Isnin, 10 Disember 2012

Bulan-bulan Gerhana di Tok Bali

Bercuti di kampung setelah berjaya mendapatkan AL dengan penuh drama.

Kali ni pon balik kampung hosmet jugak yang hantar, kakak Shunny & kuda putihnya. Punya la ramai umat manusia balik Terengganu/Kelantan, sampaikan bas aku trip pukul 10pm dah sampai pukul 945pm tak dapat masuk stesen sebab bas kat depan belom kua.

Dah ala-ala raya haji hari tuh. Dalam 1030pm baru bas gerak.

Sampai macam biasa la pagi Sabtu, malamnya tah tetibe Si Arjuna ajak gi ramai-ramai bakar sate kat Tok Bali. Ke sana usai Isya' dengan 3 kereta. Walopon dalam perjalanan hujan kemain lebat sampai jalan tak berapa clear, tapi alhamdulillah tiba di Tok Bali hujan reda.

Kelakarnya, masa tengah kekemas nak balik, sepupu aku ternampak 'bulan gerhana' katanya. Beriya la kaum-kaum ibu pakat tengok. Cantik kata deme. Dan masing-masing mula mengira berapa haribulan hijriah malam tu.

Bila aku mendongak, aku perasan ada 'beberapa bijik bulan'. Masa tuh pelik jugak tapi mungkin la effect rabun menyebabkan aku nampak bukan-bukan, jadi aku diamkan & tak masuk campur perbincangan 'bulan' kaum ibu-ibu.

Lalu bila kaum suami-suami muda mendongak, masing-masing tergelak.

"Itu bukan bulan lah!" kata si Arjuna. "Bulan hapenya sampai tiga-pat bijik macam tuh." sambungnya.

Dan-dan tuh jugak sepupu aku yang memula nampak bulan tadi jadi cuak.

"Itu bebenda hape tah yang ada kat tiang letrik la!" kata deme.

Masing-masing baru berani gelak.



P/S: Malangnya kamera habis bateti nak snap gambar 'bulan-bulan gerhana.'

2 ulasan:

Hime berkata...

Kenapa kak azi jadi shunny?anehnya

nmEsfie berkata...

Sebab sunny kan adik kesayangan beliau...