Jumaat, 4 Mac 2011

Warkah Untuk Anda

Tak berape nak faham neh.

Andai anda rasa anda tak mampu nak teruskan kerja anda di tempat sekarang, maka mula-mula la cari kerja lain. Dan andai dah dapat, maka hantar la resign letter. Dan, sekiranya anda memang dah tak boleh nak pandang muka sesiapa kat tempat lama anda, boleh tak anda berhenti saja dengan baik. Sekurang-kurangnya anda dapat masuk keje dan berenti dengan baik.

Perlu ke anda buat chaos dengan membawa cerita ke mana-mana?

Saya tak memahami untuk apa anda merasa sakit hati dengan orang lain yang boleh bekerja dengan baik. Yang hadapi masalah emosi sekarang adalah anda, yang tak mampu mengawal rasa sekarang pun adalah anda. Jadi apa perlunya anda bengang tahap petala kelapan tatkala yang lain boleh bergelak tawa waktu bekerja?

Anda ingin berhenti demi merebut peluang yang lebih baik, silakan.

Cara setiap orang hadapi hidup tak sama. Berbeza, dan sungguh jelas sekali memang tak serupa.

Asal manusia semuanya sama, tapi kerana uniknya kita, maka setiap dari kita berbeza antara satu sama lain. Hanya kerana anda tak sama dengan mereka, perlukah anda bencikan semuanya?

Choose your path, and let us choose ours.

Tolong teruskan perancangan anda tanpa mengganggu ketenangan orang lain menjalani hidup dorang, boleh?


P/S : Sekian, saya yang nipis telinga.

Tiada ulasan: