Rabu, 14 Januari 2015

Future

Kadang masa depan tu menakutkan. Dan kadang ia mengujakan. Terserah bagaimana ia dinilai.

Pada aku, buat masa sekarang, masa depan terlalu kabur. Terlalu samar, jaraknya tak jelas, arahnya tak ternampak. Nak melangkah takut terjatuh, nak menapak takut tersilap jalan.

Tapi untuk berhenti dan berserah seadanya, rasanya bukan jalan terbaik. Aku bukan si tempang yang pincang berjalan, atau si buta tak ternampak arah melangkah, atau si pekak tak terdengar bahaya. Fizikal lengkap sempurna alhamdulillah, tapi hati selalu sebesar butir beras, andai mengembang tetap tak gagah menahan rasa.

Kadang terasa semuanya menghimpit, dari semua arah. Depan belakang, atas dan bawah.

Walhal ia sebuah ilusi cuma. Bayangan ketakutan yang risaukan kebahagiaan dunia. Seberang sana selalu dipandang enteng hingga sering terlupa hakikat kenyataan sorang makhluk.

Lalu bagaimana?



P/S: Di mana sudahnya..

Khamis, 1 Januari 2015

Last Day of 2014

1 Januari 2015.

Selamat tahun baru. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Semalam hari terakhir 2014. Dan petangnya menerima sebuah berita gembira, adik aku si misi selamat lahirkan bayi lelaki.

Konon lah kitorang rancang nak anak sebaya, masuk darjah satu sesama, sekali bebetul hari terakhir 2014 adik aku tetibe terus kena masuk bilik bersalin kan. Alkesahnya beliau tak dapat mintak cuti awal, jangan ditanya atas alasan apa kerana politik kerja ada di mana-mana.

Tapi tu lah, bayi sehat maknya pon sehat alhamdulillah...

Jadi aku dah ada 2 anak buah pompuan yang gangsternya tak macam pompuan, dan sorang anak buah lelaki.

Oh, budak kecik ni comeljugakla, muka cina, ikut muka mak dia zaman kecik la tu, tapi adik aku lagi sorang selamba kata muka macam muka siam. Tapi tu lah, comel cakap senyap-senyap je dalam hati, cakap dedepan karang mak dia perasan pulak. Hahaha.

Sekian, nanti tunggu anak buah lagi sorang pulak. Kalau perempuan jugak harus kuciwa abang aku. Muahahaha. Bersyukur jelah bang oii..



P/S: Kayuh pepelan....

Rabu, 24 Disember 2014

Herdik

Ini tentang opis, aku selaku salah sorang cs untuk team MY, dan jugak salah sorang dari belasan back-up line untuk team SG.


Pagi yang tenang, tapi tetibe dicemari langkah sesusuk tubuh menghala kepada aku yang sedang di talian dengan sorang customer (nama pon cs, dengan customer la takkan dengan bekas pakwe pulak nak bergayut dengan berheadset bagai kan) **mintak ampon mode sarkis activated.

Multi-tasker katanya, aku menoleh ke sebelah, merenung sekejap sebentuk wajah yang sedang cemberut umpama sembelit seminggu, sambil mata kelip-kelip - bahasa mata yang sedang bertanya 'kemendanya anda datang?'. Si tuan punya badan menunjuk-nunjuk ke depan - ke arah team SG - masih dengan dahi selirat kerut seribu - bahasa badan yang pahami sebagai 'pegi back-up SG cepat la oooiii'.

Beliau adalah salah sorang dari team yang bertanggungjawab menyusun atur jadual para cs, aka scheduler, dan lebih spesifik lagi beliau adalah gadis scheduler team SG.

"Kenapa jawab (call) MY?!" Bentak beliau.

**tanda seru adalah perlu untuk diletakkan dalam ayat soal ni sebab nada yang beliau gunakan adalah nada umpama sedang bicara sama sorang yang merampas pakwenya, yang bukan saja kedengaran melengking dan menyakitkan telinga, malah turut menarik perhatian beberapa yang lain.

Biar aku jelaskan dulu, setakat yang aku tahu, yang punya access untuk menukar skill aku (yang mana akan menentukan call yang masuk adalah dari MY atau SG) adalah para scheduler. Yang pasti, cs semacam aku, memang takde maknanya lah nak main tukar-tukar sendiri.

Justeru, aku memang tergamam dengan soalan yang rasanya tak salah andai aku labelkan selaku soalan budus akan bodoh hingga menyebabkan aku terdiam sesaat sebelum bersuara.

"Saya dapat email suruh jawab (call) MY kot. Dah dua minggu apa__"

Dan, sebelum sempat aku tunjukkan email tersebut (yang mana wajarnya beliau lebih dari tahu memandangkan ia adalah sebahagian dari tugasan beliau selaku scheduler), tetibe ketua aku yang cuma bersebelahan, menyampuk.

"...DAH LAMA LAH DIA KAT MY, KAN DAH DAPAT EMAIL SUME."

**caps lock, yang menunjukkan betapa ketua aku sedang hangin dengan ulah cik scheduler yang seakan menyalahkan aku suka-suka jawab call mana yang aku nak. Heh, I wish I can do so.

Terdiam la sekejap beliau, dan dengan nada yang sedikit rendah beliau nyatakan aku perlu jawab call team SG hari ni, atas alasan  service level SG sedang merudum.

"SAMPAI BILA NAK BACK-UP KAT SANA?" Soal ketua aku, masih dengan tone beraurakan Hulk yang hijau dek bengang.

Ketua aku masih pissed off. Aku tak salahkan dia pun, sebab sesiapa saja yang ada dalam situasi tadi akan pahami tukang cari pasal adalah cik scheduler.

"Sampai service level naik balik lah." Cik scheduler menjawab, nada suara dah naik balik suku oktaf.

etc. etc. etc.



************************************************************
************************************************************


Panjang lagi kisah pertikaman lidah antara ketua aku dan cik scheduler tersebut, tapi tuh adalah perkara terakhir yang nak aku perincikan kat sini.

Alkesahnya, tadi bukan gangguan kali pertama aku yang tengah elok-elok bekerja dengan penuh perasaan cuma untuk diganggu dengan kehadiran scheduler yang akan menyuruh aku pindah, sama ada dari SG ke MY, atau MY ke SG.

Cuma, ia kali pertama datang dalam bentuk bentakan semacam tuh. Selalunya scheduler cuma akan datang diam-diam dan cakap ala-ala bisik, "... boleh pegi SG tak, call sana queue lah."

Ia annoying, percayalah. Walaupun aku menggunakan perkataan 'pindah' di sini, hakikatnya aku tetap duduk di seat yang sama, cuma access sistem yang berbeza saja, malah masih dari PC yang sama jugak.

SG dan MY ada sedikit perbezaan dari segi sistem, tapi BANYAK ketaksamaan dari segi produk, malah berbeza pulak culture MY dan SG.

Ia menyampah, percayalah. Sebab otak aku bukan macamkan external hard disk yang boleh ada tiga pat partition dan macam pulak handphone dual sim yang simnya boleh deactivate memana sim sesuka hati. Kemungkinan untuk tersalah bagi info adalah 50-50. Dan andai ia terjadi, maka terjejaslah periuk nasik aku.

Ia memenatkan, percayalah. Sebab aku beban kerja aku jadi berganda. Customer SG aku kena follow up, yang MY apatah lagi.

Dengan beberapa alasan yang berjaya aku pikirkan ni, perbuatan cik scheduler tadi adalah sesuatu yang... bodoh.

Beliau boleh je datang dengan tenang dan mintak aku back-up SG, tanpa perlu tinggikan suara mengherdik umpamakan aku punya pilihan untuk berada di team MY atau SG, atau macamkan aku sedang melakukan kesalahan besar.

Aku takkan katakan 'tak', atau 'taknak', sebab aku takde pilihan pun. Ia adalah sebuah arahan yang by hook or by crook aku perlu patuh. Macamkan mentimun, tergolek luka, bergolek pun luka.

Kalaulah tadi ketua aku tak menyampuk, tak mustahil akan ada scene drama minggu ini - tengking menengking atau adegan tarik-tarik tudung (baik, hiperbola sikit la kan).



P/S: Aku masih tertanya, cik scheduler kerasukan apa sampaikan boleh sound aku macam tu sekali? Like seriously... memang aku kena sound kot, yet service level tetap menjunam macamkan kambing terjun lombong. Tak berbaloi.

Rabu, 10 Disember 2014

Sentap : Aku yang Sentap

Kadang, benda kecik pon nak jugak sentap. Walhal terang-terang benda takde la apa sangat, tapi tuh lah, kalau dah namanya perasaan, memang bak kata Ajai - unsangkarable.

Alkesah, tahun lepas aku meroyan pasal kena transfer dari MY team ke SG team. Iya-iya la prepare mental fizikal bagai, maklumla customer SG ni bukan calang-calang, belom tanya pape dah mintak nama kau, kalau boleh nak ejaan penuh lengkap dengan no IC ngan nombor surat beranak sekali.

Tup-tup MY punya service level menjunam bak wau hilang teraju maka baru dua bulan aku disuruh join MY balik.

Dan bak kata orang tua-tua, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Jujurnya, aku lebih selesa dalam team MY, atas banyak sebab.

Cemanapon, langit tak selalu cerah, dua bulan lepas sekali lagi perkara yang sama terjadi, team SG kritikal, lalu aku salah sorang perlu jadi back-up untuk team tersebut.

Apa yang aku tak suka tentang back up, adalah kerja aku jadi berganda. Dua-dua pon aku handle, dan kadang dalam masa yang sama. Dan otak aku ni bukannya external hard disk yang boleh buat partition, satu MY, satu SG, lagi satu apa-apa sajelah.

Tapi selaku pekerja, aku tak ubah macam mentimun, bergolek luka, digolek pon luka. Bukan posisi aku untuk mengatakan tak bila menerima arahan semacam tuh.

Dari segi adil dan keadilan, takde sape kat muka bumi ni adil. Bila team SG kritikal, aku akan dicampak ke sana, dan setelah sebulan setengah berada di sana, minggu lepas aku terima emel mengatakan tugas tersebut dijedakan, dan aku akan report duty dengan team MY balik bermula semalam.

Aku baru sedang pening-pening macamkan ikan tercungap di daratan dengan perbezaan sistem, produk, dan cara kerja dalam team MY bila tiba-tiba hari ni aku disuruh back up team SG semula.

Kalau nak ikutkan sentap, memang aku sentap. Aku ni spesies apa kiranya, setiap kali call queue macamkan barisan di GSC Mid Valley kala hujung minggu, kat situlah aku akan ditempatkan -(dicampak dalam bahasa kasarnya), lalu peluang bernafas macamkan manusia normal tuh, bukan untuk aku lah kiranya...?

Ya, begitulah kiranya kalau ikutkan sentap. Tapi kerana aku sedang cuba jadi manusia yang mampu bersyukur dengan apa yang ada (bak kata ma, aku merungut kerana ada pekerjaan jauh lebih beruntung dari mereka yang merungut dek ketiadaan sumber pencarian), aku diamkan saja. Cuba untuk menelan takdir perjalanan hidup aku begitulah kiranya.

Cuma, bila salah sorang dari team SG keluarkan kata-kata (yang aku yakin beliau tak punya maksud tersirat yang lain) seperti, SG memerlukan beberapa orang lagi selain aku sebagai back up untuk naikkan service level, jujurnya, ia menyebabkan aku sentap sekali lagi.

Justeru macam tu sajalah nilai sorang aku di mata sorang seperti itu.

Bhai, andai kau boleh merungut selalu dapat shift lewat yang menyebabkan sentiasa perlu balik lewat, konsep yang sama sila terapkan pada situasi aku sebelum keluarkan kata-kata.

Begitulah, bila aku dalam mood mudah sentap.

Sekadar sebuah sesi melepas perasaan, sebab, walau apa saja yang aku katakan di laman neh, tak sesekali aku ambik keputusan singkat seperti meletak jawatan dan hidup bertemankan lappy sepanjang masa.

Dan... aku kan Penambahan, tanpa aku dunia tetap dunia yang sama. Cuma dengan adanya aku, kadang langit terlihat lebih ceria. Ia sebuah hakikat, yang lambat bangat perlu diterima.



P/S: Dunia takkan pernah adil, bila manusia membelakangkan hukum azali.

Khamis, 30 Oktober 2014

Tenuk

Aku memang masih dengan Tenuk.

Buat-buat tak peduli apa orang kata, atau apa orang sangka.

Bukan la aku sengaja pun nak dengan Si Tenuk lagi, tapi tu je yang aku mampu. Maksud aku, mampu dari segi kepandaian. Karang cakap tak mampu dari segi material kena boo pulak. ;p

Mungkin dari sudut lain aku patutnya dah lama gantikan Tenuk, untuk keselamatan salah satunya. Tapi elemen keselamatan tu agak diragukan sebab aku bukannya pandai sangat kalau bukan dengan Tenuk.

Tapi tu lah, orang yang paling dekat dengan aku tak kesah, yang memang dekat dengan aku pun takde bunyi pape, jadi aku rasa takde masalah apa kot. Haha.

Cumanya andai rezeki tu ada maka mungkin Tenuk akan aku gantikan. Muahaha...

Walaupun cadangan asal Tenuk perlu beralih tangan pada depa yang lain tapi bila pikirkan balik Tenuk masih diperlukan. Justeru Tenuk akan masih dengan aku jugak la gamaknya.

Jadi Tenuk, please be happy because I am happy with you. Err walaupon terlajak nak pi hantar service, silajangan risau, akan aku hantarjugak.

Because you know what Tenuk, you are mine.

P/S : I sayang Tenuk banyak-banyak la.

Selasa, 28 Oktober 2014

CIMB Fiesta: Shop Till Drop~!

CIMB Fiesta just ended last Sunday 26th Oct 2014.

Dan aku memang shop till drop, literally.

Kerana tahun ni dah ada rumah sendiri (meski masih bertaraf rumah sewa) justeru alasan untuk ketiadaan ruang tu takde lagi, lalu aku manfaatkan sepenuhnya untuk tebus hampir keseluruhan mata ganjaran yang aku kumpul sepanjang bekerja.

Tahun-tahun sebelum ni hanya gunakan sebahagian mata ganjaran, lalu baki-baki lepas bawak ke tahun ni dan aku tebus sesuka hati. Muahaha.

Memandangkan tahun ni jugak mungkin tahun terakhir untuk main tebus-tebus ni, maka jangan sia-siakan peluang yang ada.

Kebanyakan yang aku tebus adalah barangan rumah, segala periuk belanga sume aku bedal, siap untuk adik beradik dan jugak ibu-ibu di kampung. Malah selimut serta Pillopet pun masuk senarai. Err.. personal blender pon.

Paling seronok ialah beli jugak satu benda yang dah lama betul aku berangan - mesin urut kaki Gintell. Pehhh, perasaan dapat beli tanpa rasa bersalah adalah sangat seronok. Dan dapat pulak mesin urut mini yang boleh guna di bahagian leher, bahu, belakang, perut, serta kaki lengan sume. Siap ada plug dalam kereta lagi, lagi lah best nak tidur bila balik kampung nanti. Ya ampun, senonoh sangat orang drive aku tidur dari KL ke Kelantan.

Pendek kata, tahun ni adalah tahun menebus yang bahagia.

Timekasih pada mereka yang bukan saja menemani, malah sudi mai ambik dari rumah, mai hantar pulak. Tahun depan andai masih berada di kota ibu kota ni kita teruskan lagi aktiviti tradisi ni ye kawan-kawan. Muahaha.



P/S: Dalam mode yang lebih serius, terima masih banyak untuk korang. You guys know who you are. Yes dear chingus, you guys. :)

Rabu, 22 Oktober 2014

Rumah Sewa : Deposit

Adat berkelana pasangannya ialah rumah sewa.

Dan adat menyewa ialah deposit rumah, atau juga merupakan duit jaminan, yang mana selalunya sama ada akan dipulangkan apabila penyewa keluar dari rumah tersebut, atau sewa bulan terakhir (atau dua bulan terakhir - bergantung kepada berapa bulan deposit diambil) tak perlu dibayar.

Pengalaman menyewa bilik master lebih kurang tujuh tahun, sikit sebanyak aku memahami fungsi deposit. Selain penyewa, aku jugak bertanggungjawab membantu mencari penyewa baru bila ada ahli bilik yang ingin keluar. Jadi peranan penyewa dan 'tuan' punya bilik sama-sama dirasa di situ.

Selalunya bila sorang nak keluar, beliau perlu mencari ganti, sebab gantinya nantilah yang akan bagi deposit bilik yang mana akan dipulangkan balik pada beliau. Bila konsep ni diterapkan maka takde la beliau yang nak keluar ni culas nak keluar macam tu saja, apatah lagi bila deposit adalah dua bulan. Takde ganti maka deposit beliau akan hangus.

Terang lagi bersuluh deposit bertindak selaku pengikat kepada penyewa agar tidak bertindak sewenang-wenang.

Err... mungkin terang bagi aku yang dah kerap/lama menyewa, tapi pada mereka yang baru kali pertama nak duduk menyewa, deposit ialah apa...?


*************************************************


Alkisah, beberapa bulan lepas aku temankan adik yang sorang mendaftar untuk IPTA dan untuk pelajar degree asrama tak disediakan, maka si adik ni dan beberapa rakannya sepakat menyewa di sebuah taman perumahan yang tak jauh sangat dari kampus.

Si adik ni yang pertama sampai di rumah sewa tersebut, dan sempat lah jugak aku beramah-tamah dengan tuan rumah. Yang aku kagum adalah rumah tersebut boleh dikatakan lengkap dengan keperluan asas. Peti ais, mesin basuh, TV, dapur, tong gas malah tuan rumah bagi jugak kipas duduk walaupun setiap bilik, ruang tamu, hatta dapur, dah dilengkapi kipas syiling.

Sebelum bertolak balik ke KL semula, sempat jugak aku ketemu salah sorang teman serumah si adik ni. Sambil sembang-sembang aku sempat jugak luahkan kekaguman tentang kelengkapan asas rumah tersebut (bagi aku yang menyewa di KL, rumah kosong beerti kosong sekosongnya, jangan kata kipas syiling, kipas duduk pun takde).

Cuma, jawapan yang aku terima sedikit kelakar.

"Yelah, sebab saya yang bagi duit deposit awal-awal, nak suruh sediakan semua ni lah."

Pegun sekejap. Dengan nada yang sedikit angkuh, dan percakapan yang langsung tak memandang wajah aku.

Nyaris jugak aku  ajak duduk bersila dan bukak kelas teori tentang apa itu deposit rumah sewa, hak sorang penyewa, dan kuasa sorang tuan rumah.

Dengan atau tanpa deposit, kelengkapan asas tersebut adalah hak tuan rumah. Andai kata tuan rumah memang taknak sediakan, selaku sorang penyewa anda tak boleh cakap apa pun. Anda hanya menyewa rumah tersebut, hanya sebuah ruang. Dan andai kata tuan rumah tak membenarkan adanya sebarang tambahan perabot dalam ruang tersebut sekalipun atas alasan apa pun, ia tetap perlu dipatuhi.

Hampir jugak aku tanyakan, dah berapa lama duduk menyewa...? Dah sejak bila deposit tu macam tu kesahnya...? Tapi tu lah, biarkan saja Si Luncai terjun dengan labu-labunya.




P/S: Hari ni dapat tahu bulan depan si adik ni akan berpindah keluar, ke taman perumahan sebelah je pun. Atas alasan tak tahan  lagi sebumbung dengan teman yang sorang tu, yang katanya makin lama makin lebih kuah dari tuan rumah. Hai la...


Ahad, 19 Oktober 2014

Shopping: Online VS Traditional

Shopping secara online atau dalam talian memang makin famous sekarang ni, apatah lagi di kalangan mereka yang bekerjaya dan enggan meredah kesesakan semata untuk baju sehelai dua.

Jangan kata baju, tudung, kasut, handphone, malah barangan runcitbpon boleh dibeli secara dalam talian.

Mudahnya shopping tanpa tinggalkan rumah, meredah kesesakan lalu lintas, lelah mencari ruang letak kereta, dan tak payah risau nak sarung apa sekadar untuk keluar. Cuma hadap komputer, handphone, atau tablet, pilih, bayar menggunakan online transfer atau kad kredit maupun debit, ta-dah.. kurang seminggu semuanya tiba di depan pintu.

Cumanya, setiap apapun ada baik buruknya. Pembelian dalam talian terutama untuk pakaian, kadang harganya hampir 3kali ganda harga di pasaran biasa.

Pakaian contohnya, sehelai selendang bawal kosong hanya berharga RM4.80 (Muaz Textile), sedang secara dalam talian ia mencecah RM10. Lebih kurang bernasib baik, tak termasuk caj pengeposan yang biasanya cecah RM7.

Justeru, shopping secara dalam talian yang penuh santai, atau korbankan sedikit masa dan tenaga untuk ke pasaraya, adalah satu pilihan. Tiada yang salah.



P/S: Online atau traditional, dua-dua punyai persamaan : shop till drop. Heh~

Selasa, 14 Oktober 2014

Fraudster : Depani & Atasi

Masuk tahun keempat hanya berperanan selaku sorang yang menerima laporan kad kredit dimanipulasi oleh pihak tak bertanggungjawab untuk transaksi tidak autentik tak menjanjikan apa-apa. Pengajarannya, memandang dan mengalaminya sendiri adalah tidak sama.

Menerima SMS alert secara berkenaan transaksi dalam foreign currency yang cecah ribuan Ringgit Malaysia secara tiba-tiba di tengah malam, nyatanya bukan kejutan yang diimpi-impikan.

Terduduk seketika sebelum akal waras berfungsi semula. Usai hubungi bank untuk batalkan kad dan dapatkan ganti dengan nombor akaun yang berbeza (Tips satu : selaku payee agent bank memang tak mampu batalkan apa-apa transaksi, hanya akan membantu batalkan kad dan ganti yang baru), aku mencuba nasib hubungi syarikat penerbangan tersebut (transaksi untuk tiket penerbangan dari Euthopian Airline).

Tips dua : Pembatalan transaksi hanya boleh dilakukan oleh merchant tersebut. Justeru aku saja la mencuba kot lah masih boleh dibatalkan memandangkan transaksi tu memang bukan aku yang punya.

Mujurnya dorang respon, bagaimanapon meminta maklumat penerbangan untuk dibatalkan. Malangnya aku tak punya maklumat apa-apa memandangkan terang lagi bersuluh ia tidak autentik.

Selepas menjelaskan hal tersebut kepada pihak syarikat penerbangan tu, langsung takde perkembangan pape tapi aku menunggu hingga lapan hari.

Tips tiga : Setiap transaksi pada kad kredit/debit biasanya akan floating paling selama selama lapan hari tak termasuk hari transaksi dibuat. Bahasa mudahnya, transaksi dah jalan, tapi merchant akan ambik masa paling lama lapan hari untuk buat settlement, selagi settlement tak dibuat selagi tuh pembatalan transaksi masih punya peluang besar untuk dibatalkan.

Hari kesepuluh, aku cek balik, dah alhamdulillah sangat, transaksi tu tak posted, atau erti kata lainnya, merchant tak claim dan dah batalkan.

Peluang untuk terkena macam ni agak besar bagi yang pernah gunakan kad secara dalam talian atau online (kena pulak aku memang hantu beli barang online neh) terutama dari laman web yang tak secured. Justeru jalan terbaik untuk meneruskan aktiviti tersebut tanpa sebarang ketakutan terkena lagi sekali, ialah dengan menggunakan debit kad.

Oh yeah, debit kad yang tak melibatkan apa-apa akaun yang mana nak pakai masuk la duit, tanak pakai, simpan senyap-senyap. Mungkin kerugian mata ganjaran untuk setiap penggunaan, tapi keselamatan dari sebarang penipuan adalah jauh lebih penting aku kira. Jadi tanpa berlengah aku terus memohon kad debit Kwik dan dah selamat gunakan untuk mphonline. Hahahaha~



P/S: Perasaan bakal membayar ribuan ringgit untuk sesuatu yang tak digunakan, adalah pengalaman yang takde sape maukan.
#fraudtransaction #howtoavoidfraud

Isnin, 6 Oktober 2014

Nyahaktif

Macam yang aku katakan dalam entry sebelum-sebelum ni, aku dah nyahaktifkan akaun facebook.

Sebab paling utama adalah, ia makin lama makin membebankan. Emosi terutamanya.

Aku tak nafikan facebook kadang merupakan medan ilmu (walau nyatanya masih terlalu banyak sumber ilmu lain yang jauh lebih berautoriti), medan temui atau ikuti perkembangan kekawan lama atau baru, serta medan membeli-belah secara dalam talian (yang sebetulnya mengecilkan angka dalam akaun dikit demi dikit jugak).

 Walopon alkesahnya aku pikir takkan mampu bertahan lama tanpa facebook, ia agak mengejutkan bila sebetulnya dengan tiadanya facebook mental rasa kurang bebanan. Tak keterlaluan rasanya untuk katanya ia semacam lepaskan seberkas beban di bahu.

Lepas, ringan dan bebas.

Sungguhpun dah takdenya media mengintai perkembangan terkini kekawan lama, tapi masih berbaloi. Tekanan yang selama ni menghentak pundak, semacamnya hilang. Dan ia satu kelegaan.



P/S: Being stressful over nothing is pretty pathetic I guess.

Rabu, 1 Oktober 2014

Last Single Birthday


My last single birthday.

Do I miss my single life...?

....Not anymore I guess.

Perkahwinan, selalu digambarkan selaku kemuncak sebuah perhubungan, seolah ia penamat semua. Sedang sebetulnya ia adalah satu permulaan.

Sebuah kehidupan yang tak terjangka. Percintaan bertahun-tahun yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin, tak menjanjikan anda pahami seadanya sesorang.

Tade bezanya dengan diikat dengan pertunangan selama setengah tahun dan bertemu beberapa kali tanpa sebarang ruang untuk bicara tentang perasaan.

Memahami sesorang jelas lagi terang adalah tidak mudah. Pahami diri sendiri pon makan bertahun apatah lagi pahami sorang yang lain. Ia tak seperti khatamkan sebuah novel lalu nukilkan sebuah ulasan.

Bertolak ansur satu cerita, bersedia untuk bertolak ansur tuh lagi satu cerita. Ringkasnya, ia tak sesenang order Snack Plate KFC lalu habiskan tak bersisa. Ia jauh lebih sukar dari itu.




P/S: Random.


Ahad, 21 September 2014

Facebook

Salah sorang pakar kaunseling pernah keluarkan kenyataan bahawasanya wanita bujang tidak wajar meluangkan terlalu banyak masa di laman sosial facebook.

Dengan alasan ia hanya memberi pengaruh buruk kepada emosi. Paparan 'keluarga bahagia' seperti gambar-gambar perkahwinan serta aksi peluk cium antara suami isteri dan gambar-gambar bayi comel dan sebagainya jelas memberi kesan yang kurang sihat terhadap mentaliti wanita bujang.

Dan jugak wanita yang sudah berkahwin.

Justeru pada satu hari di mana tekanan terasa begitu menghentak pundak maka akaun facebook telah aku nyahaktifkan.

Beberapa hari tanpa facebook sikit sebanyak mengurangkan beban mental.

P/S: Sekarang nak online beli novel. Lama tak beli novel neh!

Selasa, 16 September 2014

Baby

My friend just gave birth to a baby boy few days back (ke dah seminggu??) Congrate!!

Malangnya tak sempat nak tengok baby. Kena tunggu beliau habis pantang dan balik KL semula.

Papepon, selamat bergelar ibu dan selamat menjaga budak kecik.