Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan

Esok puasa. Tau tau je dah puasa lagi. Cepat je putaran bumi keliling matahari.

Tahun macam biasa puasa lg di tempat sama dengan hosmet yang sama. Dah masuk tahaun ke berape tah.
Kalau ada beza sikit, salah sorang adik aku turut memulakan karier di KL neh ha. Tapi tatau akan punya kesempatan atau tidak bebukak sesame nnti.

Justeru aku mengambik kesempatan ucapkan selamat menyambut puasa. Sesame la memeriahkan puasa nih dengan serba aneka amalan baik.

P/S: Hari pertama puasa bukak puasa tengah jalan gamaknya...

Khamis, 21 Julai 2011

Orientation Session~

Seharian sesi orientasi kat HQ.

Hoh, sejak zaman dedulu sampai sekarang, aku antara yang tak sukakan sesi cenggini. Tak nafikan, sesi neh sangat membantu bagi junior, sama ada dalam sesi belajar, atau pun keje.

Tapi, sesi orientasi jugak adalah medan yang boleh mendatangkan trauma sepanjang hayat. Keadaan tuh boleh diakibatkan oleh certain senior yang bukan je suka membuli malah suka layan junior macam junior adalah spesies parasit yang berpotensi merosakkan bangsa dan tamadun.

Heh, cam senior yang super hebat segala tuh tak penah jadik newbie yang serba tatau.

Justeru, kerana kebanyakan pengalaman masa orientasi atau pape saja program yang dikendalikan senior mendatangkan kenangan serba ngilu, selalunya aku akan cuba mengelak atau kekadang dapat escape ngan jayanya. ^^

Tak kesah la dapat escape sebelum program bermula, atau semasa program berlangsung. Penah je zaman skol menengah aku sangat tak mampu bertoleransi dengan senior yang tak berenti provok peserta yang ada masa tuh tentang betapa kitorang tak reti bersyukur ngan kemudahan yang ada.

Kononnya zaman senior super Saiyan tuh bahan bacaan dan sumber kat library adalah sangat limited, berbanding zaman kitorang yang bahannya lebih banyak. Kata diorang para junior tak bersyukur tak reti maksimumkan penggunaan sumber yang ada.

Dorang pasang CCTV agaknya dalam library tuh dan spend masa tenung rakaman doploh pat jam sehari agaknya.

Dan takleh blah, masa dinner ada masalah sket, ada sket miscommunication antara dorang menyebabkan makanan je sampai, air lak takde. Maka ada la beberapa peserta yang bertanyakan minuman, sopan je kot tone dan gaya yang dipakai, tapi jawapan dari para senior super terer tuh sarkas ala-ala singa terlatih.

"Korang tak leh ke bersyukur apa yang ada??"
Sarkis, sarkas, sarkastik, plastik.

Hoh, susah ke explain je yang air sampai lambat sket. Tak suruh senyum dari telinga ke telinga sambil mintak maap berlagu-lagu syahdu pon, bagitau je apa jadi.

Kebetulan masa tuh aku ada sikit masalah gastrik, tetibe je sakit menyucuk-nyucuk. Maka aku mintak nak balik, tak tahan kononnya. Walhal lebih kepada tak tahan ngan dorang.

Jawapannya adalah, sila bertahan, program masih berjalan. Telan la apa ubat yang ada, saran diorang.

Sah-sah la jawapan tuh bukan jawapan yang saya perlukan.

Kerana itu zaman darah masih menggelegak, maka aku ngan bijaknya tepon bapak aku tengah malam tuh jugak, mintak beliau datang amik.

Waktu masa tuh? 2.30 pagi.

Kerana dini hari macam tuh bapak aku dah tidur, maka aku bertahan hingga subuh esok hari.

Lepas subuh jugak bapak aku datang, depan-depan senior aku seret beg balik. Tapi salah sorang senior super Saiyan berdiri depan aku, mata merah menyala-nyala. Kalo beliau adalah spesies maging, mungkin dah dibahamnya aku.

Heh, sempat bertekak. Kerana bapak aku agak jauh, maka beliau tatau apa terjadi. Yela, kitorang bertekak mulut je. Saling bertentang mata, berbalas-balas cakap. Pakai jurus dalaman je kata orang kampung.

Kesudahannya, tetentu la aku menang. Tuh pun sampai aku balik, mata senior tuh tajam merenung. Kalo mata tuh leh pancarkan laser dah lama terbakar kawasan tuh.

Mana taknya, turn aku provok beliau, berlenggang penuh gaya seret beg.

Aku yang sememangnya tak sukakan orientasi, makin bertambah-tambah rasa tak suka, dan orientasi terus kekal sebagai imej kelam yang menakutkan dalam ingatan.

Zaman asasi, kerana kedudukan asasi yang sangat la sejengkal dengan rumah, maka aku selalu berpeluang balik tanpa sempat orientasi bermula. Malah, zaman tuh aku lebih kenal batu kerikil kat jalan tar sepanjang asasi ke rumah dari muka-muka para senior.

Zaman keje, tak mampu nak lari. Kena la hadapi apa yang ada. Cuma zaman keje neh tak lalu la orang-orang besar tuh sume nak dera-dera junior. Justeru seharian neh dipenuhi dengan talk, talk, dan talk.

Sikit sebanyak masuk la otak, walopon tatau la input yang masuk tuh lebih banyak atau mungkin lagi sikit compare dengan sesi makan yang tak berenti.

Breakfast, nescafe/tea & kueh 2 jenis.
Minum pagi, nescafe/tea & mee goreng + karipap.
Lunch, nasik puteh, ayam masak merah, tauhu sambal, sayur, fishball soup, ulam, sambal belacan & air oren.
Minum petang, nescafe/tea & kueh 3 jenis.


P/S : ^^

Jamuan Puasa~

Salah sorang adik aku cakap, baby je yang tidur 10 jam ke atas. Dan beliau penah samakan aku ngan baby.

Sleeping Baby : Google

Tang tidur je. ^^

Salunya tdo ala-ala hibernate neh time off je. Tapi sesekali buat masa keje best jugak.

Sebelum kul 2000 tidur, bangun menjelang 0630. Keke~

Penat tang apakah tatau la.

2 hari lepas opis ada buat makan-makan. Mewah kot. Nasik apa tah, yang kaler-kaler pastu ada kismis-kismis bagai tuh, lauk siap ada 3 jenis ngan 1 sayur.

Ayam masak rendang, ikan bersos thai, udang masak merah ke masak sambal tah, yang pasti kaler merah. Sayur kubis bunga ngan brokoli. Kendian pencuci mulut lak tembikai susu. Air lak, iced lemon tea.

Iced lemon tea neh tak bape mesra kat anak tekak aku, tapi pas pekena segelas, balik keje tuh trus singgah kedai beli setin, dan masih selamat dalam peti ais sampai sekarang. ^^

Kata senior jamuan tuh jamuan nyambut puasa.

Perghhh. Jamuan sambut puasa camtuh, jamuan raya karang tatau la.


P/S : Dah mandikan si Tenuk petang tadi, dah syomelll~! ^^

Ahad, 17 Julai 2011

Cerita Pendek : Cerita Lapan

Last Part~

CERITA LAPAN


“Puan Salmiah, anak puan dah sedar!”
Bagai disimbah air dingin, mata Puan Salmiah terbuntang. Bibirnya terkunci, tapi langkah terus diperlebar. Ada setitis air hangat mengalir dari kelopak mata kirinya. Hatinya disapa sebak. Pilu dan kesyukuran berbaur jadi satu.
“Amirah, kau sedar juga.. mak dah takut separuh mati, siang malam mak berdoa mintak dipanjangkan umur kau nak…”
Tubuh Amirah diraihnya ke dalam pelukan. Dikucup kedua- dua belah pipinya, dahinya, ubun-ubunnya, lambang kasih ibu yang tiada tara. Esakan di mana-mana.
“Mak…kenapa Miera kat sini? Apa dah jadi? Kenapa kaki Miera macam ni mak?”
“Miera accident sayang. Kaki Miera patah, kena simen, tapi nanti boleh baik,” Puan Salmiah mengusap ubun-ubun anak kesayangannya. Dikirai-kirai rambut Amirah yang separas bahu.
“Miera mimpi macam-macam mak, ada suara…”
“Miera koma, seminggu.”

Amirah teringatkan daerah kontang yang ditempuhnya sepanjang komanya. Banyak benarnya. Dia pasti, itu petunjuk supaya dia belajar dari silapnya. Selama ini, Amirah memang seorang yang selalu menghambakan diri kepada nafsu ingin tahunya. Malah, dia bukanlah seorang yang tahu menghargai apa, atau sesiapa di sekelilingnya. Pengalaman aneh itu, seperti memberi ruang kepadanya untuk berubah.

Amirah terkenangkan Haslia. Serta merta dia dirundung sayu.


EPILOG

Masing- masing membisu tanpa bicara. Hanya angin yang berhembus malas. Haslia menoleh. Amirah masih kaku pada posisi yang sama.Haslia menarik nafas panjang lalu diluahkan perlahan. Cuba bertenang. Mengimbas- imbas semula luahan mereka beberapa detik tadi. Tiada apa lagi. Semuanya dah dikatakan. Lunas.

“Miera, saya mahu peluang kedua untuk persahabatan kita,” ujarnya dalam satu nafas. Jelas menyatakan hasrat yang tertanam.

Amirah masih pegun. Seketika dia memberanikan diri beradu pandang dengan Haslia.
“Selama ini saya hanya melihat setiap sesuatu dari sudut yang saya mahu, tapi hari ini, setelah memandang dengan mata hati, saya yakin, tak kira berapa banyak kita lakukan kesilapan, yang penting ialah mengakuinya, dan bertekad takkan ulangi kesilapan yang sama. Haslia, saya juga mahukan peluang kedua.”

Haslia terpempam. Huluran tangan Amirah disambutnya. Ada keikhlasan di saat menyalaminya erat.
Amirah…terima kasih kerana berubah akhirnya. Alhamdulillah hai Tuhan!



P/S : Benda neh tertulis apabila aku diminta jadik wakil kelas untuk sebuah pertandingan cerpen. Pertandingan tuh plak sebenarnya ada tema, HIJRAH.

Dan tatau macamana cerita neh menang tempat ketiga.

Sampai sekarang blom ada tajuk. Hoh~

Antara kali terakhir tulis cerpen, sekarang kematian idea trus. ^^

Jumaat, 15 Julai 2011

Flat 3A : A Review



cr : uploader

Flat 3A.

Tayangan hari nih. Asalnya cuak nak tengok, sebab takut sama je ngan cite-cite Melayu seram lain.

Tapi nampaknya RM11 dan off day hari nih berbaloi jugak.

Kalau sebuah movie disamakan ngan sebatang pokok, maka cerita neh adalah sepohon yang banyak dahan. Filem neh fokus pada dahan demi dahan, yang mulanya kelihatan seolah-olah dahan-dahan dari pokok berlainan.

Cabarannya adakah dahan-dahan tuh boleh disatukan sebagai pokok yang sama yang berkongsi akar yang serupa.

Dan pengarah filem neh berjaya dalam cabaran tuh.

Filem neh kisah sepasang kekasih yang gugurkan kandungan luar nikah diorang, dan si perempuan yang dihantui rasa bersalah kerap nampak yang bukan-bukan, hingga la berpindah ke rumah baru.

Rumah baru tuh blok 4, tapi ada certain tempat no 4 tak digunakan, maka blok tuh namanya blok 3A.

Rumah yang disewa tuh plak adalah milik sorang bomoh pemes kat kawasan tuh, yang mana bomoh tuh tetibe hilangkan diri. Justeru penduduk kat situ pelik jugak cemana ada orang leh menyewa kat situ.

Bermula kat situ la, si perempuan tadi terjumpa ngan sorang budak pompuan masa gi buang sampah.

Budak pompuan tuh adalah budak yang hilang sejak 3 bulan sebelum tuh, yang mana sebenarnya dah mati pun.

Mak budak tuh plak, dah nyaris nak gila pon hari-hari tunggu orang pulangkan anak dia. Adik si ibu neh, adalah sorang yang berkebolehan bantu orang kerasukan dan seantara dengannya.

Memula aku pikir cite nih pon akan sama ngan cte lain gak, di mana scene yang baik lawan yang jahat akan berakhir dengan bacaan ayat suci kumat kamit, dan berakhir ngan bukaan tapak tangan dengan laungan Allahuakbar.

Tapi tidak. Ayat Quran dibaca ngan jelas, dan tak kesah la sama ada yang bacanya tuh memang pelakon tersebut atau dubbing, tapi kat situ ada bezanya. Kalo tak asal baca je mulut kumat kamit, tang baca mantera bukan-bukan gigih pokus kat mulut, berusaha sangat nak bagi penonton dengar memenda pelik tah pape tuh.

Dan pada satu babak mulanya jugak aku pikir cte nih adakah sama ngan cte Khurafat yang mana pokok pangkal kesah tersebut adalah kisah silam watak utama?

Tapi jugak tidak.

Cte neh adalah kisah yang boleh diterima akal. Bermula dengan kegilaan kepada harta, yang mengheret kepada perkembangan jalan cerita.

Personally aku menilai sesebuah cte adalah pada ending, yang mana andai endingnya boleh memberi jawapan pada hampir 2 jam berteleku dalam panggung nan sejuk, maka ia adalah cte yang baik bagi aku.

Apahalnya aku tengok cte nak release tension tetibe kua panggung masih pikir-pikir cemana nak kaitkan satu babak ngan babak lain, dah satu keje namanya.

Keke. ^^


P/S : Berapa bintang nak bagi? Heh, aku alergik bab-bab bintang neh.

Cerita Pendek : Cerita Enam

CERITA ENAM

- Sunyi, Amirah?
Suara ghaib itu terdengar semula. Amirah bingkas bangun, melilau- lilau.
- Berhenti mencari, Amirah. Aku di sini, seperti tadi, tapi kau takkan menemuiku, selagi kau tak mampu melihat dengan mata hati.
‘Mata hati?’
- Maukah kau dengar kicauan burung, desiran angin, aliran air? Maukah kau lihat alam yang berwarna- warni, dan hilangkan kabus ini? Maukah, Amirah? Maukah kau berteman, Amirah?
‘Aku mahu pulang…pulangkan seluruh hidup yang aku nikmati sebelum ini…aku merayu! Pulangkan aku ke tempat asal!’
Amirah memekik. Burung- burung yang sedang hinggap di ranting terkejut dan segera terbang menjauh.
- Belum fahamkah engkau, Amirah?
Diam. Hanya esakan kedengaran.
- Tadi, kau mendengar irama alam, bila kau mendengar bicaraku, dan aku mendengar ceritamu.
Senyap. Masih mengongoi minta dihantar pulang. Tapi dalam masa yang sama Amirah mula memasang telinga.
- Apabila kau bercerita, kau mahu orang mendengarnya. Begitu juga, apabila orang lain bercerita, kau harus mendengarnya. Inilah komunikasi. Sebaliknya, jika hanya seorang yang berbicara seenaknya, sedang yang lain harus membisu seribu kata, itu monolog ertinya. Kau hanya bermonolog, untuk dirimu!
Amirah tergamam. Kata- kata itu entah mengapa menusuk ke hatinya.
‘Jadi…apabila aku memaksa, dan kau terdiam, maksudnya aku perlu menghormati hak itu?’
- Benar. Seperti engkau, orang lain juga punyai rahsia yang mengaibkan untuk dikongsi kepada semua. Dan seperti engkau, orang lain juga benci didesak!
Amirah tertunduk.
‘Tapi aku selalu mendesak. Jika gagal, aku merajuk. Dan dengan itu, aku dapat memenuhi rasa ingin tahu tentang sesuatu.’
- Hahaha!
‘Aku selalu memalukan sahabat- sahabatku. Selalu mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Malah, aku tak mahu mereka lebih dari aku.’
- Hahaha!
‘Daerah kosong ini, seperti dunia yang aku cipta dalam diriku. Aku hanya melihat apa yang aku mahu lihat, dari sudut sendiri. Aku tak pernah mahu melihat dari pandangan orang lain.’
- Jalan lurus ini, adalah jalan yang kau lalui atas kelukaan orang lain. Kau selalu melukakan perasaan teman- temanmu, tapi kau tak mau menyedarinya, sebaliknya, kau selalu merasa terluka jika sahabatmu enggan menurut keinginanmu. Inilah jalan lurusmu, tanpa mau memahami orang di sekitarmu!

CERITA TUJUH

Penghujung 2005

“Saya pun tak sibuk- sibuk nak tau, kenapa pulak awak sibuk?! Lain kali buatlah lagi! Menyusahkan orang je tau tak! Bodoh!”

Bodoh!
Kata- kata itu terngiang- ngiang di telinganya sejak semalam. Malah, saat kertas Bahasa Arab bermula, Haslia masih mampu mendengar dengan jelas herdikan amarah Amirah.

Haslia gagal menahan dirinya dari terus mengepung sabar. Tiga hari yang sudah, Amirah kelihatan cukup sugul. Sepertinya terlalu memikirkan kewarasan perbuatan Liana terhadap mereka. Pernah beberapa kali, Haslia dan Sara terlihat Amirah menangis di bilik air. Matanya merah kesan tangisan, tapi Amirah menafikan apabila ditanya. Malah, Haslia perasan, Amirah mulai tak berselera menjamah makanan.

Pembacaan Haslia terganggu. Ketenangannya menelaah pelajaran demi menghadapi SPM yang sedang dijalani, tergugat. Haslia sedar, dia perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semangat Amirah. Dia mahu Amirah bangkit semula. Untuk Amirah, dia akan pastikan Liana berikan penjelasan yang sewajarnya kepada Amirah. Haslia nekad, walaupun sebenarnya dia meletakkan persahabatannya dengan Liana, malah persahabatannya dengan Amirah, dalam risiko.

Niatnya suci, cuma Haslia salah perkiraan. Malam itu, beberapa jam sebelum mereka berempat menghadapi subjek seterusnya dalam SPM, Sara mendedahkan kebenaran. Pahitnya kenyataan, bagai duri dalam daging. Walaupun melukakan, segalanya Haslia telan tanpa tangis. Hanya batinnya yang merintih sakit.

Rupanya selama ini, tangis Amirah, adalah kerana bencikan dirinya.Amirah memang seorang yang dimanjakan, maklumlah, satu- satunya anak perempuan. Mungkin kerana itu dia terdidik, tak siapa boleh melebihi kemampuannya. Sedangkan sepanjang SPM, Haslia kelihatan cukup tenang, walaupun hatinya tak lepas bergelora bergelora bimbang. Seingat Haslia, Amirah pernah menangis di hadapannya, dan dia, lantas menarik tubuh gadis itu ke pelukannya. Hangat terasa tika air mata Amirah menitis ke bahunya.

Amirah…penghinaan apakah ini? Kau bencikan aku, tapi menangis di pelukanku? Lalu, untuk apa mempelawaku tinggal bersama menyewa di bilik ini jika dengan menatap wajahku bisa membius seluruh kesabaranmu?

Haslia gagal menemui jawapan.

Tiga bulan berlalu, sepantas kilat yang memancar bagi mereka yang berlumba- lumba dengan waktu. Sepanjang tiga bulan, Haslia bagai menokhtahkan hubungannya dengan Amirah. Seperti tiada ruang walau seinci untuk Amirah dalam dirinya. Bukan lagi gurisan yang mencalar, bahkan nyalaan yang membakar.

Siapa sangka, Amirah dan Liana kemudiannya sama- sama mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke tempat yang sama, Pusat Matrikulasi Kulim, Kedah. Sara dan Kamilah bagaimanapun lebih senang memilih untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam. Bagi mereka, Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) adalah matlamat sebenar. Haslia sebaliknya diterima masuk ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Indera Petra, dalam jurusan Diploma Syariah.

Persahabatan…siapa kata mampu berkekalan selamanya?

Rabu, 13 Julai 2011

Mona Lisa by MBlaQ


Mona Lisa - MBLAQ
cr : jtunecamp

Baik, addict ngan lagu neh.

Group neh bawah Rain, dan tatau kenapa group yang debut sama ngan Beast neh macam kurang menyerlah sket.

Mungkin lagu-lagu yang agak ke-Rain-an?

Tatau, cuma personally aku memang lebih attract ngan Beast.

Tapi yang menarik minat balik ialah, mini album yang neh cam best la gak.
Nih mini album ketiga dorang. First mini album Oh Yeah best, kendian 2nd mini album, Y, pun best, cuma maybe masa tuh ramai yang comeback maka dorang neh agak tenggelam sket. Dan lepas agak lama baru ada mini album ketiga neh.

Seung Ho yang tetibe nampak sangat hot plak ngan rambut camtuh, ala-ala bad boy pon ada . ^^

Thunder yang makin banyak part, dan suara dia not bad la. Dan tatau nape sama ada aku yang pasan atau memang Joonie part dia tak banyak.

Rap Mir yang makin best. G.O? Cam biasa, suara beliau memang best pon. Tapi imej tuh? Hoh, cam something wrong somewhere.

Dan lagu antara yang aku gigih carik liriknya. ^^
Sebab teruja nak tau kenapa Mona Lisa jadik tajuk.

Mona Lisa

Hangul

Leggo everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala Oh
Lalalalalala

Bฺaby say yeah yeah yeah yes
Don't say no no no no
눈을 뗄 수 없어
널 가질수가 없대도 도 도 도
이런 적 첨이야 나를 봐
왜 어딜 봐 불러도
아무 대답 없는 넌 모나리자
여긴 너의 자리야 날 떠나지마

I Know I Know I Know I Know
사랑해 사랑해 사랑한다
태양보다 뜨겁게 원한다
넌 가질 수 없는
모나리자 같아서 두려워

내게 안녕이라 말하지마
그런 눈빛으로 내게 말하지마
Baby SAY YES Baby SAY YES
모나리자 같은 표정을하고
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
난 멍하니서서 바라보고있어

You never Know
니가 내여자가 될지
난 결국 또 너를 바라보게 됐지
아무말 없이 무표정한듯
웃으며 넌 멀어지고있어

I Know I Know I Know I Know
사랑해 사랑해 사랑한다
이렇게 소리쳐 불러본다
넌 가질 수 없는
모나리자 같아서 두려워

내게 안녕이라 말하지마 그런
눈빛으로 내게 말하지마
Baby SAY YES Baby SAY YES
모나리자 같은 표정을 하고
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
난 멍하니서서 바라보고있어

널 만질수는 없지만
널 가질수는 없지만 널원해

everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody
in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala Oh
Lalalalalala

내게 안녕이라 말하지마
그런 눈빛으로 내게 말하지마
Baby SAY YES Baby SAY YES
모나리자 같은 표정을 하고
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
난 멍하니서서 바라보고있어

Romanization

Leggo everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala
Oh Lalalalalala

Baby say yeah yeah yeah yes
Don't say no no no no
nun-eul ttel su eobs-eo neol gajilsuga eobsdaedo do do do
ileon jeog cheom-iya naleul bwa wae eodil bwa
bulleodo amu daedab eobsneun neon monalija
yeogin neoui jaliya nal tteonajima

I Know I Know I Know I Know
salanghae salanghae salanghanda
taeyangboda tteugeobge wonhanda
neon gajil su eobsneun monalija gat-aseo dulyeowo

naege annyeong-ila malhajima
geuleon nunbich-eulo naege malhajima
Baby SAY YES Baby SAY YES
monalija gat-eun pyojeong-eulhago
Oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
nan meonghaniseoseo balabogoiss-eo

You never Know niga naeyeojaga doelji
nan gyeolgug tto neoleul balaboge dwaessji
amumal eobs-i mupyojeonghandeus us-eumyeo
neon meol-eojigoiss-eo

I Know I Know I Know I Know
salanghae salanghae salanghanda
ileohge solichyeo bulleobonda
neon gajil su eobsneun monalija gat-aseo dulyeowo

naege annyeong-ila malhajima
geuleon nunbich-eulo naege malhajima
Baby SAY YES Baby SAY YES
monalija gat-eun pyojeong-eul hago
Oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
nan meonghaniseoseo balabogoiss-eo

neol manjilsuneun eobsjiman
neol gajilsuneun eobsjiman neol-wonhae

everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala Oh
Lalalalalala

naege annyeong-ila malhajima
geuleon nunbich-eulo naege malhajima
Baby SAY YES Baby SAY YES
monalija gat-eun pyojeong-eul hago
Oh oh oh oh oh
Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
nan meonghaniseoseo balabogoiss-eo

Translation

Leggo everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala Oh
Lalalalalala

Baby say yeah yeah yeah yes
Don't say no no no no
I can’t take my eyes off
Even when I know I can’t have you
This is happening for the first time, look at me
Even when I call why? Where are you looking?
You are like a Mona Lisa without any answer
This is your spot, don’t leave me

I Know I Know I Know I Know
Love you, love you, I love you
I want you more passionately than the sun
But I’m afraid that you are like the Mona Lisa I can’t have

Don’t say goodbye to me
Don’t talk to me with that kind of look
Baby SAY YES Baby SAY YES
Putting on the same expression as a Mona Lisa
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
I am looking at you in a daze

You never Know
That you might become my girl
That I might end up looking at you again
Without a word, on your expressionless face
You are laughing as you are moving further away

I Know I Know I Know I Know
Love you, love you, I love you
Like this shout, I am calling for you
But I’m afraid that you are like the Mona Lisa I can’t have

Don’t say goodbye to me
Don’t talk to me with that kind of look
Baby SAY YES Baby SAY YES
Putting on the same expression as a Mona Lisa
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
I am looking at you in a daze

I can’t touch you
I can’t have you, but I want you

everybody on the left
everybody on the right
everybody everybody
in the house say
Lalalalala Oh Lalalalala Oh
Lalalalalala

Don’t say goodbye to me
Don’t talk to me with that kind of look
Baby SAY YES Baby SAY YES
Putting on the same expression as a Mona Lisa
Oh oh oh oh oh Oh oh oh oh oh
Oh Baby SAY YES Baby SAY YES
I am standing as I look at you in a daze

Source: Melon
Romanization: Google
Translation: aoistars@AbsoluteMBLAQ


Pics.






pics all cr to Google


P/S : Pat belas kali ulang Mona Lisa~ ^^

Cerita Pendek : Cerita Lima

CERITA LIMA

Penghujung 2005

Pintu dihempas kasar. Berdentum bunyinya. Sara dan Kamilah saling berpandangan, kemudian sama-sama mengangkat bahu. Sekadar melihat tingkah Amirah yang tak ubah singa baru beranak. Menakutkan!
“Kenapa ni Has? Takde angin takde ribut, mengamuk apahal?” soal Sara.
Mereka baru saja selesai menghadapi kertas subjektif bagi subjek Pendidikan Syariah Islam, bagi Sijil Pelajaran Malaysia tahun itu.
“Soalan spot semalam… tak kena satu pun,” lambat- lambat Haslia menjawab.
Sara tergelak. Sinis.
“Berharap sangat dengan soalan ramalan, sape suruh!” bidasnya.
Tangannya lincah mengutip kertas- kertas yang bertebaran ditiup angin kipas. Disusunnya lalu ditindih dengan sebuah buku tebal.

Haslia terdiam. Dia sendiri setuju dengan pandangan Sara. Malah, saat Liana beria- ia mahu memberi soalan- soalan ramalan tersebut, dia bagai acuh tak acuh. Menerima hanya untuk menjaga hati Liana. Tapi, Amirah yang bersungguh- sungguh benar mahu dia memintanya dari Liana.

Gembira benar Amirah dengan soalan- soalan itu. Dia yakin dia pasti mampu skor A1 subjek tersebut. Cuma, kadang- kadang manusia terlupa. Kita yang merancang, tapi Allah juga yang menentukan.

Siapa sangka, soalan- soalan ramalan itu langsung tak mengenai sasaran. Sudahnya, Amirah marah- marah. Habis nama Liana diseranahnya. Haslia juga terasa tempiasnya. Cuma Haslia lebih tertanya- tanya, mengapa Liana begitu? Sengajakah dia, atau ada perkara yang tak siapa tau berlaku? Haslia nekad, dia perlukan kepastian.

Hening malam itu. Beberapa jam sebelumnya jerit pekik Amirah lantang kedengaran. Bilik yang dihuni empat anak gadis itu sepi kini. Semuanya gara- gara Haslia. Amirah pula menghilang entah ke mana.

Cuti & Cuti~

Baik, dah hampir pasti.

Raya nih alhamdulillah kak scheduler yang baik hati adjustkan jadual maka aku & budak-budak batch baru dapat jugak cuti 3 hari. Raya pertama, kedua ngan ketiga. Maka hampir pasti aku akan balik pada malam raya yang mana kemungkinan besar hanya akan tiba menjelang tengahari raya.

Tengahari pun tengahari la, paling tidak pon dapat balik.

Justeru, compulsory leave plak yang awalnya aku planning nak amik pada raya haji nih nanti tak kesampaian sebab cuti panjang hanya bleh diamik hingga hujung Oktober. Menjelang November takde sape leh bercuti panjang, maka aku decide untuk bercuti seminggu masa puasa.

Sekurang-kurangnya masa puasa tuh ada jugak ada adik beradik yang lain kat umah.

Hoh, masa kekecik asyik gaduh, dah tua-tua bangka camnih baru nak reti rindu lama tak jumpa.

Kali terakhir jumpa adik aku yang sorang tuh aku dah tak mampu ingat. Yang pasti beliau ada beli tepon baru, aku blom dapat tengok. Dan bulan soploh tahun lepas aku lak beli tipon Cap Singa Laut, pon beliau belom tengok.

Apakah kali terakhir jumpa beliau adalah raya puasa tahun lepas? Ottoke? Aigoo...

Tetiba ada sesi imbas kembali, situasi tengah bertekak, mak aku cakap, kekecik masa duk sesama neh, gaduh-gaduh-cakar-cakar, dah tua duk jauh-jauh nak cakap pun dah malu-malu sebab lama tak jumpa.

Masa tuh aku pikir, huh, tak dulik. Tak mungkin pon terjadik.

Huh, kena atas batang idum sekarang.


P/S : Lepas je dapat apply cuti tadi terus tade mood nak keje. Keke~

Cerita Pendek : Cerita Empat

CERITA EMPAT

Kedua-dua telinganya dipekup. Matanya juga dipejam rapat-rapat. Namun suara yang menghantui fikirannya masih jelas kedengaran.
‘Pergi! Pergi! Jangan kacau aku, setan! Setan kau, pergi!’

Pekikan Amirah bergema di sekitarnya. Bergaung-gaung.

Sepi. Suara itu bagai terhalau dek jeritan bak halilintar itu.

Amirah perlahan-lahan membuka matanya. Tangannya dijatuhkan perlahan-lahan.

- Inilah kehidupan kau Amirah! Kau tak boleh benci aku, kerana aku adalah engkau! Hahaha!
Suara itu bergema lagi, mengejek-ngejek kebodohan Amirah.

Amirah mengelengkan kepala, dia terduduk. Kudratnya bagai kehabisan untuk menghalang suara itu dari terus mengganggunya. Tangisannya tak berlagu lagi. Kini dia hanya menyerah, biarlah suara itu terus berkumandang. Dia akan mendengarnya.

- Mau dengar kenyataan, Amirah?
Bagai mengetahui isi hati Amirah, suara ghaib itu terus bermonolog.

- Inilah duniamu… hitam dan putih, jalan lurus tak berpenghujung. Kabus mengaburkan pandanganmu. Dan tiada deruan air untuk kau dengar, tiada lagu burung-burung untuk kau nikmati, dan tiada juga desiran angin yang mampu menyapa pendengaranmu. Inilah... duniamu Amirah. Duniamu! Dunia… Amirah!

Amirah yang membatu sejak tadi, terpanggung. Suara itu seperti pernah didengarnya. Diamatinya semula. Ya… suara itu memang pernah didengarnya. Malah cukup biasa dengannya. Didengarnya semula. Amirah mengesat kesan air mata di pipinya dengan belakang tangan. Telinganya tetap dipasang. Dia pasti dia pernah mendengar suara itu.

Has… Haslia?

“Amirah, awak belum makan dari tadi kan, makanlah dulu.. biar saya susun mangkuk tu,” Haslia menyuakan sebuah bekas polisterin berisi nasi putih dan ayam goreng.
Amirah sekadar mendengus.
“Tak nak. Dah kenyang.”
“Kenyang? Bila awak makan? Dahla, berenti la dulu. Ambik ni, makan dulu.” Tegas Haslia. Polisterin di tangannya diletakkan di telapak tangan Amirah.
Tak terduga, Amirah menepisnya kuat. Polisterin itu pecah. Nasi terburai ke tanah. Haslia tergamam. Merah wajahnya apabila beberapa pelajar lain turut memandang.
“Orang cakap tak nak, tak nak laa!” Amirah bangun, menghentakkan kakinya ke tanah, melambangkan ketidakpuasan hatinya.
“Amirah…”

- Amirah!
Amirah tersentak. Dia mengelamun rupanya. Tapi mengapa dia tiba-tiba teringat hal ini?
- Apa yang kau fikirkan Amirah?
‘Haslia.’
- Kenapa dengan dia?
‘Hari tu Hari Guru. Aku dan Haslia.. tak. Sebenarnya aku ditugaskan buka gerai jual makanan ringan. Aku cadangkan kitorang buka gerai burger,nugget,fries. Cadangan aku diguna pakai. Tapi aku dikerah basuh pinggan mangkuk sedangkan aku mahu jadi penjual di barisan depan. Aku tak puas hati. Haslia datang lepas tu, ditolongnya aku. Seharian aku marah-marah, sampaikan tak sempat makan. Haslia belikan nasi dengan lauk kegemaran aku, tapi aku tak suka dia buat macam tu. Aku boleh beli sendiri kalau aku nak. Tak perlukan simpati dia. Aku marah dia depan orang ramai. Aku tau Haslia nangis. Kesian dia…”

- Kesian? Kenapa perlukan kesiankan dia?
‘Aku tak patut buat dia macam tu. Dia bersusah- payah tolong aku, sedangkan dia sepatutnya bergembira di hari-hari macam tu..’
Amirah bersuara pilu. Pandangannya redup membayangkan wajah Haslia. Sebak di dadanya mula berombak. Penglihatannya kabur lagi, tapi kali ini bukan kerana kabus yang memutih, tapi kerana matanya yang berkaca dek air mata.

Telinganya menangkap bunyi air mengalir. Perlahan, tapi jelas. Bunyi apa? Tiba-tiba pendengarannya disapa bunyi decitan. Seperti ciut- miut beburung. Amirah mendongak.

Burung- burung kecil sedang berterbangan di udara. Bunyinya jelas kedengaran. Amirah menoleh pada aliran sungai di sebelahnya. Juga begitu jelas terdengar aliran air itu menyapa lalang- lalang dan daun yang gugur di permukaannya.

Sebutir senyuman terukir. Amirah tergelak- gelak. Dia bingkas bangun, menyapu- nyapu kotoran yang melekat pada bajunya. Lantas, dia berlari- lari anak. Senyuman terbentuk cantik di wajahnya, tanda hatinya juga berlagu riang.

- Gembira Amirah?
Suara itu terdengar lagi.
‘Aku dah boleh dengar!’
- Kau memang boleh mendengar sejak dulu, cuma kau yang tak mau mendengarnya. Indah bukan, bila burung- burung menyanyi, dan aliran air bagai bunyi seruling?
Amirah pantas mengangguk.
‘Indah sangat!’
Suara itu ketawa. Ketawanya bersambung- sambung. Termati senyuman Amirah. Suara itu seperti mengejeknya.
‘Kenapa kau ketawakan aku?’
Senyap.
Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Amirah masih menunggu.
‘Kenapa kau diam? Jawablah!’
Hening. Suara itu bagai hilang.
Serentak, alam sunyi semula. Segala- galanya kembali ke asal.

Isnin, 11 Julai 2011

CERITA TIGA


“Kenapa anak saya ni doktor? Kan ke kecederaannya tak serius, kenapa tak jugak dia sedar-sedar? Dah tiga hari terlentang macam ni. Ikhtiarkanlah sesuatu doktor,” Puan Salmiah merenung Dr.Imran di hadapannya, memohon pengertian. Wajahnya sembab kesan tangisan yang panjang.

Pandangan teralih pada sekujur tubuh kaku di pembaringan. Air yang menitis di tiub diperhatikan. Sudah berapa puluh botol, Puan Salmiah tak terkira. Tiga hari tidurnya terganggu, masakan tidak, menunggu kalau-kalau satu-satunya anak gadisnya tersedar dari koma. Lingkaran biru kehitam-hitaman sudah mula jelas di bawah matanya, malah tubuhnya juga sudah mulai susut, lemah tak bermaya.


Pertengahan 2004

Haslia termenung di bibir jendela. Matanya lepas bebas menikmati kehijauan pokok-pokok hasil tanaman bapanya. Tapi fikirannya jauh merentas tembok masa. Ingatannya menerawang entah ke mana-mana. Sebuah keluhan nipis terluah. Dia buntu sejak akhir-akhir ini. Persahabatannya dengan Amirah agak renggang kebelakangan ini. Sewajarnya jika hubungan itu renggang, sekiranya puncanya adalah tindakan kurang bijak Amirah yang mengambil diarinya tanpa pengetahuannya (atau kata lainnya, mencuri diarinya). Sebaliknya, hubungan mereka bagai retak menanti belah adalah kerana kesibukan Amirah dengan jawatan-jawatannya. Haslia rasa terpinggir.

Dia terimbau desakan Amirah tempohari. Terang-terang Amirah mengaku mengambil diarinya. Tanpa rasa bersalah, tanpa wajah kesal, tanpa pernyataan maaf. Malah masih mampu tersengih sumbing persis kerang busuk. Haslia bagai tersayat. Tapi sengaja didiamkan. Mahu melihat rentak Amirah seterusnya. Jelas-jelas Amirah menekannya supaya memperincikan tulisan-tulisannya dalam buku tebal tersebut. Haslia tersenyum sinis. Tak berperasaankah Amirah? Masih ada hati mendesaknya setelah curi-curi membaca diarinya? Nyata, Amirah jahil menilai sebuah persahabatan.

“Haslia.. ceritalaa.. kisah hidup awak best laa.. tapi ada sesetengah tulisan awak saya tak faham.. puitis sangat!”
Haslia tergelak kecil. Rasa terbakar hatinya.
“Kan awak dah baca semua? Siap curi lagi!” sindirnya. Suara tertahan—menahan hempapan amarah, dan sendu yang mula bernanah.
“Saya tak faham…”

Awak memang tak faham perasaan orang lain…! Haslia menjerit kuat. Tapi hanya dia yang mendengar. Hanya hatinya yang gentar dengan jeritan sekuat itu.

Kisah Opis : Lambat

First time sampai lambat keje.

Eh, first ke? Entah, keje dulu tak penah lambat, keje ni, ni la. Maknanya memang kali pertama la. Ya! Kali pertama lambat, bukan sikit-sikit, 9 minit ok.

Opis neh leh lambat 15 minit atau 3x whichever is lower la.

Pastuh pc lak wat hal, maklum la blom ada permanent seat maka kena la tengok sape cuti, tompang la seat tuh. Justeru ad poblem la plak nak add user bagai, dah tak pasal-pasal setengah jam baru leh start amik call.

Bukak lak emel, adeh, dah dapat emel TL suh jumpa. Dah tak pasal-pasal makan tak kenyang tengahari tadi.

Baik, tu alasan.

Dan bila habih shift gi jumpa TL. Sah, memang kena coaching.

Coaching adalah istilah yang digunapakai bila sesorang agent wat silap kendiannya kena complaint dek customer, complaint tuh plak dihandle oleh department lain, dept tuh akan maklumkan kat TL in charge untuk bagitau hal tersebut kat agent tuh.

Ho.Ho.Ho.

Bahasa senangnya, kena tegur sebab buat silap, kot.

Part kurang bestnya hari nih adalah, pukul 2100 baru leh balik. Aigoo...

Tapi, satu part yang best sket, bila TL aku cakap, aku neh fast learner jugak la.

Heh, tetibe terasa tamau balik mandi. ^^


P/S : Makannnnnnnn~

Ahad, 10 Julai 2011

Cerita Pendek : Cerita Satu & Dua

CERITA SATU

Awal 2004

Tergesa-gesa dia melangkah menuju ke kelas. Loceng yang menandakan waktu rehat akan tamat bakal berbunyi sedikit masa sahaja lagi. Amirah tertoleh-toleh sebelum menyelongkar beg Haslia. Tak jumpa! Amirah mula resah, dia tunduk, memicing pandangan ke dalam laci. That’s it! Dia tersenyum. Sebuah buku setebal 200 mukasurat berkulit tebal segera dicapainya. Serentak, loceng berbunyi nyaring. Amirah bergegas ke tempat duduknya di penjuru kelas. Buku tersebut segera disogok ke dalam beg sekolahnya. Degupan jantung yang tadinya menggila mulai reda.

Berbondong-bondong pelajar kelas 4 Sains 6 memenuhi kelas semula setelah setengah jam meredakan minda dari asakan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Haslia dan Liana turut menyertai gerombolan pelajar-pelajar tersebut. Pandangan mereka berlaga dengan renungan aneh Amirah. Liana sekadar tersenyum. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi. Tapi Haslia mengesan sesuatu. Bukunya tampak berbeza dari susunannya yang biasa. Aliran darah dalam tubuhnya mula tak menentu. Tangannya segera menggagau ke dalam laci. Sah! Buku tebalnya tiada di tempat asal. Haslia mengerling ke arah Amirah. Hatinya berkata sesuatu.



CERITA DUA

Amirah berjalan tanpa arah. Jalan di hadapannya terbentang lurus. Dia terus melangkah. Sekitarnya putih berkabus. Langsung tiada bunyi-bunyian. Burung-burung berterbangan, tetapi kicauannya tak kedengaran. Sungai di hadapannya mengalir lesu, namun tiada bunyi deruan seperti yang biasa dilihatnya. Pemandangannya juga aneh. Seluruh pemandangan hanya berwarna hitam dan putih. Bak siaran televisyen lewat dua dekad yang dulu- tak berwarna!

Pelbagai persoalan mula mendera pertimbangannya. Tempat apa ni? Kenapa aku di sini? Pemandangan dan suasana yang menarik, tapi tanpa warna – warni dan bunyi! Kenapa begini? Dan...kenapa segalanya berkabus? Ini mimpi, atau sekadar sebuah ilusi? Kenapa aku bersendiri?

- Ini duniamu Amirah!
Satu suara tiba-tiba bergema. Amirah tersentak!

‘Siapa tu? Jangan cuba takut-takutkan aku, tunjukkan diri!’ Amirah bergelintar. Namun sekelilingnya hanya kabus. Kabur.

- Takut pada aku? Tak kenal aku? Amirah… ini duniamu, hati engkau! Aku ini engkau Amirah. Engkau!

Aku? Matanya melingas.

Sabtu, 9 Julai 2011

Cerita Pendek : Prolog

PROLOG

Bagai sebuah adegan drama di kaca televisyen, sebuah kereta meluncur laju sewaktu Amirah meluru ke jalan raya—mahu memungut kepilan fail yang terlepas dari pegangannya. Liana tak sempat menghalang, dia hanya tergamam saat tubuh Amirah terlambung setelah kereta berkelajuan melebihi had itu merempuhnya.

Amirah kaku di bahu jalan. Dia sempat melihat kelibat Liana yang meluru ke arahnya, malah dia masih mampu mendengar esakan temannya itu, sebelum pandangan mulai kabur. Sedetik. Dua detik. Tiga detik. Matanya terkatup, dan angin yang menyapa wajahnya sudah tidak terasa. Gelap pekat semuanya. Kelam.

Semberono

Cemana nak mulakan tatau. Kepala rasa tak tersusun sejak dua menjak neh. Dan takde jawapan walopon dah jenuh perah otak mengimbau kat mana salah silap.

Nak kata tension keje, ok je.

Selaku newbie memang la agak menyukarkan dengan kekurangan access untuk beberapa perkara, tapi bebenda tuh sume boleh cover sebab ramai je yang sudi membantu.

Problem dengan housemate? Haipp... mana de, sume cam biasa je. Erkk... sesekali buat dorang bengang, pon termasuk benda biasa jugak la tuh. Keke~

Famili? Mana de.... tengah planning nak balik puasa seminggu kat umah, gempax tak planning? Haha~

Justeru, apakah yang mengganggu neh?

Gasak la. Sekarang teringin nak publishkan cerita pendek yang penah aku karang 6 tahun lepas. Wahhh.... dah 6 tahun? Heh, masa tuh tengah muda remaja. Keke.

Kisah yang diadaptasi dari sekitar yang memang penah terjadi.

Cuma, andai bahasa dan persekitaran kelihatana sangat kebudakan, amponkan jela, sebab aku tak edit seayat pon, memang original tulisan asal 6 tahun dulu.

Tulisan yang aku siapkan dalam masa 6 jam dalam bentuk tulisan tangan yang kendiannya aku taip balik untuk simpanan.

Huh, sebenarnya cte tuh tak penah ada tajuk. Dan aku lupa apakah aku penah publishkan ke tak kat umum sebelum neh. Tak kesah la, nak publish jugak. ^^


P/S : An adaptation. Fulla~

Khamis, 7 Julai 2011

Kek Ooolalalalaa~

Secret Recipe. Sangat sinonim ngan cheese cake.

Tapi..... cam penah aku cakap, aku neh memang jakun sket. Aku cuma kenal Secret Recipe dalam beberapa tahun ni je. Tambahan lak famili aku jenis yang tak makan kek sangat. Maka takde la aku peduli pasal kedai kek bagai.

Kedai-kedai kek cam Muhibah, Cinta, antara yang femes dan senang didapati kalo kat tempat aku tuh.

Beza kek Secret Recipe dengan tempat lain?
Mesti la ada.

1. Paling ketara adalah harga.
Plus, tuh antara faktor utama nak berbelanja.
Satu slice Secret Recipe selalunya menyamai 2 slice kek lain.

2. Saiz
Yang nih tak la berbeza sangat, tapi sekiranya kek tuh mahal, maka saiznya akan lebih kecik.

3. Rasa
Nih pun antara yang paling ketara jugak.
Secret Recipe yang kadang-kadang kelihatan tak worth it ngan harga sehidangan makan tengahari akan terubat ngan rasanya.
Andai namanya Black Forest Cheese, terasa la Black Forest Cheesenya, andai tuh Blueberry Cheese, terasa la Blueberry Cheesenya, etc.

Jadik, decide. Nak pencuci mulut senilai makan tengahari dengan hiasan, rupa dan rasa yang complete, atau kek biasa-biasa saja.


Blueberry Cheese : Syedappppp~ ^^


Chocolate Indulgence : Terasa coklatnya~


Chocolate Strawberry : Too sweet even for Kelantanese like me... haha


Chocolate Chip Walnut : Kaya dengan walnut. Sesuai bagi penggemar kekacang tuh. Aku excluded.


pics cr : Secret Recipe


P/S : Heh, sesekali layan tekak dengan Secret Recipe apa salahnya. Hari-hari? Mampus muntah cheese.

Selasa, 5 Julai 2011

Kisah Opis : Bab Baru

Waah~! Sehari yang mengujakan hari neh.

Aku nak bercerita pasal keje.

Baru semalam, salah sorang colleague yang satu batch ngan aku, dapat customer sengal la sket. Kerana dia jugak sorang agent baru, maka ada banyak jugak la menda yang dia tak pasti. Justeru mulanya dia dah salah bagi maklumat, kendian dia mintak maaf dan betulkan balik.

Malangnya itu adalah customer yang sangat suka carik pasal, maka dia menyalahkan kawan aku tuh selaku sorang agent yang tak accurate. Mungkin tensen terpaksa handle customer tuh lebih sejam, kawan aku neh gi jumpa TL dan tanya apakah dia perlu letak jawatan?

Tak mungkin la, dah namanya orang maka buat silap adalah biasa. Dah admit, dah betulkan maklumat, cukup-cukup la. Kesian member aku pepening sebab tuh.

Hoh, baru semalam jugak dekat setengah jam nasihatkan member aku tuh sila bertabah, kononnya masih banyak pesel lagi orang yang bakal ditemui nanti.

Hari ni, hari aku lak kena nasihatkan diri sendiri untuk bertabah. Sebab hari nih adalah hari customer kerek-banyak-cekadak sedunia.

Setengah jam pertama dapat customer yang sungguh unbelievable. Rasa nak tenung telefon ngan pancaran laser sampai pecah pon ada.

Sama cam kawan aku, aku pon tak terlepas bagi info salah. Orang tanya lain aku cek lain. Bila dorang membebel-bebel baru la tersedar dah salah. Jadi apa lagi boleh buat, admit, mintak maaf dan betulkan.

Ada antaranya yang tanya sama ada aku neh baru ke, dan ngan tulus iklas aku bagitau aku memang baru.

Ada yang boleh terima, ada jugak yang cam customer tadi; sangat tak puas hati dan tanya, cemana aku leh salah cek? Aku reti wat keje tak, keje duduk je ke, tak reti wat keje ke, dan maca-macam lagi soklan-takleh-jawab ditanya.

Huh, bak kata trainer tempohari, telan saja la sume jadam tuh.

Tambah lak, aku baru je pon keje, pelajaran tuh sume.

Baru setengah jam hari nih, blom lagi jam-jam berikutnya.

Dan untuk kali pertama, selepas dua bulan keje, aku balik lambat setelkan kes yang ada. Huh, bajet baik. Keke, walhal sangat suka bersegera balik lupakan keje sume benda sebaik shift tamat.

Sampai GL lak tanya bila aku nak balik.

Sabtu, 2 Julai 2011

Kisah Opis : Access Card Lagi

Weekend lagi.
Keje lagi. Dan terkurung lagi dalam opis. Ohhh tidak. Aigoo...

Bila nak dapat access card neh, esok keje lagik. Gamaknya kena la bawak bekal, cam gadis-gadis ayu gitu bawak bekal. Huh, tapi saya bukannya gadis ayu... Tak sesuai.

Arinih Cik Tenuk cam kurang sehat je, tadi cam malas-malas je nak gerak. Haih, perlu ke bawak gi berubat?

Macam-macam btol depa neh.

Aku sendirik pon nyaris nak pitam tadi, kena panggil ngan TL. Punya la cuak apa la salah dah buat. Rupanya nak briefing jeh pon.

Dan kena tegur. Katanya suara aku too soft, tak clear.

Huh? Soft? Soft lemah gemalai tape gak, tapi lebih pada tak clear.

Pastuh suh dengar balik conversation tuh.

Aigoooo... tobat aku tak suka dengar suara sendirik. Toksah tanya ngape, sebab memang tak suka. Meremang bulu telinga. Haihh..

Esok keje. Pagi esok nak suh sape bukakkan pintu?



P/S : Semalam hosmet saya beli iphone4, member saya beli SE Experia X8. Saya nak jugakkkkk...