Ahad, 30 Januari 2011

SMvRTPHON3

Hoh~ Mood agak sakit. Kena bebel tanpa amaran dek jawapan-melepaskan-diri untuk customer.

Hari ni QA berlegar dalam floor, gigih bertebaran menganalisa call agent secara direct. Atas alasan dapat banyak complaint dari customer maka kami diuji secara langsung.

Oh, complaint apa? Berkenaan product. Dan sume kesilapan memang agent la yang mesti bertanggungjawab walaupun ia bertitiktolak dari customer yang suka buat macam-macam dengan tepon dorang.

Dan kebetulan semasa turn aku, dua call berturut dek GPRS charges sebab customer guna smart phone & Black Berry (BB) yang memang auto-connect ke internet. Standard advice untuk pengguna dua jenis phone ni memang mesti ke Maxis Centre untuk offkan data service.

Apa? Kenapa aku tak assist nak offkan bendalah tu?

Sebab ruang lingkup kerja aku adalah produk, bukan phone. 3 minggu training dan nota-nota masa tuh sentiasa ada ngan aku, dan tak penah gagal mengelek bendalah tuh ke floor setiap hari. Dan tak sehelai pun manual tuh mengajar apa yang ada dalam menu untuk BB, HTC, Sone Ericsson, Nokia, CSL atau telepon lain.

Tapi, atas alasan apa, QA yang kebetulan happen to analyze call tadi bebel aku cukup-cukup. Siap letakkan diri dia kat tempat customer. Ada demo lagi. BB nya dikeluarkan dan diserah pada aku.

"Carikan saya data services kat mana."


HTC~ Smartphones~

Blackberry~


Dan aku terkelip-kelip kalah ayam berak kapur. That was my first time holding BB. Phone aku pon cikai je, CSL yang tak cecah RM200 pon.

"And if i am a customer, u are not helping me by asking me to view each of my folder. "

Oh, perlu ke aku tau sejibik-sejibik apa ada dalam setiap henpon? Apa kaitan tuh sume ngan ruang lingkup keje aku?

Malangnya kekata tuh hanya tersekat di kerongkong.

Saya tak tahu. Kata aku sambil merenungnya dari atas spek.


P/S : Showing off hanya kerana anda di posisi untuk berkelakuan camtuh?

SuJu~

Wahhhh... saya tak sabar nak tunggu gaji Isnin neh. Saya nak beli kasut baru, beg baru, nak shopping baju baru, nak carik kain pasang hantar balik kampung, dan nak tengok jumlah duit yang baru dalam akaun~

Tak leh blah punya meroyan neh.

Tengah Mac neh Super Junior datang, SuShow. Saya mau joinnn.... dah la hari tuh masa Doo Joonie saya datang saya tak pegi pon. Isk~! Tapi, bulan Feb neh agak banyak menda yang kena dibuat yang memerlukan modal.

Saya mau SuJu. Saya pon mau beg ngan kasut baru.

Super Junior~

Perlu ke saya jual nasik lemak pepagi sebagai side income?


P/S : Motip bersaya lagik??? Mencik.

Sabtu, 29 Januari 2011

Bukit Jalil

Seharian off, tapi baru saja balik. Hoh, ke stesen bas Bukit Jalil untuk kali pertama. Carikan tiket untuk Cik Pija, dan kendian ke sana sekali lagi malamnya untuk serahkan tiket pada beliau yang baru tiba dari Batu Pahat.

Kali pertama ketemu semula setelah konvo tempohari. Masih sama, tetap sorang kawan yang sama cam dulu. Ceria dengan minggu orientasi yang bakal meletakkan title ustazah di pangkal namanya nanti.

Seyes, she deserves it.

Masa dimaklumkan beliau berjaya untuk pengambilan j-Qaf tempohari, aku pulak yang hepi terlebih. Mengajar memang minat beliau, justeru aku happy untuk beliau yang bakal meneruskan life untuk sesuatu yang beliau memang suka.

Oh ya, selain berjaya mendapatkan apa yang dicita, beliau jugak dah agak temui cahaya untuk tamatkan title single, heheh~

Hoh, yang tak bestnya, waktu jabat tangan kali terakhir sebelum aku amik STAR ke Masjid Jamek memandangkan tak mampu tunggu beliau naik bas trip 1200 am, tatkala menoleh membelakangkan beliau, boleh pulak melankolik tetibe. Motif?


P/S : Saya penat. Tapi dalam masa yang sama gembira. Hoh~

Selasa, 25 Januari 2011

Radio Buruk

Bercakap umpama orang lain tak punya mulut. Bicara lantang lepas tak kira sama ada perisa jauh lebih banyak dari bahan utama. Kekata ikut suka asal saja yang mendengar terdiam terbisu dengan berita nan tah pape.

Bila lidah tak bertulang mula meliuk lentok.

Dan yang mendengar lebih gemar menghadam apa saja tanpa beri ruang untuk berfikir panjang. Menelan segala jadam yang dipertontonkan meski tanpa sebarang bukti yang zahir. Asal saja ada yang boleh dipersalahkan, sebarag apa kaitan atau dasar logik bukan lagi keutamaan.

Bila telinga yang tak dibiasakan menapis bendasing ditadah luas.

Apa, dan siapa yang dijadikan kambing hitam, sama ada di pihak yang benar, atau benar-benar salah sepertimana dialas-kuburkan, mau atau tidak, untuk kelangsungan hidup, kesabaran mesti saja diempang lebih lebar.


P/S : Yang benar tak mungkin akan kalah, walau keliatannya seperti tak mampu untuk menang.

Sabtu, 22 Januari 2011

MNR : Sengal~

Hari ni keje sorang, shift kul 1000. Icy & Mentholyn off day, Nerdy lak amik leave. Justeru datang keje ngan kurang perasaan.

Tapi, selang bape minit lepas login dan mula jawab call, tetibe datang someone ke isle kitorang yang paling hujung tuh, berenti sekejap depan bakul sampah. Tak bape saat beliau menoleh. Hoh, MNR?

MNR masuk pagi? Bukan beliau night shift ke? Dan kalo pagi dulu pun, beliau tuh shift kul soploh, dan hampir setiap hari akan lambat tiga pat minit. Hari ni, kul 0800? Wahhh... impressive sungguh saya.

Teruskan keje cam biasa, kendian MNR datang lagi dengan senyum semacam. Huh. Saja menyapa, pagi nampak.Dan cam selalu, MNR akan menjawab sambil berjalan. Harus la tatau sampai sudah apa dicakapnya.

Tengah-tengah tenang jawab call tetibe kusi kena tarik dari belakang. Nasib tak melatah. Pusing kepala laju-laju. MNR melenggang dengan senyum suka hati. Haip. Apa tah masalah inche tuh hari nih. Dalam hati melompat-lompat suka.

Dan banyak lagi moment ari neh.

Kesimpulannya, 8 jam berlalu dengan cepat.
Tamat.


P/S : Bini-bini = Bunian?

Jumaat, 21 Januari 2011

Orang Luar : Antara Penyambung & Pemutus

Orang ketiga - orang luar dalam sesuatu hubungan. Sama ada hubungan suami isteri, sahabat kawan, mau pun hosmet rumet.

Orang ketiga andai bijak memainkan peranan, akan terbantu la sesuatu kemelut. Tapi, kalau perasaan jadi nakhoda, yang retak bukan hanya terbelah, malah boleh ranap sama sekali.

Contohnya, tatkala sepasang suami isteri berkonflik, lalu si isteri mau si suami memilih untuk sesama mendiamkan diri kononnya mau pasangan paham dengan sendiri. Waktu macam neh selalunya akan wujudnya orang ketiga, selaku tempat meluahkan tekanan.

Cuma, pada aku, kehadiran orang ketiga atau orang luar neh lebih baik jangan diundang. Golongan neh penting untuk bantu redakan keadaan kalau penglibatannya secara tak langsung. Tapi apabila campur tangan dah melebih, maka situasi akan menjadi bak lebih sudu dari kuah.

Umpamanya, bila orang luar tuh ipai duai. Adik beradik sendiri, tentu la cubit paha kanan paha kiri pun terasa. Tapi, selaku pendengar sebelah pihak, adalah sangat tak adil untuk jatuhkan hukum tanpa mendengar dari lagi satu side.

Jawapan skema, berbincang la sesama terlebih dulu. Mungkin bila kena masa dan keadaannya, banyak ikatan nan kusut leh terlerai. Tapi, jawapan camni selalunya akan disanggah - tak mungkin~! Perbincangan lansgung takde ruang, mustahil sama sekali.

Setahun hidup sesama, langsung tade kenangan manis ke untuk diingat selaku ubat apabila keadaan keruh kadang kala?
Buruk sungguhkah si pasangan sampai secebis peluang pon tamo diberi?
Andai macam tu sekali dahsyat kerenahnya, kenapa ikatan seserius itu jadi pilihan?





Seyes, duk semeja, buka hati dan tadah la tinga, berbincang adalah perkara terbaik. Mungkin sukar mulanya untuk mulakan kata, tapi apa salahnya cuba sedaya yang dapat untuk selamatkan sesuatu yang mungkin bakal terlerai hanya dengan luangkan masa untuk mendengar.

Beliau pun, sebahagian dari kehidupan selama ni, kan?


P/S : Orang ketiga, rasanya lebih baik kalau banyakkan sabar, kuncikan kata-kata, simpan dulu bicara rasa, dan beri la peluang mereka lontarkan rasa. Anda bukan watak utama, justeru sila pahami letak duduk anda.

Rabu, 19 Januari 2011

Refreshing~!

Baru sampai dari kampung.

Waahhhhh.... memang tak puas la cuti 4 hari. Dengan MAW yang dah memang lain, dah degil. Cam abang dia, huh. Ngan bilik baru yang dah nak siap. Hoh, mementang tempoh tunang Si Arjuna dah cecah 7 bulan. Kalo ikut rancang cuma nak ikat janji tuh setahun saja. Padan la nak botak kepala beliau carik keje.

Dan saya?

Hehe... masih cam biasa, lagi dua jam akan memulakan keje lagi.

Malam tadi dalam perjalanan ke perhentian bas, Arjuna buat kelakar. Minyak kereta kontang. Sudah la saya tade bekap langsung nak beli tiket lain andai bebetol kena tinggal dek bas. Nasib baik kua agak awal jadi sempat buat SOS mintak tolong bapak saya datang. Huh, harus la sepanjang perjalanan balik malam tadi beliau kena leter.

Baik la, perlu bersiap sekarang.

Oh ya, inche Zazai, saya sudah invite kamu ke sini. Seperti yang saya maklumkan, tade sebarang sebab khusus ruang neh diprivasikan melainkan.... heh, saja je. Wehehehe...


P/S : Btw, congrate buat Pija ngan Zazai dapat JQAF yer. Tak lama lagik kena laa panggil korang ustaz & ustazah, kan? Hehe...

Ahad, 9 Januari 2011

Hohoho Balik Kampung~

Tingin balik kampung hujung minggu neh. Tapi cuti blom apply jugak laik. Tiket jangan harap lom tanya kabar. Tatau lagi nak balik Sabtu sampai Selasa ke Ahad sampai Rabu.

Tapi sekarang musim hujan kot. Banjir.

Tapi, kalau balik neh sempat la jumpa ngan adik yang balik cuti matrik. Kalo balik bulan depan, mana de sesape kat umah tuh.

Huh. Malas nak pikir.


P/S : Motip pakcik aku pikir aku balik kampung nak kenalkan calon kat mak bapak? Haipp.. perlu ke aku seret buah hati kat bawah neh balik kampung? >.<

Jumaat, 7 Januari 2011

Thanks To - JunSeob~



Superb~!

Main vocal tuh adalah second bias aku dalam Beast/B2ST. Sebelum hanya pokes pada DooJoonie jer, keke.

Comel sangat perf hari neh. Dah lama giler kot tak tengok Music Bank kat TV, asik tengok YouTube je sebab selalunya Jumaat keje, dan kalo keje sah-sah la balik lambat sebab salunya akan ada sesi lepak-makan-sembang lepas tuh.

Sangat suka masa part You YoSeob tunjuk kat JunHyung. Super hot~!


P/S : Uff.... melting.

Thailand Movie : My Ex Haunting Lover


Balik menonton Thailand Movie, walopon RM11 cam tak berapa ada maknanya, tapi memandangkan menonton sekadar melepaskan bebanan pundak serta sesaja kua ngan member, maka takde la ralat sangat.

Kisah yang bermula dengan kecurangan sorang lelaki - Aof, diikuti skandal lelaki tuh yang jatuh dari roof top dengan lehernya terhentak ke pinggir kolam renang sebelum terseret terjatuh dalam kolam. Darah memenuh kat mana-mana.
Plot berkembang dengan kisah di mana skandal lelaki tuh - Ying - trus muncul dalam bentuk hantu yang kepalanya pecah berdarah-darah, menghantui plak awek Aof - Cee.
Yang menjadi issue adalah Ying hanya mengganggu Cee, bukannya Aof.
Untuk melupakan gangguan tuh, Cee bercuti bersama dua kawannya, Ae & Bee bersama kakak tirinya.
Masa neh gangguan Ying makin menjadi-jadi, hingga kekawan Cee terbunuh. Cee plak sangat terganggu hingga kemuncaknya telah menyebabkan kematian orang lain.

Pandangan aku.

1. Keseluruhannya,agak kureng compare dengan movie Thailand yang lain. Antaranya, hantu tuh sendiri, yang cedera truk tang leher, tapi tetibe kepala dia plak yang nampak pecah semacam, watak 2nd hero yang tatau mana pentingnya dia.

2. Memang horror movie dengan scene-scene yang memang boleh mengganggu rentak larian jantung.

3. Konklusinya, kisah neh bagi aku adalah kisah tentang Cee yang psiko. Bagaimana dunia dari pandangan mata dia.


P/S : Teringin nak gi tengok Khurafat pulak. :)

Rabu, 5 Januari 2011

Bunga-bunga berbunga~





Bunga.
Hati saya sedang berbunga-bunga.

Mungkin sebab pagi ni saya dapat berita yang sungguh tak terjangka. Berita baik. Tapi buat masa nih kena senyapkan dulu memandangkan saya dah diberi peringatan untuk tak dedahkan hal neh pada sesape selagi sebarang confirmation blom ada.

Mungkin jugak sebab hari nih dah dapat confirmation later yang membawa maksud saya mungkin boleh dapat bon pada bulan 3 nanti. Kalo betul, sangat-sangat la seronok. Alhamdulillah sesangat.

Dua hal neh sikit sebanyak membantu mengurangkan risau mak saya kat kampung yang memang kesal ngan pilihan saya untuk tak hadir ke interview KPLI tempohari.

Heh, mungkin jugak sebab arinih MNR masuk awal keje, jadi sempat jumpa beliau. Dan saya munsykil kenapa beliau buat catwalk kendian bila hampir sampai ke island saya & da gang, beliau tetibe buat pusingan 270 darjah yang mana mata beliau tepat menatap lantai. Lepas tuh buat muka blushing. Apakahhh...

Pape pon, saya hanya nak maklumkan, hari ni bukan la upsetting day.


P/S : Motip bersaya bagai??? Huh, aku moyan.

Selasa, 4 Januari 2011

Jamuan.Makan.Makan.

Jamuan arinih!

Ada laksam, laksa penang, nasik minyak ngan kari ayam, pulut kuning, nasik goreng, nasik impit ngan rendang ayam, kek, buah, puding, coktail, agar-agar, dan macam-macam laik.



Sedap sangat, jenuh makan sampai ngantuk-ngantuk masa jawab call.

Setiap group bawak main dish serta tiga pat jenis side dish. Ada 7 group sume sekalik, so memenuh la memacam atas meja kat pantry. Meriah sungguh.


P/S : Masih upsetting day... isk.

MNR : Upsetting Day~

Sepanjang hari berangan seronoknya minggu ni. Sama shift ngan MrNiteRider. Happy je arinih.

Malangnya, sebaik je cecah sejam keje, tak mampu nak sembunyikkan kuciwa tatkala dapati angan-angan tinggal angan-angan. Haiseh, MrNiteRider tak jadik tukar shift ke pagi rupanya, masih kekal petang. Yang mana bermaksud beliau hanya akan muncul apabila aku dan bebudak shift pagi logged out. Haip~

Motip sangat aku tersangkut camneh sekali kat MNR neh?

Heh, tade la sangkut mana. Sekadar mencuci mata dan menyegarkan otak bila rasa senak sungguh ngan call yang asyik bipping dan kerenah memacam manusia. Keypad tanggal pon leh call aku & da gang? Sumpah kelakar.

Tapi, MNR tuh, suka sangat buat muka memalu sesegan siput ngan aku, kalo bercakap harus mata dia ke lantai. Makin la aku giat mengusik, wehehe.

The best part arinih, bawak memember ke Pasar Kerinchi. Wehehe... sonok.


P/S : Nak jumpa MNR lagik esok, boley? Haha...

Isnin, 3 Januari 2011

Prank Call

Sedang aman mendonlod korean concert kat sini tetibe tipon memekak ngan jayanya.

Unknown number.

Uff... aku tak bape suka nak jawab call camneh, lelebih lagi ari ahad nan tenang serta aman damai neh. Tapi akhirnya jawab jugak.

"Hello, saya dari Balai Polis Kuantan." kata suara sebelah sana, lelaki.

Ya? aku agak cuak. Harus la, aku ada adik sorang tengah study kat Kuantan tuh.

"Cik ada kehilangan purse ke?" soalnya.

Uik, aku memang ada kena ragut dulu, tapi setahun yang lepas. Tapi kena ragutkat KL, apehal lak sampai Kuantan purse aku tuh?
Heh... something fishy.

"Takde." jawab aku kompiden.

"Awak tak kenal saya?"

"Tak."

"Awak tak kenal saya?"
Soalnya lagik, mendesak.

"Tak." aiseh, aku rasa aku kenal suara neh.

"Macamana boleh tak kenal saya?! You dont know who I am??" Ehh... speaking pulak dia.

"You are the one who calling, why should I know you??" Hah, datang sarcastic aku. Ni personal phone, so aku jawab je sesarkas yang boleh.




"Because I'm you BRO~!!" Meledak marah beliau.

"So?" Balas aku selamba.

Heh, kan aku dah cakap suara tuh cam dikenali.

Panggilan pertama dari abang aku menggunakan nombor baru yang tunang dia belikan. Apa kekdahnya nak tukar nombor bagai tatau la aku. Tapi, sape suh kenakan aku? Kan sendirik yang marah, hehe.

Beliau merajuk sampai tamo cakap ngan aku, konon aku lupa abang sendirik. Heh~



P/S : Prank caller, aku ke beliau? Ehehe...

Ahad, 2 Januari 2011

This is My Story~

Baik. Ucapan perasmian blog baru.

Selamat Datang New Blog~


Wat masa neh lom pikir lagik nak taruk nama apakah kat sini memandangkan masih construction dan pembikinan pon agak tergesa-gesa. Dah tak larat kot nak tengok keadaan Esfie cenggitu.

Pembukaan blog baru neh bukan la sebab mau lari dari sesetengah keadaan, orang atau situasi, justeru blog neh masih akan sam acam dulu. Cuma, dengan url baru, dan nama baru.




P/S : This is mine~!