Isnin, 3 Disember 2012

Emergency Leave

Emergency leave aka EL yang selalu aku paham secara teorinya suatu ketika dulu ialah apa-apa saja yang berkaitan keluarga contohnya kemalangan atau kematian yang memestikan ambik leave secara serta merta tanpa pemberitahuan terlebih dulu.

Kemudian, berada dalam dunia pekerjaan, pemahaman baru, EL adalah bila berlakunya sesuatu di luar jangka, yang juga berlaku tanpa sebarang notis awal.

Tapi tatkala teraplikasi pada aku ialah, bila Cik Tenuk tercedera.

Yer, beliau pancit buat kali kedua dalam jarak masa kurang sebulan. Yang pertama dulu menyebabkan aku terlambat ke opis untuk kali pertama, penyebab waktu tuh adalah tusukan paku sepanjang jari kelingking & sebatang lagi paku kecik panjang separuh jari kelingking.

Yang kedua neh, kerana shift awal & bengkel blom dibukak serta silap percaturan menyebabkan terpaksa EL.

Heh, EL pertama tahun nih dan penyebabnya adalah Cik Tenuk.

Terer btol beliau neh. Nothing caused me EL except for Cik Tenuk neh. Tapi, kerana beliau Cik Tenuk yang diperlukan & selalu memahami, takpe, kali nih bagi muka. Tapi no more next time tau. Next time beta tinggal jeh sorang-sorang kesejukan bawah hujan. Huh~




P/S: Kali kedua adalah dek kaca. Mungkin terpijak (?) [ke terlanggar] dua tiga hari lepas masa gi keje yang kebetulannya ada eksiden kaca-kaca berselerakan kat permukaan jalan.

Tiada ulasan: