Selasa, 29 Januari 2013

Aku Bercerita : Novel Review

Karya Ramlee Awang Mursyid aka RAM.



Buku ni agak berbeza dari buku-buku beliau sebelum nih - gabungan 5 cerita dalam 1 novel. Pengikat kepada kelima-lima cerita adalah watak sorang penulis yang mengalami kebejatan minda yang menyebabkan beliau melihat ilusi rekaan minda selaku realiti.

Mimpi dalam mimpi.

Buku ni semacam pecahan kepada kebanyakan elemen yang selalu ada dalam novel RAM. Elemen thriller, cinta, seram etc. yang selalunya gabungan dalam sesebuah cerita kali ni dipecahkan dan dipanjanglebarkan dalam sebuah kisah.

Setiap cerita bertunjangkan hanya satu tema. Still, RAM masih mampu memberi kejutan dalam setiap kisah. Humor serius dari watak pesara polis, keterbalikan dalam kisah sang bunian, keadilan tanpa hukuman dalam fokus sejarah, dan cerita binatang yang mampu berbicara persis kisah dongeng rakyat.

Lain dari yang biasa, tapi unsur kejutan untuk memuaskan pembaca masih ada.

RAM & thriller adalah sesuatu yang tak boleh dipisahkan, tapi kisah cinta pure dari beliau terasa agak pelik. Erk, beliau ada this grease side as well.

Peberet aku dalam novel ni ialah tang impian sorang guard muda untuk memiliki sebuah kereta kancil. Wheee sangat realistic. Sila percaya, orang semacam neh masih wujud dalam dunia nyata.



P/S: Tak sabar tunggu novel baru beliau - gabungan hero-hero/watak utama - dalam satu cerita.




Khamis, 24 Januari 2013

Nasihat

Nasihat & teguran kesahnya adalah dua menda yang berbeza, tak sama serta tak serupa.

Teguran tentang sesuatu, mungkin kerana sesuatu yang semasa, yang sedang dipraktikkan tuh, adalah kurang tepat, justeru teguran adalah bermaksud membetulkan apa yang sedikit kurang betul, atau, mungkin sedikit silap.

Nasihat tentang sesuatu, mungkin lebih kepada peringatan. Apa yang sedang dipraktikkan sekarang tak semestinya salah, atau silap, cuma, mungkin dari sesetangah sudut ia kelihatan hampir atau condong kepada bakal berlakunya kesilapan lalu sekadar sebuah ingatan tentang apa yang betul dan apa yang salah.

Nasihat, atau teguran, andai penerimaan terhadap keduanya disalahanggap selaku kesengajaan mencari kesilapan sesorang atau apa yang sedang dipraktikkan sekarang, lalu ia adalah kesilapan yang mungkin bakal menjadi kesalahan besar.

Untuk lebih kepastian, guideline Islam sentiasa ada untuk dibandingkan.

Tak salah untuk sentiasa merujuk kepada garis panduan walau setua mana sesorang. Umur yang berangka-angka tak bermaksud dah cukup bijak untuk membuat keputusan sendiri tanpa memerlukan sebarang garis panduan.

Nama pun manusia - mahkluk yang bersifat pelupa.

Bertanya tatkala tidak pasti, adalah bodoh sementara. Setelah tau, takla bodoh lagi.
Tapi tak pasti & teruskan dengan ketidakpastian, adalah bodoh lama. Bodoh, dan hidup dalam kebodohan. Ia adalah kerugian besar terutama pada diri sendiri.




P/S: Wheeee~

Ahad, 20 Januari 2013

Holiday

In the middle of holiday.

Long holiday actually, but somehow I didn't feel secured about this supposed-6-days-off.

I'm not being myself these few days. Keep things to my own self is not me.

I guess I need to get the real me fast before the current myself drives me crazy. I need to get things on its track back.




P/S: Went to clinic, but the medicines & the sickness somehow not related to each other. I guess I'm not the only one with less sane right here.

Jumaat, 18 Januari 2013

Weird Fellow

I tried to write something about this funny fellow who always serve his customer happily. Sometimes, too happy that he keep laughing.

I always have this thought in mind that he actually talking to someone he knew & not any of the customer. The way he had the conversation is very relaxing. I envy him for enjoying his job that much.

He is a BIG senior. Surviving in call centre environment with that attitude is a bless. 

How can a person be that happy? Or he's an alien from Mato?





P/S: On the second thought, Alien from Mato at least is blond. And didnt speak in language I understand.

Ahad, 13 Januari 2013

Friendship

Friendship.

Sampai bila-bila pon perkataan nih masih mengandungi rahsia tersendiri.

Kerana jujur & iklas tuh umpamanya sekor semut hitam di atas seketul batu hitam di malam yang gelita. Ada, tapi hampir mustahil kenampakan.

Dan tatkala sesuatu, atau sesorang disangka kawan tiba-tiba melakukan sesuatu yang pada perkiraan mata kasar adalah sebuah pengkhianatan, di mana titik sebenar erti persahabatan.

Sahabat, susahnya sepayah mencari jarum dalam timbunan jerami. Sulitnya sesukar menarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus tepung tak berselerak.

Cuma, kerana hidup ni aneh & sentiasa di luar jangka, sahabat kadang muncul begitu saja. Tanpa sebab tanpa usaha.

Kerana perancanganNya adalah sebaik rancangan, sedang manusia menilai-nilai berdasarkan minda yang Dia bekalkan.

Kawan. Sampai bila-bila ia masih misteri.

Dan si penambahan yang sentiasa punya peluang jalani hidup adanya sifatnya, ternyata hakikat kadang mengelirukan sepertinya imaginasi yang sentiasa tak berdinding.


P/S: Subhanallah. Segalanya aneh.

Sabtu, 12 Januari 2013

Lake Garden


Lake Garden, Kolumpo.

Dah lama btol tak join aktiviti hujung minggu jalan-jalan senam kaki kat memana. Masa kat rumah lama dulu agak rajin [baca sebagai jarang-jarang] ikut hosmet gi Taman Jaya.

Kendian setelah mula sebok dengan keje hujung minggu & jarang dapat join dorang, dorang dah pon jumpa port baru lagi best kat Tasik Perdana katanya.

Dan minggu lepas, 1st time ikut dorang, siap pesan suh bawak kamera/hp berkamera sebab katanya ada baaanyak pemandangan cantik kat sana. Dan, kat sanam tak payah berangan nak jogging. Jalan kaki ke LRT pon mengah ada hati nak lari-lari anak. Whhee sangat.

Next week off weekend jugak jadi boleh ikut deme lagi. Sonok walopon hakikatnya jalan setapak-setapak jeh. Wehehe wa tak cukup stamina kot nak jalan, keje turun naik moto je paling jauh pon mungkin jalan kaki panjat beberapa anak tangga ke kedai makan sebelah opis. Wheee~




P/S: Bye.


Isnin, 7 Januari 2013

Helmet

Isnin minggu lepas, helmet aku hilang.

Sedang berseronok nak balik keje bila tetibe pasan helmet takde kat tempat sepatutnya. Jam menunjukkan 1830.

Kawasan keje yang sangat tak mesra public transport serta aku yang tak penah cuba menggunakan servis tersebut menyebabkan perpeluhan akibat terkejut & takut berlaku - risau tatau cemana nak balik.

Cuma sangat nasib baik, ada opismate yang baik hati tolong hantarkan balik, dan ada helmet kawan ex-hosmet untuk digunakan dalam masa terdekat.

Alhamdulillah.

Sabtu hari tuh patutnya hari shopping helmet baru, tapi dek hujan dan tetibe rasa kurang rajin maka urusan tersebut ditangguhkan.

Highlight cerita ini ialah pagi nih, tatkala sampai kat opis pagi tadi, tengah seronok parking tetibe ternampak seketul helmet.

Dari jauh terasa berdebar-debar pulak, takkan aku punya plak. Adakah orang yang mengambik helmet tersebut tetibe rasa insaf & pulangkan beliau?

Jalan pepelan ke arah helmet yang nampak kesunyian tuh.

Ta-dah.

Memang helmet aku. All the scratch yang disebabkan tergesel dekat grill, dinding etc. serta segala spesies minyak hitam segala kat wizer, dan paling penting, bekas tali pengikat yang ada kesan terpotong - tuh memang keje aku gi potong.

Memang helmet aku.

Alhamdulillah sangat.

Tetibe rasa nak melonjak-lonjak bahagia kat tempat parking. Tak pasal-pasal tersengeh-sengeh macam kerang busuk sambil berjalan menapau nes ais.

Walopon ada kesan wizer cuba ditanggalkan & kesannya wizer dah agak longgar tapi tade hal la. Memang nak tukar pon wizer tuh.

Pada inche yang mengambik helmet tersebut, dan memulangkannya balik, time kasih bebanyak la saya ucapkan ye.

Mencurik nih tak baik, tapi kalo lenkalik nak pinjam, habaq la sat. Jangan le gurau tak bape kelakar gini, cuak teman.
Kalau mintak pinjam, insya Allah teman bagik, sungguh tak tipu.


P/S: Patut la tak rajin sangat nak gi beli helmet baru, bakal dapat balik rupanya. Alhamdulillah~

Ahad, 6 Januari 2013

Mabruk

Finally this friend is getting married.

Heh, selepas bermacam so called dugaan, ternyata jodoh dorang memang kuat, alhamdulillah la, minggu last bulan neh dorang yang keduanya member aku, akan diijabkabulkan.

Cuma, soploh jari aku susun mintak ampon & maap andai tak mampu muncul di kenduri kome ye. Kesahnya, walopon kenduri adalah di hujung minggu, malangnya tarikh kenduri sama ada pihak lelaki atau pompuan, jadual asal aku ialah bekerja pada kedua-dua tarikh.

Dari jauh pon aku tetap ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia & dalam rahmatNya sampai bila-bila. ^^




P/S: My 1st entry this year, is it? Heh, terlepas pandang blog neh. Keke~

Isnin, 31 Disember 2012

Anjakan

31/12/2012

Secara teknikalnya umur akan berganjak satu angka.
[Takde la pape berubah sangat pasal neh sebenarnya, cuma harapannya jangan la umur berubah angka tanpa perubahan minda sekali]

Setelah sedikit review ke belakang setahun dua, ada la sikit perubahan. Dan, err.. cam segan je baca catatan lelama, sangat la kebudaks-budakskan kat situ aigoo malu, malu.

Apa yang akan berubah tahun depan neh adalah, memandangkan TL aku akan ditukar ke bahagian lain, dan beberapa TL dari bahagian lain akan ke bahagian aku, maka secara teknikalnya akan ada change of reporting lagi.

Untuk kali keempat sejak keje tak sampai dua tahun. Ohsem btol. Dan aku, memang 90% kompom terlibat aigoo.

Bak kata salah sorang TL tuh, tak kesahla bawah sesape pon, selagi buat keje dengan baik insya Allah takkan ada pape masalah.

Tak dinafikan sume tuh, tapi, kerana TL tuh jugak orang yang ada cara tersendiri memasing maka selaku bawahan kena la pepandai bawak diri.

Jadik, tahun depan, heh, playing innocent is my way of life. Again. Whee~

Dan, hakikat yang tak ternafikan yang jarang nak diketengahkan, umur makin kurang hari demi hari. Mati makin dekat sikit demi sikit.

Justeru, berubah untuk jadik lebih baik, supaya tenang jalani hidup nan fana, dan aman di alam kekal sana jugak, insya Allah.





P/S: Alhamdulillah, 2012, kebanyakan angan-angan & cita-cita jadik nyata, termasuk satu angan-angan Pak Pandir yang sungguh awkward bila ia jadik nyata, tapi bakal kehilangan dalam masa beberapa hari lagi. Allah knows best for us.


Ahad, 30 Disember 2012

Harapan

Berharap terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesehatan minda & emosi.

Tapi selaku manusia sebiasa aku, heh, berharap adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Cuma, bak kata orang tua-tua, berani berumah tepi pantai beranilah terima hempasan ombaknya.

Tapi, esok semacam membawak satu spesies harapan.



P/S: Harapan untuk free TF? Well, we'll see. Tapi jangan nak berharap sangat lah.

Sabtu, 29 Disember 2012

Cancel

Sepatutnya hari ni adalah off day.

Tapi semalam, sehari sebelum semalam, sehari sebelum semalam-semalam, dan hari sebelum semalam-semalam-semalam, call sangat la queue nak mampus.

Service level turun mendadak. Without any special reason. Sume was in order tapi call dah macam air laju tatkala empangan pecah.

Dah la dah dekat hujung bulan, hujung tahun pulak. Jadi untuk mengelakkan kesan buruk kepada service level kesayangan ramai tuh, maka aku antara yang dimintak keje pada hari ni.

Half day je pon.

Sebenarnya aku tanak. Sebab malam tadi adalah masa menonton wayang dengan adik aku yang rare dapat jumpa tuh, dan cadangnya nak merendek sejam dua dengan beliau pagi ni memandangkan beliau masuk keje belah petang hari ni.

Tapi kerana terpaksa, maka aku pon rela la jugak nak keje hari ni, 1100 - 1500.

Justeru pagi ni bangun ler awal sikit, gi hantar adik aku balik rumah sewa beliau dan terus ke opis dari sana.

Sampai opis, walopon kelihatan cam lebih sebok dari hari biasa, tapi nampaknya volume call tak sedahsat yang dijangkakan. Jadik sambil menyiapkan yang mana keje pending, aku keluar sat dan masuk balik. Kebetulannya lalu area seat scheduler - inche-inche yang mem-plot-kan jadual kitorang.

Macam terdengar nama aku disebut tapi sebab kadang-kadang pendengaran pon boleh jadik ilusi maka aku abaikan jeh la.

Baru duduk-duduk sambung keje pending tetibe salah sorang kak scheduler datang.

"Kalau akak cakap, agak-agak marah tak?" tanyanya, macam awek-awek nak mintak pakwe belikan blaus baru.

"Uh-kenapa?"

"Mesti marah kan?" katanya lagik, sambil senyum-senyum, masih dalam mode awek buat aksi cute sebab terbalingkan ipad pakwenya ke dinding.

"Kenapa?" cuak la jugak pasal masa masuk keje tadi terpakai baju terbalik, ingat ada lagi benda lain yang terpakai terbalik.

"Kenapa?" tanya aku lagi sekali. Risau pulak saya neh.

"Awak dah datang, call tak banyak sangat." katanya, akhirnya.

"Oh, nak cancel OT saya ke?" habit cs, nak jugak teka sebelum orang cakap. Clarify & confirm kononnya.

"Aa. Mesti marah kan, awak dah datang."

Err.. syahdu jugak, kalau cakap awal-awal boleh la aku merendek & bangun lambat sikit pagi tadi.

"Baru nak telefon, tengok awak dah sampai," sambungnya, explain katanya.

Aku jeling jam kat PC, 1040 kot, aku masuk kol 1100, tak mungkin la 1040 blom kua rumah lagi. Saje sangat kannn.

"Takdela, tak pape lah. Saya balik jelah." dengan penuh kontra, aku menjawab. Lalalalala~

Jadik kesahnya, gi keje setelkan keje pending sajo, kemudian balik.






P/S: Dan sambung tdo sampai pukul 1500. Heaven sangat.

Khamis, 27 Disember 2012

2 Good News

Musim appraisal.

Lepas sorang, sorang dipanggil Group Leader(GL) memasing untuk dikomen pasal appraisal. Termasuk la aku.

Alhamdulillah scorecard aku boleh tahan cantik la. Tinggi sikit dari atas pagar.

Btw appraisal neh biasala, yang akan menentukan bonus tahun depan, insyaAllah kalau ada rezeki, memintak murah la rezeki. Aku suka bab-bab pertambahan angka dalam akaun neh. Whee~~

Jadik, turn aku tak ambik masa yang lama sangat sebab alhamdulillah kebanyakan elemen aku meet percentage yang minimum. Justeru selamat la sikit GL aku dari komen bebanyak.

Yey saya budak baik. Lalalalala~ Haha.

The other good news is, finally, my mum said yes for my trip next year.

Walopon mak aku maklum aku sangat la suka berjalan sana sini, tapi beliau kurang berkenan dengan hobi aku yang satu tuh.

Alasan beliau? Heh, kononnya tuh salah satu punca kenapa aku masih blom ikut jejak Arjuna.

Daa. Arjuna & me is sooooo different you cant compared us to each other, I love money more so I didnt really mind being order around instead of Arjuna who loves freedom more, he rather works by himself instead of work for people.

Baik abaikan aku yang start merapu bila it comes about Arjuna.

Btw, next year aku ada satu trip mission impossible my 1st ever oversea trip. Insya Allah andai takde aral lah.

My mum against it most. Sangat la beliau tak suka. Banyak sangat alasan pepelik dibaginya kenapa aku tak perlu pegi.

Dan aku pon penat nak bagi alasan macam-macam nak pujuk beliau. Dah berbulan aku buat drama ayat pujuk tapi harammmm nak jalan.

Tapi kali neh, all the sudden, mak aku cakap, "Pegi lah. Jaga diri leklok. Sementara masih sihat tubuh badan."

I was surprised.

She never changed her mind. Or her decision. Once no is forever no. Tatau cemana beliau boleh tukar pikiran kali nih.

Rasa macam sebeban batu tergalas selama neh hilang. Lega seadanya.




P/S: Anehnya perasaan neh. Tapi alhamdulillah sangat. Alhamdulillah..

Rabu, 26 Disember 2012

26 Dec

26th December.

It's one of my sister's birthday. Happy birthday to her, may blessed always. Not an underage anymore, so dont be a cry baby anymore. Please stop messing up with MAW anymore, he's just 5.

**********************

Lagi 5 hari ke tahun baru. Masa sangat cepat, tau-tau je dah tahun baru lagi. Tuh pon kadang masih tersasul tulis tarikh bertahunkan 2011, ni dah nak 2013.

Satu masa dulu aku pikir 2000 adalah masa yang takkan tiba.

Dan dalam cerita kartun 2020 selalu dibayangkan kereta dah tak lagi berada di jalanan, sumenya terbang di celahan bangunan pencakar langit, tapi 2020 hanya lagi 7-8 tahun dari sekarang, kenderaan sekarang masih jauh dari nak berterbangan bagai.

Besar kemungkinan kereta masih beroda empat 7-8 tahun lagi. Dan motosikal masih lagi dikenali sebagai salah satu kenderaan di Malaysia. [harap Cik Tenuk masih sehat waktu tuh]

Impian aku 8 tahun lagi adalah, kalau rezeki umur panjang dan murah rezeki dalam dunia pekerjaan, aku harap dah mampu tunaikan fardu haji waktu tuh. Heh, dah cukup dewasa waktu tu, dan harap masih sihat tubuh badan.

Itu adalah impian.

Cita-cita, memiliki aset demi menjamin masa depan andai umur panjang.

Harapan sampingan, semoga tak terbelenggu dengan hutang keliling pinggang. Buat masa sekarang alhamdulillah dah setelkan Cik Tenuk jadi beliau secara rasminya dah sebulan milik mutlak aku. ^^

(Err.. hutang adalah tak mampu nak elakkan demi sebuah aset masa depan katanya, tapi asal tak keterlaluan maka kira okeh la.)

Impian, cita-cita, harapan. Sume untuk 8 tahun akan datang.

Azam tahun depan?

Heh, I hope I can find the lost me.
Dan, semoga bertabah & redha segala ketentuan. Whee~

Oh ya, sila kurangkan sket tahap kebongkakan, yer. It's the worst about you.



P/S: Berhenti berharap kadang perlu untuk sesuatu yang bersifat ilusi & mustahil.