Rabu, 12 Disember 2012

Kembali ke Sekolah~!

Whee~!!

Lambat lagi kan cuti skolah habis, tapi cuti sekolah atau tak macam la ada kaitan dengan aku sorang yang bekerja tak kena mengena dengan sekolah atau alam persekolahan.

Tapi, kerana si MAW tuh masih bersekolah, jadi bila keluar, matanya sebok je terpaku kat beg-beg sekolah. Tak menahan demand nak beg sekolah Ultraman. Dan beg tuh siap ada tayar lagi.

Motip nak bertayar bagai walhal belom pon darjah satu? Mengada la sangat.

Tak habis-habis dengan Ultraman beliau.

Dek taksub dengan Ultraman yang mampu berterbangan, beliau penah sekali cuba melompat parit sedalam hampir semeter setengah dengan kelebaran hampir semeter, dengan sangkaan beliau akan mampu berterbangan semacam Ultraman kepala pelik ada lampu-lampu tuh.

Lagi teruk, musim tersebut adalah musim tengkujuh & parit dipenuhi air.

"Saya nak terbang!" jeritnya pada mak aku yang sedang bersihkan rumput di sekeliling ubi kemili, sambil terus melompat.

Harus orang tua terkejut hampir luruh jantung bila serentak beliau menjerit 'jangan', si MAW dah pon melompat penuh gagah.

Parit tuh walopon tak sampai semeter setengah, tapi dasarnya berlumpur dalam. Anda akan tenggelam andai turun, tenggelam hingga ke dasar tanah yang belom jadik lumpur. Dan sekali lagi, ia adalah dalam.

Kalau setakat berketinggian macam aku atau kakak Shunny [yang selalu cakap lagi tinggi dari aku tuh], memang sah tenggelam.

Alhamdulillah, entah cemana, boleh plak lompatan budak tiga/pat tahun tu, lepas. Tuh pon, aci-aci cecah seberang parit je.

"Oh, dalam," kata si MAW bila ala-ala je cecah seberang sana. Dengan muka pucat.

Dan sejak situ la, beliau belajar bahawa parit tuh dalam, dan lebih penting, Ultraman hanya terbang di kaca TV. Di luar, adalah tak mungkin untuk terbang.

Still, Ultraman masih peberet beliau.

Oh, beg Ultraman bertayar tuh?

Malam sikit aku nak belikan. Beli beg biasa sudah, fungsi nak letak buku je kan. Jangan demand, aku dulu bawak plastik jeh taruk buku zaman seusia beliau.

Dan, sekolah belom nak bukak lagi, lenkalik je belikan.


P/S: Erk, baik. Aku bawak beg galas bodoh je, gantung kat leher, sambil naik basikal. Takde la ke tahap bawak beg plastik. Hehe~

Tiada ulasan: