dan tidur sahaja. Selain dari tuh, spek dah sebahagian anggota badan.
Tapi, back to reality. VTE hanya mengurangka tekanan berbanding menggunakan spek biasa, tak mungkin memulihkan penglihatan kepada yang asal. Cuma, ni pun dah agk cukup untuk orang yang sangat amat bergantung pada spek.
Sedang berfikir mau buat spek baru atau nak beli yang neh. Hoh, tak suka buat pilihan camneh.
P/S : Saya nak balik kampung bila ye?
*pic crdt to google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan