Khamis, 14 Julai 2022

New Step

I'm 35 and still considering my mother's opinion in my actions.

Aku tak pasti ini kesan dari sentiasa membenarkan ma masuk campur dalam kehidupan selama ini atau tidak.


---



Hari ini hari yang kalut untuk aku. Jujurnya ia tidaklah besar, namun melakukan sesuatu yang sentiasa dilarang oleh orang lama membuat aku menggigil.

Gaji aku tidaklah banyak namun alhamdulillah cukup. Dan aku cuba sedaya-upaya memastikan aku tidak curi tulang sepanjang waktu bekerja agar berkat gaji yang aku terima.

Klise, ya aku tahu.

Keberkatan itu penting kerana aku mahukan ketenangan saat membelanjakan semuanya. Untuk apa sahaja urusan. Ah, tak seronok mencicip kopi sambil hati terasa cuak kerana lebih banyak menatap smart phone dari mengetik keyboard bukan?

Justeru, apabila ada yang cuba merompak secara terang-terangan atas nama sumbangan/kebajikan dan sebagainya, maka aku tidak sudi sama sekali.

Namun, kerana itu semua adalah perkara yang sentiasa didiamkan oleh orang-orang lama, maka tentu saja persoalan yang aku bangkitkan tiada jawapannya. Malah aku pula dinasihatkan agar turuti sahaja jalan yang terbentang - sama ada jalan itu salah atau benar.

Oh, apa kaitan bebelan yang panjang ini dengan dua ayat pertama di atas?

Kerana aku dan personaliti aku takkan membenarkan diri aku ditindas. Aku pasti lantang bersuara, walau siapa sahaja di hadapan. Asal sahaja aku yakin aku di pihak yang benar.

Tapi jika ma ada di sisi, atau sekurang-kurangnya maklum akan hal ini, ma pasti menghalang.

Dengan alasan, usahlah mencari pasal. Menyelamatkan RM15 dari dirompak tetapi namaku tercalar. Dicop pula sebagai seorang yang berkira dan sebagainya.

Hal ini terlihat kecil, tapi untuk aku, ia adalah perlawanan dua rasa yang sukar.

Rasa enggan ditindas, dan rasa enggan derhaka dengan nasihat ma.

Jujur, ini memenatkan. Tanganku menggigil-gigil hari ini hanya kerana mahu menghantar sekeping mesej.



---



Aku bakal mencecah 40 tahun beberapa tahun lagi andai usiaku panjang.

Kali ini, aku kira aku sedang memulakan langkah pertama untuk keluar dari zon selesa.

Tidaklah bermaksud nasihat ma sudah tidak relevant, hanya aku sendiri sudah cukup (lebih dari cukup mungkin) matang untuk berhenti bersembunyi di bawah bayang-bayang ma.



--



Hi new me. It's hard but I always believe that I have a lot of potentials to explore new things. Kaja!

Tiada ulasan: