Sabtu, 29 Disember 2012

Cancel

Sepatutnya hari ni adalah off day.

Tapi semalam, sehari sebelum semalam, sehari sebelum semalam-semalam, dan hari sebelum semalam-semalam-semalam, call sangat la queue nak mampus.

Service level turun mendadak. Without any special reason. Sume was in order tapi call dah macam air laju tatkala empangan pecah.

Dah la dah dekat hujung bulan, hujung tahun pulak. Jadi untuk mengelakkan kesan buruk kepada service level kesayangan ramai tuh, maka aku antara yang dimintak keje pada hari ni.

Half day je pon.

Sebenarnya aku tanak. Sebab malam tadi adalah masa menonton wayang dengan adik aku yang rare dapat jumpa tuh, dan cadangnya nak merendek sejam dua dengan beliau pagi ni memandangkan beliau masuk keje belah petang hari ni.

Tapi kerana terpaksa, maka aku pon rela la jugak nak keje hari ni, 1100 - 1500.

Justeru pagi ni bangun ler awal sikit, gi hantar adik aku balik rumah sewa beliau dan terus ke opis dari sana.

Sampai opis, walopon kelihatan cam lebih sebok dari hari biasa, tapi nampaknya volume call tak sedahsat yang dijangkakan. Jadik sambil menyiapkan yang mana keje pending, aku keluar sat dan masuk balik. Kebetulannya lalu area seat scheduler - inche-inche yang mem-plot-kan jadual kitorang.

Macam terdengar nama aku disebut tapi sebab kadang-kadang pendengaran pon boleh jadik ilusi maka aku abaikan jeh la.

Baru duduk-duduk sambung keje pending tetibe salah sorang kak scheduler datang.

"Kalau akak cakap, agak-agak marah tak?" tanyanya, macam awek-awek nak mintak pakwe belikan blaus baru.

"Uh-kenapa?"

"Mesti marah kan?" katanya lagik, sambil senyum-senyum, masih dalam mode awek buat aksi cute sebab terbalingkan ipad pakwenya ke dinding.

"Kenapa?" cuak la jugak pasal masa masuk keje tadi terpakai baju terbalik, ingat ada lagi benda lain yang terpakai terbalik.

"Kenapa?" tanya aku lagi sekali. Risau pulak saya neh.

"Awak dah datang, call tak banyak sangat." katanya, akhirnya.

"Oh, nak cancel OT saya ke?" habit cs, nak jugak teka sebelum orang cakap. Clarify & confirm kononnya.

"Aa. Mesti marah kan, awak dah datang."

Err.. syahdu jugak, kalau cakap awal-awal boleh la aku merendek & bangun lambat sikit pagi tadi.

"Baru nak telefon, tengok awak dah sampai," sambungnya, explain katanya.

Aku jeling jam kat PC, 1040 kot, aku masuk kol 1100, tak mungkin la 1040 blom kua rumah lagi. Saje sangat kannn.

"Takdela, tak pape lah. Saya balik jelah." dengan penuh kontra, aku menjawab. Lalalalala~

Jadik kesahnya, gi keje setelkan keje pending sajo, kemudian balik.






P/S: Dan sambung tdo sampai pukul 1500. Heaven sangat.

Tiada ulasan: