Rabu, 26 Disember 2012

26 Dec

26th December.

It's one of my sister's birthday. Happy birthday to her, may blessed always. Not an underage anymore, so dont be a cry baby anymore. Please stop messing up with MAW anymore, he's just 5.

**********************

Lagi 5 hari ke tahun baru. Masa sangat cepat, tau-tau je dah tahun baru lagi. Tuh pon kadang masih tersasul tulis tarikh bertahunkan 2011, ni dah nak 2013.

Satu masa dulu aku pikir 2000 adalah masa yang takkan tiba.

Dan dalam cerita kartun 2020 selalu dibayangkan kereta dah tak lagi berada di jalanan, sumenya terbang di celahan bangunan pencakar langit, tapi 2020 hanya lagi 7-8 tahun dari sekarang, kenderaan sekarang masih jauh dari nak berterbangan bagai.

Besar kemungkinan kereta masih beroda empat 7-8 tahun lagi. Dan motosikal masih lagi dikenali sebagai salah satu kenderaan di Malaysia. [harap Cik Tenuk masih sehat waktu tuh]

Impian aku 8 tahun lagi adalah, kalau rezeki umur panjang dan murah rezeki dalam dunia pekerjaan, aku harap dah mampu tunaikan fardu haji waktu tuh. Heh, dah cukup dewasa waktu tu, dan harap masih sihat tubuh badan.

Itu adalah impian.

Cita-cita, memiliki aset demi menjamin masa depan andai umur panjang.

Harapan sampingan, semoga tak terbelenggu dengan hutang keliling pinggang. Buat masa sekarang alhamdulillah dah setelkan Cik Tenuk jadi beliau secara rasminya dah sebulan milik mutlak aku. ^^

(Err.. hutang adalah tak mampu nak elakkan demi sebuah aset masa depan katanya, tapi asal tak keterlaluan maka kira okeh la.)

Impian, cita-cita, harapan. Sume untuk 8 tahun akan datang.

Azam tahun depan?

Heh, I hope I can find the lost me.
Dan, semoga bertabah & redha segala ketentuan. Whee~

Oh ya, sila kurangkan sket tahap kebongkakan, yer. It's the worst about you.



P/S: Berhenti berharap kadang perlu untuk sesuatu yang bersifat ilusi & mustahil.

Tiada ulasan: