Selasa, 18 Disember 2012

MCQ

Multiple choices kadang bukan la sesatu yang terbaik. Ada lebih dari satu pilihan, dan dalam banyak hanya ada satu paling tepat. Cuma SATU. Salah pilih maka salah la, betul, maka betul la. 

[sebab tuh dalam exam MCQ adalah membunuh, instead of soalan struktur. whee tak pasal-pasal pasal exam plak]

Selain exam, contoh MCQ yang paling femes dalam real life adalah when it comes about jobs & partner.

Jobs. Bagi orang yang zaman pembelajarannya gempak & superb, hakikatnya zaman memilih kerjaya adalah sukar.

Antara keinginan sendiri & kehendak orang lain. Orang lain yang merujuk kepada keluarga yang sentiasa di sisi walau apa saja, dan masyarakat sama ada yang selalu memberi kerjasama membangun atau yang lebih gemar mengkriritik tak kira apa saja.

Partner. Dalam hal neh, takde sesapa ada kelebihan. Walau selalunya yang hensem/hot/jelita/menawan dikatakan ada pilihan yang terlalu banyak, tapi still, untuk MCQ, jawapan tepat hanya satu.

Jadi jawapan kepada apa, atau siapa, bergantung kepada yang bertanggungjawab memilih. Bak kekata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Andai pilihan tuh bukan yang tepat, masyarakat mungkin simpati, tapi yang menanggung kesan & natijah, patbelas kali lebih menderita.

Tapi, kerana ini bukan exam paper, maka pilihan yang salah dalam MCQ, masih ada unsur-unsur simpati yang selalunya hanya ada untuk soalan struktur, which is, you can always fixed it.

Bagaimana mau memilih, hampir sepenuhnya bergantung pada yang memilih. Cuma, kerana hidup ni perlukan masyarakat, maka banyak yang perlu dipertimbangkan.


p/s: Tetibe teringat Leslie Cheung yang bapak hensem tapi memilih untuk bunuh diri sebab depresi. Walhal ada sangat banyak cara untuk handle depresi tanpa tamatkan riwayat sendiri.

Tiada ulasan: