Khamis, 31 Mac 2011

Hari Sentap

Kerja semula selepas 4 hari di kampung.

Sebaik datang semula, disapa satu demi satu kejutan. Dari yang mengujakan hari biasa yang istimewa tuh, hingga la satu demi satu berita lain yang menggugurkan konkrit senyum yang bergantungan di bibir.

Cuma, bila dalaman yang membuak dengan macam-macam aura panas dingin, adakala terasa ingin lari dari sume perkara. Terasa sangat malang dengan macam-macam yang terjadi.

Hidup yang terasa diatur-atur meski hakikatnya tak la sebegitu sepenuhnya.

Plot yang rasanya tidak begitu menyebelahi walaupun kenyataannya kebenaran yang tersirat lebih manis dari mimpi.

Dan, selaku manusia biasa, aku sangat fedap dan menyampah, serta boleh menyebabkan aku sentap dengan tiba-tiba bila terasa tersindir meski niat sebenar mereka bukanla macam tuh.

Walhal, mereka jugak pernah di posisi aku, situasi di mana serba salah di mana-mana. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Vise versa.

Aku agak sentap sebenarnya. Agak terasa jurang antara aku dan mereka. Walaupun lebih dari tahu bahawasanya mereka tak memaksudkan apa-apa, tapi kerana aku punya deria yang sama, maka beralasankan itu, aku sentap.

Sentap.


P/S : Untuk kesekian kalinya mahukan ARiLaS~

Tiada ulasan: