There's this friend.
A friend of mine since... almost 10 years. [wow baruku sedar sudah lama rupanya]
Kawan sejak zaman sekolah menengah. Biasa la kawan zaman skolah, zaman masih hingusan dengan sepak terajang dunia, ada la masa mesra gaduhnya.
Sebetulnya kitorang kawan yang tak penah bergaduh, beliau seyesly sorang budak inesen yang sangat baik. Cuma, kata orang, air yang tenang jangan disangka takde buaya.
Langit yang cerah takkan mungkin selalunya terang, musim teduh akan datang tiba ketikanya.
Gitu lah, selepas hampir tiga tahun, friendship tuh teruji. Dan kerana yang diuji waktu tuh adalah sorang budak hingusan yang menyangka segalanya bagai teori sebuah buku teks, bak ceritera Komsas, setiap cerita berkesudahan baik-baik saja, maka apa yang dikatakan friendship tuh tergugah jugak la sekejap.
Lalu, bila masa berlalu, makin matang mungkin, lalu apa yang pernah retak tuh cuba dipulihkan semula. Andai tak seerat dulu pon tak kesah lah, asal sekurang-kurangnya takde yang perlu buat u-turn bila tiba-tiba terserempak di jalanan.
Itu pon selepas hampir tiga tahun, mungkin. Dan ikatan yang pernah seketika terjeda berlangsung semula. Bertemu & bersembang apa adanya, walau jauh dalam satu sudut masih ada kekekokan dek segala macam kata cerca yang pernah terucap.
Sungguh, kerana santan pulut binasa. Kerana bicara badan merana. Kerana kata-kata muka malu sampai bila-bila.
Kesudahannya, beliau masih adalah sorang kawan. Kawan yang inesen.
Kawan yang mengajar erti - never ever judge people from the way they act.
Kawan yang sampai bila pon takkan ada penggantinya. Sorang kawan yang tatkala sesuatu itu meletakkan jarak antara kitorang, bermula situ tak penah jumpa sesape seperti dia.
Heh.
Tapi seyesly, walau beliau takkan mungkin tiba di laman neh, sungguh, hakikat takkan berubah. Sekurang-kurangnya hingga sekarang, ia tak berubah.
P/S: Would appreciate if no such thing as awkwardness between us. But who am I to ask for that.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan