Novel keluaran FIXI.
FIXI - penerbitan yang memestikan hanya sepatah perkataan selaku tajuk, dan konsep bahasa adalah santai & up to date.
Justeru, pada yang gemarkan ayat ala-ala Alaf 21, atau ayat-ayat berbunga penuh, tatabahasa yang skempus, serta olahan ayat serba gempak, anda bukanla kelompok pembaca sasaran FIXI.
Setakat ni novel keluaran FIXI yang aku baca sumenya tak menghampakan, terutama pada jalan cerita yang fresh dan berbeza dari kebiasaan.
GERGASI, tulisan yang aku terlupa nama penulisnya [setelah digugel namanya ialah Khairul Nizam Bakeri), berkenaan Betara Waja, atau sebuah robot bersaiz gergasi yang seketika muncul di tahun 1511, tepat pada waktu Melaka diserang Portugis, dan kemudian muncul semula di abad-21, di kota ibu kota Kuala Lumpur.
Jalan cerita yang bermain dengan masa & memori, pengkhianatan & penindasan terhadap watak utamanya, perkembangan setiap satu watak dengan cukup baik, dan ending yang selamat.
Padanan teknologi masa depan & sejarah masa lalu, perincian aksi peperangan antara robot, sedikit tentang cyborg, dicanai sebaik mungkin & cukup rencah untuk menghalang dari berhenti membaca.
Cuma, kerana satu masa penah jugak aku taksub dengan game Starcraft, aku perasan elemen perang, taktik & teknik Starcraft agak ada dalam novel nih. Sangat comel bagaimana segerombolan askar murahan (yang boleh dibentuk dengan beberapa puluh mineral asas - hanya pemain Starcraft maklum istilah neh, mianhe) - disuntik 'nyawa' & emosi oleh penulis, dan bagaimana fokus & tumpuan dorang hanya pada misi utama diperincikan, dalam masa yang diselitkan sama semangat juang ketuanya yang mana 'nyawa'nya lebih berharga dan mesti dipertahankan.
A touch of natural elemen - cinta & kasih sayang serta keperimanusian - tak dikecualikan, tapi penulis mengulas tanpa penekanan yang berlebihan, just nice katanya.
Sangat daebak.
FIXI, I got you in my list. Whee~~
But I will need to make a space dalam gobok buku since it's full.
P/S: Btw, Aku Bercerita RAM bila nak kua? Tak sabar neh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan