Malah aku menganggap baju kurung hanya boleh ditempah.
Suatu ketika anggapan itu meleset apabila seorang teman bercerita tentang baju rayanya yang dibeli di kedai.
Aku hanya tercengang dengan pertanyaan spontan - beli baju yang dah siap jahit?
Ya, aku perak sebegitulah waktu-waktu dahulu (mungkin kini pun masih sama dalam sesetengah hal).
Dulu, aku pantang melihat kain pasang yang murah-murah. Tentu aku beli dan minta ma jahitkan baju.
Di Kelantan, baju kurung sinonim di mana-mana dan ke mana-mana. Ke sekolah, berjalan-jalan ke bandar, atau ke majlis-majlis tertentu.
Paling-paling pun baju kurung itu ditambah batu-batu atau manik-manik bergemerlapan. Tapi kata ma, baju kurung sebegitu sukar dibasuh. Perlu menggunakan cucian tangan. 'Amaran' seperti sudah cukup untuk menakutkan aku yang lebih gemar mencampakkan sahaja segala-galanya ke dalam mesin basuh. Justeru aku tidak pernah memiliki baju-baju kurung yang punya perincian sedemikian.
Oh ya, kecuali baju kahwin. Natijahnya, baju itu hanya aku sarung satu atau dua kali dalam setahun.
Kini bila aku mula cuba-cuba menjahit baju sendiri, aku kira sukarnya menyiapkan sepasang baju. Kalau semuanya berjalan lancar, ya boleh siap dalam satu jam. Tapi kalau ada silap cantuman, ah malasnya menetas.
Ironinya, aku tidak pernah menjahit baju kurung tradisional. Aku selalu menganggap pattern itu sebagai sukar serta agak renyah. Dengan kikiknya, pesaknya, apatah lagi aku belum menguasai teknik jahitan lehernya.
Cuma raya haji yang bakal tiba sehari dua ini, aku teringin menyarungkan baju kurung. Dan sudah hampir siap bajunya.
Tak sabar nak match kan dengan tudung yang belum aku fikir pattern-nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan