31/12/2012
Secara teknikalnya umur akan berganjak satu angka.
[Takde la pape berubah sangat pasal neh sebenarnya, cuma harapannya jangan la umur berubah angka tanpa perubahan minda sekali]
Setelah sedikit review ke belakang setahun dua, ada la sikit perubahan. Dan, err.. cam segan je baca catatan lelama, sangat la kebudaks-budakskan kat situ aigoo malu, malu.
Apa yang akan berubah tahun depan neh adalah, memandangkan TL aku akan ditukar ke bahagian lain, dan beberapa TL dari bahagian lain akan ke bahagian aku, maka secara teknikalnya akan ada change of reporting lagi.
Untuk kali keempat sejak keje tak sampai dua tahun. Ohsem btol. Dan aku, memang 90% kompom terlibat aigoo.
Bak kata salah sorang TL tuh, tak kesahla bawah sesape pon, selagi buat keje dengan baik insya Allah takkan ada pape masalah.
Tak dinafikan sume tuh, tapi, kerana TL tuh jugak orang yang ada cara tersendiri memasing maka selaku bawahan kena la pepandai bawak diri.
Jadik, tahun depan, heh, playing innocent is my way of life. Again. Whee~
Dan, hakikat yang tak ternafikan yang jarang nak diketengahkan, umur makin kurang hari demi hari. Mati makin dekat sikit demi sikit.
Justeru, berubah untuk jadik lebih baik, supaya tenang jalani hidup nan fana, dan aman di alam kekal sana jugak, insya Allah.
P/S: Alhamdulillah, 2012, kebanyakan angan-angan & cita-cita jadik nyata, termasuk satu angan-angan Pak Pandir yang sungguh awkward bila ia jadik nyata, tapi bakal kehilangan dalam masa beberapa hari lagi. Allah knows best for us.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan